Assalamualaikum wbt.
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Friday, January 30, 2009
Wednesday, January 21, 2009
Doa Qunut Nazilah Utk Palestinian Dan Boikot
Doa Qunut Nazilah.
Ia adalah sebahagian sunnah Rasulullah saw
tatkala menghadapi situasi yang menghimpit ummat ISLAM.
Mari kita hulurkan bantuan doa kepada saudara saudara seagama kita di Palestin.
Sesungguhnya Doa adalah senjata utama bagi orang-orang yang Beriman.
Apa itu Qunut Nazilah?
Qunut Nazilah adalah do'a qunut ketika musibah atau kesulitan menimpa kaum Muslimin, seperti peperangan, terbunuhnya kaum Muslimin atau diserangnya kaum Muslimin oleh orang-orang kafir.
Tujuan Qunut Nazilah?
Mendo'akan kebaikan atau kemenangan bagi kaum Mukminin
dan mendo'akan kecelakaan atau kekalahan, kehancuran dan kebinasaan bagi orang-orang kafir, Musyrikin dan selainnya yang memerangi kaum Muslimin.
Hukum dan Cara melakukannya?
Qunut Nazilah ini hukumnya sunnat,
dilakukan sesudah ruku’ di raka'at terakhir pada solat wajib lima waktu berjemaah
dan hal ini dilakukan oleh Imam.
Maksudnya:
Wahai Tuhan kami,
sesungguhnya kami letakkan Engkau di batang leher musuh-musuh kami,
kami jadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh-musuh) kami,
dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.
Wahai Tuhan kami,
binasakanlah kesempurnaan mereka,
dan pecah-belahkanlah jemaah mereka,
dan gagapkanlah perkataan mereka,
goyahkanlah pendirian mereka,
dan hantarkanlah anjing-anjing ke atas mereka dari anjing-anjing Mu,
Wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa,
Wahai Tuhan Yang Maha Berani,
Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,
Ya ALLAH, Ya ALLAH, Ya ALLAH.
Tuhan yang menurunkan Kitab (al-Quran),
Tuhan yang menjalankan awan,
dan Tuhan yang menghancurkan tentera al-Ahzab,
Hancurkanlah mereka, dan bantulah kami ke atas mereka,
Amin. Amin. Amin Ya Rabbal A’lamiin..
Boikot Boikot!
Mengapa kita harus boikot?
Baca lah....
Monday, January 19, 2009
Wahai Ibu, Duhai Ayah
Assalamualaikum wbt,
Usrah 17 Jan 2009 bertajuk Duhai Ibu Duhai Ayah disampaikan oleh Saudari Manisah.
Sebagai tambahan, beberapa ceramah berkaitan dgn tajuk ini disertakan untuk santapan rohani.
Ceramah Ustaz Shamsuri.
Ustaz Ismail Kamus - Adab Anak terhadap Ibu Bapa
Adab Anak Terhadap Ibu Bapa - Ustaz Ismail Kamus
Ustaz Azhar Idrus - Anak Derhaka
Anak Derhaka - Ustaz Azhar Idrus

|

Friday, January 16, 2009
Adab-Adab Melawat Orang Sakit
Assalamualaikum wbt,
Beberapa maklumat mengenai usrah yg lepas.
Adab-adab ketika melawat Orang Sakit.
1. Melawat orang yang sakit adalah fardu kifayah menurut kebanyakan ulama’.
Sabda Nabi saw sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. :-
حق المسلم على المسلم خمس : ردّ السلام وعيادة المريض واتباع الجنائز ، وإجابة الداعي وتشميت العاطس
“Ada lima Hak seorang Islam keatas orang Islam yang lain : menjawab salam, menziarahinya semasa sakit, melawat jenazah, menerima jemputannya, dan mendo’akannya apabila dia bersin” [Hadith Riwayat Ahmad 2/540, al-Bukhari #1240, Muslim #2792 dan Abu Daud #5031].
Sabda Nabi saw lagi :-
أطعموا الجائع , وعودوا المريض , وفكوا العاني
“Berilah makan kepada mereka yang kelaparan, lawati orang sakit dan bebaskan tahanan”
Tidak ada dalil bahawa para sahabat membaca beramai2 surah Yasin kepada orang sakit yang sedang terlantar di hospital. Sebaik2nya adalah kita melawatnya dan mendo’akan keatasnya.
2. Beberapa tips menziarahi pesakit :-
a. Menziarahi pesakit mendatang banyakkan banyak kebaikkan. Sabda Nabi saw :-
إِنَّ الْمُسْلِمَ إِذَا عَادَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ لَمْ يَزَلْ فِي خُرْفَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَرْجِعَ
“Apabila seorang Islam melawat saudaranya yang sakit, dia sebenar telah melabur buah-buahan syurga sehingga dia kembali” [Hadith Riwayat Muslim #2568].
Sebagaimana yang di syarahkan Imam Nawawi, melawat orang yang sakit tidak semestinya orang yang dikenali, akan tetapi kepada siapa sahaja yang sakit. Jika si-pesakit telah memesan agar jangan melawatnya, maka pada masa itu tidak digalakkan untuk melawatnya.
3. Lawatan ke tempat orang sakit hendaklah tidak makan masa yang lama.
Ia kemungkinan akan membuat pesakit tidak merasa senang, melainkan dia sendiri menghendaki orang2 tertentu berada lebih lama lagi disitu.
4. Berdo’alah untuk pesakit agar dia sembuh.
Contoh do’a :-
أَذْهِبْ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ , وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي , لا شِفَاءَ إِلا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لا يُغَادِرُ سَقَمًا
“Ambillah penyakit Ya Tuhan manusia, sembuhkanlah, kerana engkau Maha Penyembuh, Tidak ada penyembuhan melainkan penyembuhan engkau, tidak ada penyembuh melainkan penyembuhan engkau, penyembuhan engkau tidak meninggalkan kesan kepada penyakit” [Hadith Riwayat Muslim #2191].
5. Berilah kata2 semangat kepada orang yang sakit dan gembirakan dia.
Melawat muslim yang sakit:
"Siapa yang melawat orang sakit bererti dia duduk di taman-taman Syurga, jika dia hendak berdiri, maka ditugaskan tujuh puluh ribu malaikat yang mendoakannya sampai malam hari" (HR. al-Hakim)
Tambahan: Ceramah Adab2 Melawat Orang Sakit Oleh Ustaz Ismail Kamus.
Sekian, wassalam

Subscribe to:
Posts (Atom)