Tuesday, October 16, 2007

Laluan ke Akhirat

Assalamualaikum wbt.. dan semua berada dalam peliharaan Allah SWT di mana jua berada,

Berlalu sudah bulan penuh keberkatan, namun perjuangan mesti diteruskan. Tiada kepastian untuk kita bertemu lagi bulan Ramadhan akan datang waima esok haripun tidak pasti apakah mentari akan dapat menjengah anak mata kita. Doa dipanjatkan agar kita beroleh kegemilangan hasil perjuangan di bulan Ramadhan dan agar ditetapkan iman, dipanjangkan usia agar dapat kita meneruskan ibadat di masa akan datang.

Berikut adalah perkara yang mungkin boleh kita renung dan amalkan agar kita dapat menempuh laluan ke akhirat dengan mudah. Semoga mendapat manfaat darinya. Mudahan kita tergolong dalam hamba Allah yang terpilih. Amin

1. Laluan Menuju ke Kubur
  • Jauhkan dari perbuatan mengumpat dan mengeji
  • Hindarkan perasaan irihati (benci)
  • Jangan teroengaruh dengan emas/ perak
  • Sucikan qada’ hajat dengan istibra (berak/ kencing)
2. Laluan untuk Berjumpa Izrail
  • Bersihkan diri dengan bertaubat
  • Gembirakan hati orang mukmin
  • Bayar semula qada’ yang tertinggal
  • Kasih sepenuh hati kepada Allah Taala

3. Laluan untuk Bertemu Mungkar Nakir

  • Mengucap dua kalimah syahadah
  • Suka memberi sedekah
  • Berkata benar
  • Bersihkan dan perbaiki hati

4. Laluan untuk Memberatkan Timbangan

  • Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat
  • Sucikan perkataan dan pakaian
  • Bersyukur dengan yang sedikit
  • Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh Allah

5. Laluan Memantapkan Amalan

  • Jauhkan perkataan yang sia-sia
  • Pendekkan cita-cita dunia
  • Banyakkan puji-pujian kepada Allah
  • Banyakkan sedekah dan akhirat

6. Laluan Melalui Titian Siratul Mustaqim

  • Kasihilah ailia’ Allah Taala
  • Berbaktilah kepada kedua ibubapa
  • Berpegang teguh dengan hukum syarak
  • Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

7. Laluan Menjauhkan Diri dari Neraka

  • Banyakkan membaca al-Quran
  • Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
  • Tinggalkan perkara maksiat
  • Jauhkan segala yang haram

8. Laluan untuk Memasuki Syurga

  • Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
  • Kasihi orang yang soleh
  • Kerjakan segala suruhan-suruhan Allah
  • Merendahkah dri di antara semua makhluk Allah

9. Laluan Berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW

  • Kasihilah Nabi Allah
  • Kasihilah Rasulullah SAW
  • Tuntutilah yang difardhukan oleh Allah
  • Banyakkan selawat Nabi Muhammad SAW

10. Laluan untuk Bertemu Allah

  • Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah
  • Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah
  • Betulkan dan baikkan i’tiqad kepada Allah
  • Bencikan segala yang diharamkan-Nya

No comments:

Post a Comment