Saturday, December 1, 2007

Hidayah min Allah [Ustaz Ismail Kamus]

Assalamualaikum wbt.

Ceramah You Tube. Terima kasih kpd KaWaN860602.

Semoga kita mendapat ilmu dan mengamalkannya. Amin.

Siri 1 : http://uk.youtube.com/watch?v=9fzv1_rfkI0&feature=related
Siri 2: http://uk.youtube.com/watch?v=oh5hCKPUgdc&feature=related
Siri 3: http://uk.youtube.com/watch?v=FZKoBfHKeVs&feature=related
Siri 4: http://uk.youtube.com/watch?v=JsM5UQiwjqQ&feature=related
Siri 5: http://uk.youtube.com/watch?v=EtEPTXs9W-Y&feature=related

1 comment:

  1. Berikut adalah satu dari intipati dari ceramah tersebut:
    * Allah rahsiakan/sembunyikan redhaNya (Alhamdulillah) pada satu2 amalan hambaNya supaya hambaNya berbuat amalan walaupan sekecil-kecil amalan (senyum juga merupakan amalan kerana dengan senyuman kita akan menenangkan seseorang). Oleh yang demikian perbanyakkan amalan selagi roh dikandung jasad.

    * Allah rahsiakan/sembunyikan murkaNya (Nauzubillah) pada satu2 maksiat yang dilakukan oleh hambaNya supaya hambaNya sentiasa menjauhi maksiat walaupun sekecil-kecil maksiat (melihat kepada aurat manusia dengan sengaja). Oleh yang demikian jauhilah maksiat agar Allah tidak murka akan kita.

    * Allah rahsiakan/sembunyikan mustajab doa pada waktu-waktu tertentu supaya hambaNya sentiasa berdoa memohon pertolongan dariNya (Ya Allah ampunkanlah dosa kami dan rahmatilah kami di dunia dan di akhirat. Amin). Oleh yang demikian berdoa-doalah kita agar sentiasa diberi petunjuk dan hidayahNya.

    * Allah rahsiakan/sembunyikan para waliNya di kalangan hambaNya supaya hambaNya sentiasa menghormati semua orang (Subhanallah). Oleh yang demikian, hormatilah orang lain.

    ReplyDelete