Monday, February 25, 2008

Majlis Ilmu 16/2/2008

Assalamualaikum wbt,

Majlis ilmu kita yg lepas membicarakan ttg sambungan surah Yassin, hadith dan tazkirah ttg hikmah berzikir.


BACAAN SURAH YASIN AYAT 68-73 oleh Jazilah

i) Terjemahan Surah Yasin ayat 68-73 oleh Jazilah
Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya? (68)
(Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan; (69)
Supaya dia memberi peringatan kepada orang yang sedia hidup (hatinya) dan supaya nyata tetapnya hukuman (azab) terhadap orang-orang yang kufur ingkar. (70)
Tidakkah mereka melihat dan memikirkan, bahawa Kami telah menciptakan untuk mereka binatang-binatang ternak, di antara jenis-jenis makhluk yang telah Kami ciptakan dengan kekuasaan Kami lalu mereka memilikinya?(71)
Dan Kami jinakkan ia untuk kegunaan mereka; maka sebahagian di antaranya menjadi kenderaan mereka dan sebahagian lagi mereka makan. (72)

ii) Ulasan Terjemahan oleh Saidatul
Seperti yang kita maklum bahasa Al-Quran adalah amat indah dan tinggi nilainya. Kaum kafir Makkah mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW merupakan penyair dengan mengajarkan ayat-ayat di dalam Al-Quran kepada orang Islam tetapi disangkal oleh Nabi Muhammad dengan mengatakan atay berkenaan adalah dari Allah dan bukan diciptanya. Sebagai membuktikan kata-katanya, Nabi meminta mana-mana ahli syair pada zaman itu mengeluarkan 1 ayat yang menyerupai ayat Al-Quran tetapi mereka gagal mengeluarkan ayat yang sama standardnya seperti Al-Quran. Ini membuktikan ayat Al-Quran bukanlah dari manusia tetapi adalah Kalam Allah. Ayat ini juga menyedarkan kita bahawa kita adalah makhluk Allah yang amat lemah. Kita dijadikan di dunia tidak lain hanyalah untuk mengangungkanNya dan bukan untuk riak sesama makhluk. Kita mesti sentiasa sedar kelemahan kita dan menyukuri nikmat yang telah dikurniakan Allah kepada kita. Allah juga telah mengajarkan kegunaan binatang-binatang kepada manusia. Ini menjadi rujukan kepada masyarakat bukan Islam, merujuk Al-Quran dan diamalkan di dalam kehidupan seharian. Tetapi, ini jarang dilakukan oleh masyarakat Islam sendiri. Kita mesti merujuk Al-Quran untuk memperoleh ilmu kerana Allah telah mengajarkan segalanya melalui Al-Quran, Cuma tugas kita adalah untuk berfikir dan mendalaminya, serta mensyukuri segal yang telah dikurniakan oleh Allah buat kita, hambaNya.

TAZKIRAH BERTAJUK ZIKRILLAH OLEH AYU ABU BAKAR-rujuk attachment

HADITH: DOA oleh Saidatul-rujuk attachment
Amalkan doa-doa Nabi:
i) Doa Nabi Musa: Surah Yunus ayat 88:
ii) Doa Nabi Nuh: Surah Hud ayat 47:
iii) Doa Nabi Sulaiman: Surah An-Naml ayat 19
iv) Doa Nabi Yusuf: Surah Yusuf ayat 101
v) Doa Nabi Ibrahim: Surah Ibrahim ayat 35-41
vi) Doa Nabi Zakaria: Surah Maryam ayat 4-6
vii) Doa Nabi Nuh: Al-Mukminun ayat 28-29

Cara berdoa adalah seperti berikut:
1) Berdoa melalui hati dan ikhlas
2) Berterusan
3) Berdoa untuk diberikan rahmat dan dimasukkan ke syurga
4) Yakin doa akan diterima: Terdapat 3 kemungkinan: i) doa dimakbulkan, ii) pemberian ditangguhkan, iii) jika tidak dimakbulkan akan jauh dari bala bencana.
5) Beristighfar sebelum berdoa supaya dosa diampunkan terlebih dahulu
6) Tauhid kepada Allah: jangan mensyirikkan Allah dan menyekutukanNya
7) Jika berdoa semasa kesulitan, Allah akan kabulkan Insya Allah
8) Elakkan Bidaah, Riak dan Hipokrasi

Doa-doa mustajab adalah seperti berikut:
Surah An-Naml ayat 62
“Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila dia berdoa kepadaNya dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu)”
dan Surah Al-Araf ayat 26
”Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)”

(Ditulis oleh Ayu Abu Bakar)

No comments:

Post a Comment