Sunday, September 23, 2007

Majlis Berbuka Puasa dan Meraikan Sahabat...

Assalamualaikum,

Macam mana puasa setakat ini? Harap-harap masing-masing masih lagi maintain dan tidak lupa mencuri masa untuk beribadah despite our hectic schedule. Perkongsian cerita mengenai majlis Helwa Sabtu lepas:

Kali ni majlis dipengerusikan oleh Jun. Seterusnya Kak Sai telah menyampaikan sedikit tazkirah ringkas mengenai kisah disebalik ayat daripada Surah Taahaa, bermula dari ayat 24-28. Ayat ini merupakan doa penerang hati yang selalu kita amalkan sebelum belajar. A snap shot of the ayat:
Seterusnya, majlis penyampaian cenderahati kepada mereka yang akan 'back for good' ke Malaysia. Bagi pihak Helwa, kami mengucapkan selamat jalan dan semoga berjaya di dunia dan akhirat buat Jun, Zila dan Kak Amnah sekeluarga. Harapan kami juga agar kalian suka dengan cenderahati yang diberikan:-) dan jangan lupa kitaorang kat sini.

Usai majlis, masing-masing bersedia untuk berbuka. Berbuka di surau semalam agak special sebab Malaysian Soc. telah bersetuju untuk menyediakan juadah berbuka puasa. Menunya nasi lemak! Tahniah dan terima kasih untuk rakan-rakan Helwa yang telah bertungkus lumus memasak dan membantu menjayakan majlis tersebut. Keep up the good work and don't forget next week! :-)

2 comments:

  1. Adus selamat jalan...sedey jer rasa..jumpa kat malaysia k..Thanks soo much for da gift.luv it much!=)

    ReplyDelete
  2. bila nak update gambar kat picasa?hehe

    ReplyDelete