RINGKASAN MAJLIS ILMU HELWA
Tarikh/ Hari: 3 Mac 2008/ Sabtu
Masa: 2.00 Pm – 3.30 Pm
Tempat: Surau Perempuan, Lancaster University
Agenda:
Majlis dibuka dengan surah Al-Fatihah dan dimulakan dengan tafsir Al-Quran.
1. TAFSIR QURAN: YAASIN 74-83 [KAK SAI]
[74]
Dan tergamak mereka menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah, (dengan harapan semoga mereka mendapat pertolongan (dari makhluk-makhluk itu).
[75]
Benda-benda yang mereka sembah itu tidak dapat sama sekali menolong mereka, sedang benda-benda itu sendiri menjadi tentera yang akan dibawa hadir (pada hari kiamat, untuk memberi azab seksa) kepada mereka.
[76]
Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) berdukacita disebabkan tuduhan-tuduhan mereka (terhadapmu). Sesungguhnya Kami sedia mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan.
*Allah menurunkan ayat ini untuk menenangkan hati Rasulullah s.a.w supaya jangan bersedih. Sesungguhnya kata-kata Allah itu benar dan Allah itu Maha Besar.
[77]
Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),
[78]
Serta ia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu), dan ia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil ia bertanya: "Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?"
[79]
Katakanlah: "Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya; dan Ia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya);
*Allah menurunkan ayat ini untuk menjawab pertanyaan salah seorang dari kaum Musyrikin bernama Ubai bin Kholaf (Umayah bin Kholaf atau Ash bin Waiil). Suatu hari, dia telah menemukan sepotong tulang yang sudah rapuh, kemudian ia berkata: “Dengan bukti dan dalil yang kuat ini, aku akan bangkit menentang Rasulullah s.a.w dan aku akan membantah perkataan dan pembicaraannya tentang hari kebangkitan.” Potongan tulang itu dibawa ke hadapan Rasulullah dan berkata: “Siapakah yang mampu mengembalikan tulang yang telah rapuh ini untuk kembali segar seperti semula.?” Maka ketika itu turunlah ayat ini untuk menjawab pertanyaan yang angkuh itu.
[80]
"Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) dari pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohon-pohon itu".
[81]
Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) - berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Ia menciptakan mereka dahulu? Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa! Dan Dia lah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui.
[82]
Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi.
[83]
Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) - Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.
*Alhamdulillah, kita telah pun selesai membaca dan mengamati ayat dan makna Surah Yaasin. Bersama-sama ini dilampirkan kelebihan ayat-ayat Surah Yaasin yg boleh kita amalkan, yang mana kita sedia maklum Surah Yaasin adalah merupakan hati Al-Quran, Insya Allah. “Cinta itu bermula dari hati”.
2. TAZKIRAH: KONSEP TAUBAT DALAM ISLAM –Ditulis oleh Aiza
Kebanyakan masyarakat percaya bahawa taubat hanya perlu dimulakan apabila umur tua (sudah berumur), setelah beranak-pinak, setelah menunaikan haji atau dengan beberapa alasan lain adalah suatu tradisi, berpunca dari kejahilan seseorang itu tentang apa itu taubat dan pengampunan Allah yang sebenarnya. Hakikatnya, tiada seorang individu pun yang dibenarkan menentukan bila masanya seharusnya seseorang itu bertubat. Sedangkan perintah Allah agar bersegera bertaubat tidak pernah ditetapkan masa-masanya yang tertentu, tempat-tempatnya yang tertentu, pada situasi atau keadaan yang tertentu, malah seseorang hamba yang tahu dirinya berdosa diwajibkan agar cepat-cepat bertaubat. Ini kerana manusia sering dikuasai oleh hawa nafsunya dan godaan syaitan.
Apa itu taubat?
Pengertian taubat menurut syara ialah kembali kepada Allah dengan berpegang teguh kepada kewajipan yang diwajibkan kepada hambaNya. Meninggalkan laranganNya atau beralih dari setiap perbuatan yang dibenci kepada yang disenangi. Orang yang bertaubat amat beruntung kerana kembali menjalankan perintah Allah dan menjauhkan larangannya. Inilah hakikat taubat sehingga Allah memberi kejayaan dan pahala kepada sesiapa yang mentaati hakikat ini. FirmanNya:
“Dan bertaubatlah kamu sekalian wahai kaum mukminin! Semoga kamu mendapat kemenangan”. (an-Nuur: 31)
Apabila bertaubat, bererti seseorang itu telah meninggalkan jalan orang yang sesat, terkutuk dan dimurkai Allah, kemudian kembali kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala dengan seluruh rasa kesedaran di dalam hatinya.
Allah Subhanu wa-Ta’ala tidak akan membiarkan para hambanya bergelumang dengan berbagai dosa, oleh kerana itu Allah sentiasa membuka luas pintu taubat dan keampunannya kepada mereka yang mahu bertaubat. Allah memberikan contoh bahawa Nabi Adam dan Hawa telah bertaubat dari kesalahannya dan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang menerima taubat mereka. Allah berfirman:
“Keduanya (Adam dan Hawa) berdoa, Ya Tuhan kami! Kami telah menganayai diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampuni kami, nescaya kami termasuk orang-orang yang merugi”.
(Al-Baqarah, 23)
“Kemudian Adam Menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang”. (Al-Baqarah, 37)
Di samping itu, kita perlu sedar bahawa Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam sendiri walaupun sebagai seorang Nabi dan Rasulullah namun baginda disetiap hari sentiasa bertaubat sebagaimana sabda baginda:
“Wahai sekalian manusia! Bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, kerana demi Allah, sesungguhnya aku bertaubat kepadaNya lebih dari tujuh puluh kali dalam sehari”.
Cara-Cara Bertaubat
Antara cara-cara dan makna taubat menurut syara ialah:
1. Menyedari besarnya dosa yang dilakukan sehingga menyesalinya dan menggeruni balasannya yang akan tertimpa diakhirat kelak jika tidak bertaubat, sebagaimana sabda Rasullullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
“Menyesali (dosa) itu adalah taubat”. (H/R Ahmad dan Ibn Majah. Sahih al-Jam’i. 6802)
2. Berniat serta berusaha sedaya upaya menjauhi dan meninggalkan dosa yang telah dilakukan dan bertekad tidak akan mengulanginya lagi.
3. Meninggalkan setiap apa yang dibenci dan diharamkan oleh Allah lahir dan batin, lantas beralih kepada yang dicintai dan diredhaiNya.
Oleh itu, setiap mukmin wajib menyedari dan mengetahui hakikat taubat dan menerapkan dalam ilmu dan kehidupannya. Orang yang suka bertaubat amat mulia di sisi Allah dan dicintaiNya. Allah Azza wa-Jalla bergembira dengan taubat seseorang mukmin sehinggalah ia menjadi kekasihNya. Allah berfirman:
“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang mahu bertaubat dan orang-orang yang mahu membersihkan dirinya sendiri”. (Al-Baqarah, 2: 222)
Tanda-Tanda Diterimanya Taubat
Petanda seseorang itu bertaubat dan telah diterima taubatnya telah dijelaskan oleh Ibnul Qayyim rahimahullah. Antara tanda-tanda tersebut ialah: Setelah bertaubat, seseorang hamba itu lebih baik dari sebelumnya. Terus diselubungi rasa takwa dan takut terhadap dosanya dan tidak pernah merasa aman dari siksa Allah walau sekelip mata. Terlepas dari cengkaman dosa yang dilakukan kerana penyesalan dan rasa takutkan dosa. Lembut hatinya setelah bertaubat dengan kelembutan yang sempurna, sehingga tunduk kepada Allah walau dalam keadaan marah dan sentiasa dalam kekhusukan.
Allah Azza wa-Jalla telah menggambarkan ciri-ciri atau keadaan orang yang telah bertaubat di dalam firmanNya, bahawa mereka sentiasa beramal soleh dengan cara mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menyuruh berbuat baik dan melarang dari mengerjakan yang mungkar:
“Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji (Allah), yang melawat (mencari ilmu, berjihad, berpuasa), yang menyuruh berbuat makruf dan menegah berbuat mungkar dan memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang mukmin”. (At-Taubah, 9:112)
Perlu diingatkan orang yang sentiasa melakukan dosa adalah orang yang berpenyakit. Dan orang yang berpenyakit ini memerlukan ubat dan rawatan. Dosa diumpamakan penyakit rohani yang bertempat di hati sebagaimana firman Allah:
“Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya”. (Al-Baqarah, 2:10)
Pintu taubat sentiasa terbuka kecuali setelah roh berada di kerongkongan (sakaratul maut). Dan taubat belum tertutup sebelum mata hari terbit dari barat (Kiamat). Sebagaimana sabda Rasulullah sallahu ‘alaihi wa-sallam:
“Sesiapa yang bertaubat kepada Allah sebelum rohnya berada di kerongkongan (Sakaratul maut), maka Allah menerima taubatnya”. (H/R Ahmad dan Turmizi. Sahihul Jami’ 6132)
“Sesiapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari barat, maka Allah menerima taubatnya”. (H/R Muslim)
Segala hujjah berupa ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis sahih dan penjelasan para ulama yang tertera di atas, semuanya menunjukkan bahawa pintu dan peluang untuk bertaubat sentiasa dibuka luas oleh Allah kepada sekalian hamba-hambaNya. Insya Allah. Wallahua’lam.
3. TAFSIR HADITH: RESTRAINING ONESELF FROM ANGER [KAK SAI]
Abu Hurairah, radiyallahu 'anhu, reported that a man said to the Prophet, sallallahu ‘alayhi wasallam:
"Advise me! The Prophet said, "Do not become angry and furious." The man asked (the same) again and again, and the Prophet said in each case, "Do not become angry and furious."
[Al-Bukhari; Vol. 8 No. 137]
There are four views, of which two of them are from the earlier scholars and the other two are from the contemporary scholars, about the interpretation of the Prophet's, sallallahu ‘alayhi wasallam, statement "Do not get angry":
A person should learn how to change his character and adapt the characteristics of generosity, kindness, calmness, modesty, patience and forgiving. If a person adapts these qualities, then he may be able to restrain himself when he is about to get angry.
One should not act based on anger or while being angry.
When a person is about to get angry, he should control himself, be patient and not get angry. This is a contemporary view from Sheikh Al-Bitar.
Ustaz Jamaluddin Zarabozo says that the text can be interpreted in the following way: a Muslim must think before acting or speaking. As soon as the feeling of anger appears to oneself, then there is a need to think of why the anger appears and whether it is necessary to be angry. While asking these questions, the person must remember Allah and the Hereafter (Akhirah). This will cause the person to calm down and not get angry.
All these interpretations can be applied as different strategies in handling anger in different situations. In various hadiths, the Prophet, sallallahu ‘alayhi wasallam, teaches us how to control our anger. For example:
The Prophet, sallallahu ‘alayhi wasallam, said, "I know a word, the saying of which will cause him to relax, if he does say it. If he says: 'I seek Refuge with Allah from Satan' then all his anger will go away." [Al-Bukhari; Vol. 4, No. 502]
The Prophet, sallallahu ‘alayhi wasallam, said: "I know a phrase which, if he repeated, he could get rid of this angry feeling." They asked: "What is it, Apostle of Allah?" He replied: "He should say: 'I seek refuge in Allah from the accursed devil.'” [Abu Daud; Book 41, No. 4762]
Therefore one of the keys to controlling ourselves during anger is to seek refuge in Allah from Satan because Satan influence us through the ‘was-was’ that influence our perception. Likewise, Satan promotes evil to people by influencing their perception.
Influencing human perception as a satanic way to promote evil and create disputes among believers has been mentioned in many verses in the Qur'an, for example:
"And say to My servants (that) they should (only) speak that which is the best; (Because) Shaitan verily sows dissensions among them. Surely, Shaitan is an open enemy to man." [Surah Al-Isra' (17): Ayah 53]
Indeed, if somebody uses a vague word in his speech, then Shaitan ‘whispers’ a wrong interpretation or understanding to the listeners of the speech that may affect the relationship amongst them. This is how relationships in the family, brothers, sisters and friends are severed.
Socially, this hadith promotes better relationship among people. We need to restrain anger and be patient. We may dislike something in this life but it may have benefits that we do not know.
Our patience towards others who have been harsh on us may later lead them to think and change themselves to be better. Muslims need to set models for others to learn from.
Kesimpulan:
Marah itu adalah dari syaitan yang hakikatnya tidak akan mendiamkan diri selagi tidak berjaya memecahbelahkan manusia. Oleh itu, kita disarankan agar menjaga percakapan, belajar untuk mengawal nafsu amarah dan sentiasa memohon perlindungan Allah dari syaitan dengan sentiasa menyebut A’uzubillahi minassyaitonirrajim. Wallahu a’lam.
Majlis ditutup dengan Surah al-Asr, tasbih kafarah dan doa.
Monday, March 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment