Thursday, November 1, 2007

Tahajud Bina Kekuatan Jiwa, Peribadi Unggul

Assalamualaikum wbt.. dan semoga mendapat perlindungan Allah di dunia dan di akhirat,

Sila teliti ayat berikut:

FIRMAN Allah bermaksud: "Wahai orang yang berselimut, bangunlah sembahyang tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat). Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit daripada separuh itu. Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya: dan bacalah al-Quran dengan 'Tartil' (perlahan-lahan). Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat (wahyu yang mengandungi perintah yang berat). Sesungguhnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya". (Surah Al-Muzzammil, ayat 1-6)

Saya petik ungkapan di atas dari ruangan Agama keratan akhbar Berita Harian (1 November 2007). Isinya cukup signifikan dan saya mencadangkan diberi perhatian akan maksudnya dan amalkan seperti yang disarankan. Mudahan dengan kesungguhan yang ada pastinya kita akan dilorongkan Allah ke jalan yang diredhainya. Untuk meneliti keseluruhan artikel bolehlah klik di sini.

No comments:

Post a Comment