Saturday, July 19, 2008

Majlis Ilmu 19 July 2008

Assalamualaikum wbt,

Tafsir Surah Al-Waqiah ayat 62.
Menceritakan ttg hari kebangkitan pasti tiba.

2)Hadith Mengenai Meninggalkan Solat.
Balasan Meninggalkan Solat Asar
Hadith :
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a beliau mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda:”Orang yang luput solat Asarnya samalah ertinya dia telah kehilangan keluarga dan harta kekayaannya.”

(al-Bukhari)
Huraian
Solat adalah perkara yang diwajibkan dalam Islam malah ia termasuk dalam salah satu daripada rukun Islam yang lima. Dari sudut pelaksanaan solat, seseorang itu tidak boleh sewenang-wenangnya meninggalkan solat kecuali mereka yang menghadapi suasana darurat yang membolehkan ia berbuat demikian sebagaimana yang dilakukan Nabi s.a.w dan umat Islam Madinah ketika berlaku peperangan Khandak yang sungguh sengit di mana pihak musuh telah mengepung Kota Madinah. Demi menjaga keselamatan mereka terpaksa menunda solat Asar hingga ke waktu Maghrib.

3) Perbincangan mengenai fekah.
Mengenai keluar angin di bahg hadapan wanita.
Hukum wudu tidak batal.
Penerangan lanjut : Kak Aini/Ustazah Aini.

No comments:

Post a Comment