Friday, December 25, 2009

When tears flow during solat

Assalamualaikum wbt,

An article about when tears flows during solat. May Allah swt forgive our sins and put mercy on us. Insyallah. Amin.

Or click here.

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah 1431

The HELWA adminstrators pray to all of HELWA members and all muslims:

......a blessed Maal Hijrah.

Diiringi doa semoga dikurniakan Allah iman yang semakin bertambah, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang terbaik, keluasan rezeki yang halal,kecukupan dari segala keperluan, ketenangan hakiki, rahmat juga barakah yang berterusan sehingga ke akhir hayat. Saya berdoa kita sentiasa dalam taufik, hidayah, perlindungan & pemeliharaan Allah SWT. Ameen Ya Rabbal Aa’lamin.



Articles about hijrah:
1) The revelation of the Prophet's hijrah.

2) The hijrah

3) The new Hijri Year.

Friday, December 11, 2009

Zaid Bin Tsabit - Penghimpun al-Quran


Jazakallah to the image provided by this link.
Jazakaallah kpd penulis. Sila klik di sini.

Jika anda seorang yang tekun dan selalu membaca al-Quran, anda akan menurutinya dengan teliti, surah demi surah, ayat demi ayat. Ketahuilah bahawa orang yang telah berjasa besar dan patut diberi ucapan terima kasih atas sumbangan membukukan kitab ini adalah seorang tokoh besar bernama Zaid bin Tsabit.



Peristiwa-peristiwa pengumpulan al-Quran sehingga menjadi satu mushaf (buku), tidak dapat dipisahkan daripada tokoh ini. Sekiranya diadakan undian bintang untuk mengenang sahabat-sahabat Rasulullah yang berjasa dalam pengumpulan dan penyusunan al-Quran, maka Zaid bin Tsabit akan mendapat undian bintang tertinggi.

Beliau termasuk kaum Anshar. Sewaktu Rasulullah saw datang ke Madinah, usianya baru mencecah 11 tahun. Beliau masuk Islam bersama keluarganya dan pernah didoakan oleh Rasulullah sendiri. Satu kemuliaan tersendiri baginya.

Beliau pernah dibawa oleh ibubapanya berangkat ke Perang Badar, namun Rasulullah melarangnya ikut berperang karena usia dan tubuhnya ketika itu masih kecil.

Ketika Perang Uhud, beliau bersama-sama dengan rakan-rakan sebaya meminta kebenaran daripada Rasulullah supaya diizinkan untuk ikut serta dalam peperangan. Bahkan, keluarga mereka juga turut merayu kepada Rasulullah agar diizinkan bagi mujahid-mujahid kecil ini untuk ikut sama berjihad.

Rasulullah memandang ke arah para penunggang kuda ini. Ada rasa bangga tersirat di wajah baginda. Namun, baginda tetap tidak akan mengizinkan mereka untuk bergabung dalam tentera Islam.

Rafi' bin Khadij, salah seorang daripada mereka, berdiri di hadapan Nabi dengan membawa tombak. Beliau menghayunkan tombaknya dengan hebat sekali. Kemudian, beliau berkata kepada Rasulullah, "Seperti yang Rasul lihat, aku handal melontar tombak. Oleh sebab itu, izinkanlah aku ikut berperang."

Rasulullah tersenyum dengan gelagat jaguh muda ini. Baginda terus mengizinkannya ikut berperang.

Sikap beliau telah menaikkan semangat rakan-rakannya yang lain. Sekarang tiba pula giliran Samurah bin Jundub untuk tampil ke hadapan. Dengan penuh sopan beliau menunjukkan kedua-dua lengannya yang kuat dan kental. Keluarganya berkata, "Ya Rasul, Samurah mampu mengalahkan Rafi' dalam bertumbuk."

Rasulullah tersenyum puas. Baginda memberikan keizinan kepadanya untuk berperang.

Rafi' dan Samurah ketika itu sudah berusia 15 tahun. Di samping itu juga, tubuh mereka besar dan gagah.

Masih tinggal 6 orang lagi, termasuk Zaid bin Tsabit dan Abdullah bin Umar. Apa sahaja cara dilakukan agar diizinkan untuk ikutserta dalam Perang Uhud. Ada yang berharap dan merayu, ada juga yang menunjukkan kepandaian mereka. Namun, usia dan tubuh mereka masih terlalu kecil. Akhirnya, Rasulullah berjanji akan memberi keizinan kepada mereka untuk ikut sama berperang pada perang yang akan datang.

Zaid dan rakan-rakannya mulai ikut berperang ketika Perang Khandaq, iaitu pada tahun ke-5 H.

Keimanan Zaid semakin kukuh dari hari ke hari. Beliau tidak hanya menonjol di medan pertempuran, tetapi juga hebat sebagai ilmuwan dengan pelbagai keistimewaan. Beliau menghafal al-Quran, menulis wahyu yang turun kepada Nabi, dan juga hebat di bidang ilmu dan hikmah. Ketikamana Rasulullah memulakan langkah mengembangkan dakwah Islam ke luar Madinah dan mengirimkan surat tawaran masuk Islam kepada para pemerintah negeri, baginda menyuruh Zaid untuk belajar bahasa mereka. Hanya dalam masa yang singkat sahaja, Zaid dapat menguasai bahasa mereka.

Peribadi Zaid makin terserlah. Belau dihormati dan dimuliakan.

Sa'bi berkata, "Pada suatu hari, Zaid hendak pergi menaiki kuda, maka Ibnu Abbas memegangkan tali pemacu kudanya. Zaid berkata, 'Tidak mengapa, wahai sepupu Rasulullah.' Ibnu Abbas kemudiannya menjawab, 'Seperti inilah yang kami Iakukan terhadap ulama kami.'"

Qabishah berkata, "Di Madinah, Zaid menjadi ketua Dewan Peradilan, ketua Dewan Fatwa, ketua Kumpulan Pembaca al-Quran, dan ketua Kumpulan Pembahagi Harta Warisan."

Tsabit bin Ubaid berkata, 'Aku belum pernah berjumpa dengan orang seperti Zaid. Di rumahnya, beliau suka bergurau manakala di majlis ilmunya, beliau sangat dihormati."

Ibnu Abbas berkata, "Para sahabat terkemuka tahu akan ilmu yang ada pada Zaid bin Tsabit."

Kata-kata di atas merupakan pandangan para sahabat terhadap keistimewaan yang dimiliki oleh Zaid. Hal ini kerana beliau menyimpan kemuliaan tersendiri. Beliau memikul tugas paling penting dan paling mulia dalam sejarah Islam, iaitu menghimpun al-Quran.

Sejak wahyu diturunkan kepada Rasulullah sebagai tanda pengangkatan baginda menjadi seorang ”Pemberi Peringatan”, ayat-ayat yang pertama sekali turun adalah ayat 1 hingga 5 daripada surah al-’Alaq:

"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dengan segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Paling Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya." (QS: al-’Alaq 96:1-5)

Setelah itu, wahyu kemudiannya turun kepada baginda pada setiap kali baginda memohon petunjuk dan bimbingan daripada Allah swt.

Dalam tempoh kerasulan baginda, Rasulullah menghadapi peperangan demi peperangan. Baginda melawan setiap tipu daya, helah dan serangan musuh. Hal ini dilakukan demi membangun masyarakat baru yang penuh dengan kesungguhan. Dalam tempoh itu juga, wahyu terus turun kepada baginda, dan Rasulullah membacakannya kepada para sahabat. Di sinilah ada segelintir para sahabat yang mencurahkan perhatiannya kepada al-Quran sejak daripada hari pertama wahyu diturunkan kepada Rasulullah. Ada di antara mereka yang menghafalnya dan ada juga yang menulisnya untuk memelihara keaslian al-Quran.

Selama lebih kurang 21 tahun, al-Quran turun ayat demi ayat sesuai dengan keperluan dan situasi yang dihadapi. Para penghafal dan penuIis al-Quran menumpukan sepenuh perhatian terhadap wahyu yang diturunkan.

Al-Quran tidak turun sekaligus, karena al-Quran itu bukanlah buku ataupun artikel. Akan tetapi, al-Quran adalah pedoman bagi umat baru yang dibangun secara bertahap, sejengkal demi sejengkal dan dari masa ke masa. Akidah mereka dibangunkan, hati mereka dibersihkan, pola fikir mereka dikembangkan dan tekad mereka dikuatkan sesuai dengan kehendak dan izin Allah swt. Mereka menerima kehendak ini dengan sepenuh hati tanpa adanya alasan.

Oleh sebab itulah, al-Quran diturunkan secara beransur-ansur. Hal ini demikian untuk mengikuti perjalanan hidup mereka, situasi yang berubah-ubah dan permasalahan yang ada.

Sebagaimana yang telah kita ketahui, jumlah sahabat yang menghafal dan menulis al-Quran cukup banyak. Antara yang terkenal adalah Ali bin Abu Thalib, Ubai bin Ka'ab, Abdullah bin Mas'ud, Abdullah bin Abbas, dan Zaid bin Tsabit; semoga Allah ridha kepada mereka semua.

Setelah isi al-Quran turun dengan sempurna, Rasulullah membacakannya kepada para sahabat dan kaum muslimin secara tersusun, surah demi surah dan ayat demi ayat.

Selepas wafatnya Rasulullah, berlaku Perang Riddah.

Ketika berlakunya Perang Yamamah, ramai penghafal al-Quran yang syahid. Oleh sebab itulah, Saidina Umar bin al-Khattab segera menemui Khalifah Saidina Abu Bakar as-Siddiq dan mencadangkan agar al-Quran dihimpunkan sebelum semua penghafal al-Quran gugur dalam peperangan.

Saidina Abu Bakar yang menjadi khalifah ketika itu meminta petunjuk dari Allah. Beliau juga meminta pendapat daripada para sahabat. Kemudian, beliau memanggil Zaid bin Tsabit dan berkata kepadanya, "Wahai Zaid, kau masih muda dan cerdas. Kami sedikitpun tidak berburuk sangka kepadamu." Lalu, Zaid diperintahkan untuk mengumpul al-Quran dengan mendapat bantuan daripada para penghafal yang lain.

Zaid memulakan tugas yang bakal menentukan masa depan Islam. Segala usaha dan pengorbanan dicurahkan untuk menyelesaikan tugas yang paling agung dan berat ini. Beliau mengumpulkan ayat demi ayat dan surah demi surah daripada para penghafal al-Quran serta daripada lembaran-lembaran yang ada. Pekerjaan ini dilakukan dengan sangat teliti sehinggalah al-Quran dikumpulkan kesemuanya dan tersusun rapi.

Hasil kerjanya mendapat persetujuan daripada para sahabat yang telah mendengar al-Quran secara terus daripada Nabi semasa hidup baginda, terutamanya para penghafal dan penulis al-Quran.

Zaid pernah menyatakan kesusahan dalam menjalankan tugas mulia dan agung ini, "Demi Allah, seandainya mereka memintaku untuk memindahkan gunung dari tempatnya, maka itu adalah lebih mudah bagiku daripada mengumpulkan al-Quran."

Daripada doanya, ini menunjukkan bahawa Zaid lebih suka memikul satu atau lebih buah gunung daripada melakukan kesalahan walau sekecil mana pun ketika menyalin ayat atau menyusunnya dalam satu surah.

Beliau masih boleh bertahan walaupun terpaksa menghadapi ujian yang sangat getir. Namun, beliau tidak dapat menerima jika tersilap ketika melaksanakan tugas suci ini, meskipun kesalahan tersebut tidak disengajakan.

Zaid selalu mendapat petunjuk daripada Allah dan jaminan yang dijanjikanNya, iaitu; "Sesungguhnya Kami yang menurunkan peringatan (al-Quran), dan sesungguhnya Kamilah yang akan memeliharanya." (QS: al-Hijr 15: 9)

Maka, akhirnya Zaid dapat melaksanakan tugas penting ini dengan baik.

Inilah tahap pertama pengumpulan al-Quran. Al-Quran kemudiannya disalin menjadi beberapa mushaf. Mushaf-mushaf tersebut ada sedikit perbezaan, meskipun tidak banyak. Sesuai dengan peredaran masa, peristiwa-peristiwa yang berlaku di kalangan umat Islam menyebabkan para sahabat menjadikan al-Quran hanya dengan satu mushaf.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Saidina Uthman bin Affan, umat Islam terus mengembangkan dakwah sehingga ke luar daripada kota Madinah. Di samping itu, penduduk dunia yang memeluk agama IsIam semakin banyak. Mereka memiliki perbezaan bahasa dan dialek. Ketika inilah berlakunya perbezaan mushaf yang menyebabkan berlakunya perbezaan cara baca terhadap al-Quran. Hal ini bahkan terjadi perbezaan cara baca antara para sahabat generasi tua dengan generasi muda. Oleh sebab itulah, sejumlah sahabat (yang dipimpin oleh Hudzaifah bin Yaman) datang menghadap Khalifah Uthman untuk memberitahu bahawa pentingnya penyatuan al-Quran.

Saidina Uthman meminta petunjuk daripada Allah dan meminta pendapat daripada para sahabat yang lainnya. Sebagaimana Khalifah Abu Bakar yang dahulunya menugaskan Zaid bin Tsabit, sekarang Khalifah Utsman juga menugaskan Zaid.

Zaid mengumpulkan rakan-rakannya. Mereka mengambil kembali beberapa mushaf yang sengaja disimpan di rumah Hafshah binti Umar selama ini. Zaid memulakan tugas yang berat dan mulia ini bersama para sahabat yang turut ditugaskan mengumpulkan al-Quran menjadi satu mushaf. Mereka yang bersama Zaid dalam melaksanakan tugas ini adalah para penulis dan penghafal al-Quran.

Hampir tidak ada perbezaan pendapat di kalangan mereka. Jika wujud perbezaan pendapat di antara mereka, maka mereka akan menjadikan pendapat Zaid sebagai yang utama.

Pada masa sekarang, ketikamana kita membaca al-Quran dengan lancar, atau sedang mendengar bacaan al-Quran, kita sama sekali tidak terfikir bahawa ada kesulitan besar yang pernah dihadapi oleh para pengumpul al-Quran pada masa dahulu.

Sesungguhnya, kesulitan yang dihadapi oleh mereka adalah sama dengan kesulitan di medan peperangan untuk menegakkan kalimah Allah dan rnenghancurkan kegelapan dengan cahaya Ilahi.

Thursday, November 19, 2009

Istighar

Salam,

"Allahummaghfirli wa lil muslimin wal muslimat"...

An excerpt from an e-mail I received:

Istighfâr:

All kinds of dhikr will make your relation with Allâh stronger and stronger. How many Muslim’s are there today? 1.5 billion? In one minute it is possible to gain 1.5 billion hasanât. Allâhu Akbâr! How generous is Allâh [subhâna wa ta’âlâ]. No one will give you like Allâh [subhâna wa ta’âlâ] gives. So how can you gain 1.5 million hasanât? By making istighfâr for all Muslim’s. The Prophet [sall-Allâhu ‘alayhi wa sallam] is reported to have said that when a person seeks forgiveness for all believers, Allâh will write for him a hasanât for every one of those believers. [classed as hassan by Albanee] Just say ‘Astaghfirullâ h’ for yourself and for all the believers, from your heart. Allâh [subhâna wa ta’âlâ] is forgiving & generous.

On the Day of Judgement, when you will see your book, you will find the record of your sins in it & you will feel regret. But, Subhâna’Allâh, you will find between these sins, Astaghfirullâ h, Astaghfirullâ h, Astaghfirullâ h. Bi-idhnillâh, Allâh, the Karîm will cancel those sins that have istighfâr beside them, around them, after them.

Luqmân taught his sons to make istighfâr. He said: “Oh my sons, istighfirullâ ha qâidun, istighfirullâ h qâimum, istghfirullâha râqibun [make istighfâr when you are standing, sitting, reclining]. For the mercy of Allâh is descending.”

Indeed, rahamât are falling down like rain. So try to be under those rahamât. Look at it this way – there are seasons of mercy during which Allâh sends down abundant mercy [like during Ramadân, like the days of Dhul-Hijjah, etc.]. Allâh is always generous because that is one of His [subhâna wa ta’âlâ] Attributes, but He says that He gives more during certain periods. Allâh is Rahîm always, but He says He has more mercy during a certain period. These days are like those special-rate promotions or sale season. Therefore, don’t leave or ignore this sale. Go and ask for more. Keep saying ‘astaghfirullâ h’, ‘astaghfirullâ h’, astaghfirullâ h’, keep insisting on it till Allâh forgives you. Start from the beginning of Dhul-Hijjah.

…nor will He punish them while they seek (Allâh’s) forgiveness.” [Al-Anfâl 8:33]

We are informed that there is no punishment from Allâh [subhâna wa ta’âlâ a] on the yastaghfirûn . Allâh relieves all problems with istighfâr. Those who are persistent in istighfâr in their lives, disasters and calamities will be repelled from them. Mercy is like a cloud on the head of the mustaghfirîn . How do we know this?

“Why seek you not the forgiveness of Allâh, that you may receive mercy?” [An-Naml 27:46]

Allâh is telling us to make istighfâr to gain His mercy. Let your istighfâr ascend to Him and His mercy will descend upon you.

Saturday, November 14, 2009

Labbaik Allahumma Labbaik

Moga Allah swt menjemput saya, serta anda menjadi tetamu, tetamuNya yg paling istimewa.
Moga perjalanan haji saudara-seIslam berjalan lancar dan sempurna dan diterima Allah swt. Mohon kesejahteraan, keselamatan serta kesihatan yg baik bagi umat Islam sejagat. Moga Islam, iman, taqwa terus bersinar dalam hati umat Islam sejagat.

Friday, November 6, 2009

Sirah Sahabat: Abdullah bin Abbas


Moga Allah swt merahmati dan menempatkan Abdullah Bin Abbas di kalangan golongan yg dikasihi dan diredhoi Allah swt. Amiin.

Terima kasih kpd link ini. Moga Allah swt merahmati anda.

Dia pemuda tua, banyak bertanya (belajar), dan sangat cerdas.

Sahabat yang mulia ini mulia segala-galanya, tidak ada yang ketinggalan. Dalam pribadinya terdapat kemuliaan sebagai sahabat Rasulullah saw. Dia beroleh kemuliaan sebagai keluarga dekat Rasulullah karena sebagai anak paman beliau, Abbas bin Abdul Mutthalib. Dia mulia dari sudut ilmu karena dia umat Muhammad yang amat alim dan saleh.

Nama lengkapnya Abdullah bin Abbas. Dia sangat alim tentang kitabullah (Alquran) dan sangat paham maknanya. Dia menguasai Alquran sampai ke dasar-dasarnya, mengetahui sasaran, dan segala rahasianya.

Ibnu Abbas lahir tiga tahun sebelum hijrah. Ketika Rasulullah Saw wafat, dia baru berumur tiga belas tahun. Dalam usia sebaya itu, dia telah menghafal seribu enam ratus enam puluh hadis untuk kaum muslimin yang diterimanya langsung dari Rasulullah dan dicatat oleh Bukhari dan Muslim dalam kitab sahih mereka.

Setelah Ibnu Abbas lahir ke dunia, bayi yang masih merah itu segera dibawa ibunya kepada Rasulullah saw. Beliau memasukkan air liurnya ke dalam kerongkongan bayi itu. Air liur Nabi yang suci dan penuh berkat itulah yang pertama-tama masuk ke dalam rongga perut anak tersebut, sebelum ia disusukan ibunya. Seiring dengan air liur Nabi, masuk pulalah ke dalam pribadi bayi itu takwa dan hikmah. "Dan siapa saja yang diberi hikmah, sungguh dia telah diberi kebajikan yang banyak." ( Al-Baqarah: 269).

Ketika anak itu meninggalkan usia kanak-kanak dan mulai memasuki usia tamyiz (usia 6 atau 7 tahun), dia tinggal di rumah Rasulullah seperti adik terhadap kakak yang saling mengasihi. Dia menyediakan air wudu beliau apabila hendak wudu. Bila Rasulullah salat, anak itu ikut salat; bila beliau bepergian, dia membonceng di belakang. Sehingga, Ibnu Abbas bagaikan bayang-bayang yang senantiasa mengikuti ke mana saja beliau pergi, atau dia senantiasa berada di seputar beliau. Sementara itu, anak tersebut dapat menyimpan dalam hati dan pikirannya yang bersih segala peristiwa yang dilihat dan kata-kata yang didengarnya, tanpa alat tulis menulis seperti yang kita kenal sekarang.

Ibnu Abbas bercerita mengenai dirinya, "Pada suatu ketika Rasulullah saw hendak mengerjakan salat. Aku segera menyediakan air wudu untuk beliau. Beliau gembira dengan apa yang kulakukan. Ketika beliau siap untuk salat, dia memberi isyarat kepadaku supaya berdiri di sampingnya. Tetapi, aku berdiri di belakang beliau. Setelah selesai salat, beliau menoleh kepadaku seraya bertanya, "Mengapa engkau tidak berdiri di sampingku?" Jawabku, "Anda sangat tinggi dalam pandanganku, dan sangat mulia untukku berdiri di samping Anda." Rasulullah menadahkan tangannya, lalu berdoa, "Wahai Allah, berilah dia hikmah."

Allah memperkenankan doa Rasulullah tersebut. Dia memberi cucu Hasyim tersebut hikmah, melebihi hikmah ahli-ahli hikmah yang besar-besar. Tentu Anda ingin tahu, hikmah bentuk apa yang telah dilimpahkan Allah kepada Abdullah bin Abbas. Marilah kita perhatikan kisah selanjutnya.

Ketika sebagian sahabat memencilkan dan menghina Khalifah Ali bin Abu Thalib, Abdullah bin Abbas berkata kepada Ali, "Ya, Amirul Mukminin, izinkanlah saya mendatangi mereka dan berbicara kepadanya." Kata Ali, "Saya khawatir risiko yang mungkin engkau terima dari mereka." Jawab Ibnu Abbas, "Insya Allah tidak akan terjadi apa-apa." Ibnu Abbas masuk ke dalam majlis mereka. Dilihatnya mereka orang-orang yang sangat rajin beribadah. Mereka berkata, "Selamat datang, hai Ibnu Abbas. Apa maksud kedatangan Anda kemari?" Jawab Ibnu Abbas, "Saya datang untuk berbicara dengan tuan-tuan." Sebagian yang lain berkata, "Katakanlah, kami akan mendengarkan bicara Anda." Ibnu Abbas berkata, "Coba tuan-tuan katakan kepada saya, apa sebabnya tuan-tuan membenci anak paman Rasulullah yang sekaligus suami anak perempuan beliau (mantu Rasulullah), dan orang yang pertama-tama iman dengan beliau?" Jawab mereka, "Kami membencinya karena tiga perkara." Tanya Ibnu Abbas, "Apa itu?" Mereka menjawab, "Pertama, dia bertahkim (mengangkat hakim) kepada manusia tentang urusan agama Allah. Kedua, dia memerangi Aisyah dan Muawiyah, tetapi dia tidak mengambil harta rampasan dan tawanan. Ketiga, dia menanggalkan gelar Amirul Mukminin dari dirinya, padahal kaum muslimin yang mengukuhkan dan mengangkatnya. Kata Ibnu Abbas, "Sudikah tuan-tuan mendengar Alquran dan hadis Rasulullah yang saya bacakan? Tuan-tuan tentu tidak akan membantah keduanya. Apakah tuan-tuan bersedia mengubah pendirian tuan-tuan sesuai dengan maksud ayat dan hadis tersebut?" Jawab mereka, "Tentu!" Kata Ibnu Abbas, "Masalah pertama, bertahkim kepada manusia dalam urusan agama Allah. Allah SWT berfirman: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kalian membunuh binatang buruan ketika kamu sedang ihram, siapa saja di antara kamu membunuhnya dengan sengaja, maka dendanya ialah mengganti dengan binatang ternak yang seimbang dengan buruan yang dibunuhnya menurut putusan dua orang yang adil di antara kamu." (Al-Maidah: 95). Saya bersumpah dengan tuan-tuan menyebut nama Allah. Apakah putusan seseorang tentang hak darah atau jiwa, dan perdamaian antara kaum muslimin yang lebih penting ataukah seekor kelinci yang harganya seperempat dirham?"
Jawab mereka, "Tentu darah kaum muslimin dan perdamaian di antara mereka yang lebih penting." Kata Ibnu Abbas, "Marilah kita keluar dari persoalan ini."

Kata Ibnu Abbas, "Masalah kedua, Ali berperang tetapi dia tidak menawan para wanita seperti yang terjadi pada masa Rasulullah. Mengenai masalah ini, sudikah tuan-tuan mencaci Aisyah, lantas tuan-tuan halalkan dia seperti wanita-wanita tawanan yang lain-lain. Jika tuan-tuan mengatakan "Ya," tuan-tuan kafir. Dan, jika tuan-tuan menjawab, dia bukan ibu kami, tuan-tuan kafir juga. Allah SWT berfirman: "Nabi itu hendaknya lebih utama bagi orang-orang mukmin daripada diri mereka sendiri, dan istri-istri Nabi adalah ibu-ibu mereka." (Al-Ahzab: 6).

"Nah, pilihlah mana yang tuan-tuan suka. Mengakui ibu atau tidak. Kata Ibnu Abbas, "Ali menanggalkan gelar 'Amirul Mukminin' dari dirinya. Sesungguhnya ketika Perjanjian Hudaibiyah ditandatangani, mula-mula Rasulullah menyuruh untuk ditulis, inilah perjanjian dari Muhammad Rasulullah. Lalu kata kaum musyrikin, "Seandainya kami mengakui engkau Rasulullah, tentu kami tidak menghalangi engkau mengunjungi Baitullah dan tidak memerangi engkau. Karena itu, tuliskan nama engkau saja, "Muhammad bin Abdullah."
Rasulullah memenuhi permintaan mereka seraya berkata, "Demi Allah, aku adalah Rasulullah, sekalipun kalian tidak mempercayaiku.
"Bagaimana?" tanya Ibnu Abbas, "Tidak pantaskah masalah memakai atau tidak memakai gelar 'Amirul Mukminin' itu kita tanggalkan saja? Jawab mereka, "Ya Allah, kami setuju." Hasil pertemuan Ibnu Abbas dengan mereka (kaum Khawarij) dan alasan-alasan yang dikemukakannya menyebabkan 20.000 orang yang membenci Ali kembali masuk ke dalam barisan Ali. Yang memusuhinya hanya tinggal 4.000 orang.

Waktu muda Abdullah bin Abbas mencari ilmu dengan berbagai cara yang dapat dilakukannya. Waktunya dihabiskan umtuk menuntut ilmu dengan sungguh-sungguh. Mula-mula dia memperoleh ilmu dari mata air yang mulia, yaitu langsung dari Rasulullah sampai beliau wafat. Setelah beliau tiada, dihubunginya ulama-ulama sahabat, lalu dia belajar kepada mereka. Ibnu Abbas pernah bercerita, "Apabila seseorang menyampaikan sebuah hadis kepadaku yang diperolehnya dari seorang sahabat Rasulullah, maka kudatangi sahabat tersebut ke rumahnya waktu dia tidur siang. Lalu, aku bentangkan serbanku dekat tangga rumahnya dan aku duduk di situ menunggu dia bangun. Sementara itu, angin bertiup memenuhi tubuhku dengan debu tanah. Seandainya aku minta izin masuk kepadanya, tentu dia akan mengizinkanku. Tetapi, memang aku sengaja melakukan demikian supaya tidak menganggunya tidur. Ketika dia keluar dan melihatku dalam keadaan demikian, dia berkata, "Wahai anak paman Rasulullah. Mengapa Anda sendiri yang datang ke sini? Mengapa tidak Anda suruh saja seseorang memanggilku. Tentu aku datang memenuhi panggilan Anda!" Jawabku, "Akulah yang harus mendatangi Anda, ilmu harus didatangi, bukan ilmu yang harus mendatangi. Sesudah itu kutanyakan kepadanya hadis yang kumaksud."

Ibnu Abbas rendah hati dalam menuntut ilmu. Dia menghormati derajat ulama. Pada suatu hari Zaid bin Tsabit, penulis wahyu dan ketua pengadilan Madinah bidang Fiqih, Qira'ah, dan Faraidh, mendapat kesulitan karena hewan yang ditungganginya bertingkah. Lalu, Abdullah bin Abbas berdiri ke hadapannya seperti seorang hamba di hadapan majikannya. Ditahannya hewan kendaraan Zain bin Tsabit. Kata Zaid, "Biarkan saja, wahai anak paman Rasulullah!" Jawab Ibnu Abbas, "Beginilah caranya kami diperintahkan Rasulullah terhadap ulama kami." Kata Zaid bin Tsabit, "Coba perlihatkan tangan Anda kepada saya!"
Ibnu Abbas mengulurkan tanganya kepada Zaid, lalu dicium oleh Zaid. "Begitulah caranya kami diperintahkan Rasulullah menghormati keluarga Nabi kami, Kata Zaid."

Ibnu Abbas sangat rajin menuntut ilmu sehingga mencengangkan ulama-ulama besar. Masruq bin Ajda', seorang ulama besar Tabi'in berkata, "Paras Ibnu Abbas sangat elok. Bila dia berbicara, bicaranya sangat fasih. Bila dia menyampaikan hadits, dia sangat ahli dalam bidang itu."

Setelah ilmu yang dicarinya sempurna, Ibnu Abbas beralih menjadi guru mengajar. Rumahnya berubah menjadi jam'iah (universitas) kaum muslimin. Memang tidak salah kalau kita katakan universitas, seperti yang kita kenal sekarang. Beda universitas Ibnu Abbas dengan universitas kita sekarang ialah di universitas kita yang mengajar ada sepuluh sampai ratusan orang dosen atau profesor. Tetapi, di universitas Ibnu Abbas yang mengajar Ibnu Abbas seorang.

Salah seorang kawan Ibnu Abbas bercerita, "Saya berpendapat, seandainya kaum Quraisy mau membanggakan universitas Ibnu Abbas, memang pantas mereka bangga. Saya lihat orang banyak sudah penuh berkumpul di jalan menuju ke rumah Ibnu Abbas, sehingga jalan itu sempit dan tertutup oleh kepala orang banyak. Saya masuk menemuinya dan memberi tahu bahwa orang banyak sudah berdesak-desak di muka pintu. Katanya, "Tolong ambilkan saya air wudu!" Lalu dia berwudu dan sesudah itu duduk di ruangan majelis. Katanya, "Siapa yang hendak belajar Alquran suruhlah mereka masuk." Saya keluar memberi tahu orangn banyak. Mereka pun masuk, sehingga seluruh ruangan dan kamar-kamar penuh dengan orang yang hendak belajar Alquran. Apa saja yang mereka tanyakan dijawabnya panjang lebar. Kemudian berkata kepada mereka, "Beri kesempatan kawan-kawan yang lain!" Lalu mereka keluar semuannya. Katanya, "Suruh masuk orang-orang yang hendak belajar tafsir Alquran dan takwilnya!" Maka, kuumumkan kepada orang banyak, sehingga mereka masuk pula memenuhi ruangan dan kamar-kamar. Apa yang ditanyakan mereka dijawabnya sampai mereka puas. Katanya, "Sekarang beri kesempatan pula kawan-kawan yang lain!" Saya disuruhnya keluar menyilakan orang yang hendak belajar tentang halal dan haram dan masalah-masalah fikih. Mereka pun masuk. Segala pertanyaan mereka dijawabnya panjang lebar. Setelah cukup waktunya, dia berkata pula, "Kini beri kesempatan kawan-kawan yang hendak belajar faraid dan sebagainya!" Mereka pun keluar, dan masuk pula orang-orang yang hendak belajar ilmu faraidh. Setelah selesai pelajaran faraid, disuruh masuk pula orang-orang yang hendak sastra Arab, syi'ir dan kata-kata arab yang sulit. Kemudian Ibnu Abbas membagi-bagi hari untuk beberapa macam bidang ilmu dalam beberapa hari, guna mencegah orang berdesak-desakkan di muka pintu. Umpamanya, sehari dalam seminggu untuk bidang ilmu tafsir, besok ilmu fikih, besok ilmu peperangan (sejarah peperangan Rasulullah) atau strategi perang. Sesudah itu ilmu syi'ir, sesudah itu ilmu sastra Arab. Tidak ada orang alim yang duduk dalam majelis Ibnu Abbas melainkan menundukkan diri kepadanya.

Karena kealiman dan kemahirannya dalam berbagai bidang ilmu, dia senantiasa diajak bermusyawarah oleh khalifah rasyidah (bijaksana) sekalipun dia masih muda belia. Apabila Khalifah Umar bin Khattab menghadapi suatu persoalan yang rumit, diundangnya ulama-ulama terkemuka termasuk Ibnu Abbas yang muda belia. Bila Ibnu Abbas hadir, Khalifah Umar memberikan tempat duduk yang lebih tinggi bagi Ibnu Abbas dan Khalifah sendiri duduk di tempat yang lebih rendah seraya berkata, "Anda lebih berbobot daripada kami."

Pada suatu ketika Khalifah Umar mendapat kritik karena perlakuan yang diberikannya kepada Ibnu Abbas melebihi dari ulama yang tua-tua. Maka, kata Umar, "Dia pemuda tua, dia lebih banyak belajar dan berhati tenang."

Ketika Ibnu Abbas beralih mengajar orang-orang tertentu, dia tetap tidak melupakan kewajibannya terhadap orang-orang awam. Maka, dibentuknya majelis-majelis wa'azh dan tadzkir (pendidikan dan pengajaran). Di antara pengajarannya, dia berkata kepada orang-orang yang berdoa, "Wahai orang yang berbuat dosa! Jangan sepelekan akibat-akibat perbuatan dosa itu, sebab ekornya jauh lebih gawat daripada dosa itu sendiri. Kalau engkau tidak merasa malu kepada orang lain, padahal engkau telah berbuat dosa, maka sikap tidak punya malu itu sendiri adalah juga dosa. Kegembiraanmu ketika melakukan dosa, padahal engkau tidak tahu apa yang diperbuat Allah atas dirimu adalah juga dosa. Kalau engkau sedih karena tidak dapat berbuat dosa, maka kesedihanmu itu jauh lebih dosa daripada perbuatan itu. Engkau takut kalau-kalau angin bertiup membukakan rahasiamu, tetapi engkau sendiri telah berbuat dosa tanpa takut akan Allah yang melihatmu. Maka, sikap seperti itu adalah lebih besar dosanya ketimbang perbuatan dosa itu."

"Wahai orang yang berdosa! Tahukah Anda dosa Nabi Ayyub as. Yang menyebabkannya mendapat bala (ujian) mengenai jasad dan harta bendanya? Ketahuilah, dosanya hanya karena ia tidak menolong seorang miskin yang minta pertolongannya untuk menyingkirkan kezaliman."

Ibnu Abbas tidak termasuk orang-orang yang pandai berkata tetapi tidak berbuat. Dia tidak termasuk orang yang pandai melarang tetapi tidak menghentikan. Abdullah bin Mulaikah bercerita, "Saya pernah menemani Ibnu Abbas dalam suatu perjalanan dari Mekah ke Madinah. Ketika kami berhenti di suatu tempat, dia bangun tengah malam, sementara yang lain-lain tidur karena lelah. Saya pernah pula melihatnya pada suatu malam membaca ayat ke-19 surat Qaf berkali-kali sambil menangis hingga terbit fajar. Sebagai kesimpulan, tahulah kita bahwa Ibnu Abbas yang berparas tampan itu senantiasa menangis tengah malam karena takut akan siksa Allah sehingga air mata membasahi kedua pipinya.

Ibnu Abbas sampai ke puncak ilmu yang dimilikinya. Pada suatu ketika musim haji, Khalifah Muawiyah bin Abi Sufyan pergi haji. Bersamaan dengan Khalifah, pergi pula Abdullah bin Abbas. Khalifah Muawiyah diiringkan oleh pasukan pengawal kerajaan. Abdullah bin Abbas diiringkan oleh murid-muridnya yang berjumlah lebih banyak daripada pengiring Khalifah.

Usia Abdullah bin Abbas mencapai tujuh puluh satu tahun. Selama itu dia telah memenuhi dunia dengan ilmu, paham, hikmah, dan takwa. Ketika dia meninggal, Muhammad bin Hanafiyah turut melakukan salat atas jenazahnya bersama-sama dengan para sahabat yang lain-lain serta para pemuka tabi'in.

Tatkala mereka menimbun jenazahnya dengan tanah, mereka mendengar sura membaca, "Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati puas lagi diridai-Nya. Masuklah ke dalam kelompok jamaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke surga-Ku" (Al-Fajr: 27 -- 30).

Al-Islam - Pusat Informasi dan Komunikasi Indonesia

Monday, October 19, 2009

Trailer - VCD Motivasi Haji oleh Prof Kamil

Allahuakhbar, Subhanallah.

Moga Allah swt menjemput kita menjadi tetamuNya yg palin istimewa di tanah suci Mekah. Amiin.

Friday, October 9, 2009

Berpada dengan pemberian Allah

Hadith :

Dari Abu Hurairah r.a katanya:Nabi saw. bersabda yang maksudnya:Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripadamu dan jangan melihat kepada orang yang lebih tinggi. Itulah tembok yang kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu.

(Riwayat Bukhari)

Huraian :

* Selaku insan mukmin, kita tidak harus menyalahkan apa sahaja pemberian Allah SWT apalagi menghinanya kerana jika dihitung-hitung nikmat Allah, nescaya kita tidak akan sanggup menghitungnya lagi disebabkan terlampau banyaknya nikmat tersebut termasuklah pemberian yang tidak kita sedari.

* Oleh itu jangan kita merasa kesal atau kecewa dengan ciptaan atau pemberian Allah sama ada kita mengalami kecacatan, kekurangan dan sebagainya. Hal ini kerana jika kita mengeluh terhadap-Nya, padahal kita sedang menikmati rahmat-Nya, itu bermakna kita tamak dan menutup mata atas nikmat yang telah kita miliki selama ini dan hal demikian akan menjerumuskan kita ke lembah kekufuran serta mengundang kemurkaan Allah sehingga tiba suatu masa kelak, Allah SWT akan menarik semula segala nikmat pemberian-Nya itu dan menggantikannya dengan kesusahan. Ketika itulah kita akan menyesal dan celik akan hakikat sebenarnya.

* Sesungguhnya sebahagian besar musibah yang menimpa manusia adalah disebabkan oleh keluhan-keluhan mereka terhadap-Nya sedangkan Allah itu Maha Pengasih, Maha Adil dan lemah-lembut terhadap hamba-hamba-Nya. Oleh itu dalam apa juga perkara kita hendaklah bersifat qanaâah dan sentiasa bersyukur di samping berusaha dan bersabar kerana Allah ada berfirman yang maksudnya:

…boleh jadi kamu benci pada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahui.(al-Baqarah:216)

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Thursday, October 1, 2009

Tiga ‘ta’ panduan umat kukuh persaudaraan

Terima kasih http://www.freefoto.com/preview/12-01-18?ffid=12-01-18&k=Rose

Oleh Abdurrahman Haqqi
sumber~ http://www.bharian.com.my



Ta’aruf, ta’awun dan tawasau tingkat takwa agar peroleh kehidupan mulia dunia, akhirat .
JIKA dalam bahasa Melayu kita mengenal konsep 3 Ta yang boleh mengelirukan kehidupan seorang lelaki sehingga dia boleh berjaya mahupun binasa dengannya, dalam bahasa Arab – setidak-tidaknya untuk penyesuaian dengan bahasa Melayu, boleh diperkenalkan konsep Ta 3 yang akan membawa kesejahteraan kepada umat manusia.

Konsep 3 Ta dalam bahasa Melayu merujuk kepada ‘harta, takhta dan wanita’ manakala Ta 3 yang dalam bahasa Arab adalah ta’aruf (saling mengenal), tawasau (menasihati) dan ta’awun (tolong-menolong).

Ta 3 ialah asas perhubungan umat manusia sejagat yang digariskan al-Quran secara nyata. Ia panduan Ilahi yang kekal, tidak putus walau apa pun terjadi. Konsep Ta 3 ialah manusia dicipta untuk saling mengenal (ta’aruf). Apabila saling mengenal, mereka diperintahkan untuk tolong-menolong (ta’awun). Selepas itu mereka perlu mekanisme yang boleh meneruskannya yakni saling menasihati (tawasau).

Bagi ta’aruf, Allah SWT berfirman maksudnya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami sudah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenalan (beramah mesra). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya.” (Surah al-Hujarat: 13).

Bagi ta’awun, al-Quran menjelaskan maksudnya: “Dan saling menolonglah kamu dalam berbuat kebajikan dan takwa.” (Surah al-Maidah: 2)

Bagi tawasau, Allah SWT berfirman maksudnya: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal salih dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menepati kesabaran.” (Surah al-’Ashr: 1-3).

Cuba kita bayangkan jika manusia dicipta, kemudian tidak saling mengenal, apa yang akan terjadi? Begitu pula jika sudah kenal, tapi tidak wujud tolong-menolong. Walaupun sudah terjalin hubungan tolong menolong, tapi saling nasihat menasihati tidak menjelma, apa yang akan diperoleh? Hanya hampa dan kepincangan yang bakal dikecapi.

Ibadat yang dengannya tujuan manusia diciptakan seperti dalam firman-Nya bermaksud: “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku” (Surah al-Dzariat: 5) menjelma dalam ‘Ta 3′. Ta’aruf, tawasau dan ta’awun juga ialah ibadat.

Seperti kita perhatikan dalam ketiga-tiga ayat di atas, Ta 3 dikaitkan dengan ketakwaan.

Ta’aruf dengan “sesungguhnya semulia-mulia kamu pada sisi Allah SWT ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu.” Ta’awun dikaitkan dengan “dan saling menolonglah kamu dalam berbuat kebajikan dan takwa.” Tawasau pula dikaitkan dengan manusia yang tidak merugikan dan manusia yang sedemikian ialah orang yang bertakwa.

Sifat tolong-menolong adalah jambatan saling mengenal dan menasihati. Pengertian saling menolong sangat luas, bahkan sampai ke tahap manusia tidak memahaminya.
Ketika Rasulullah SAW bersabda di depan sahabat yang bermaksud:

“Berikan pertolongan kepada saudaramu sama ada yang zalim atau dizalimi,” mereka hairan lantas berkata: “Kami faham jika kami memberikan pertolongan kepada saudara kamu yang dizalimi tapi bagaimana pula memberikan pertolongan kepada saudara kami yang menzalimi?” Baginda memberikan penjelasan dengan sabdanya: “Kalian halang dia daripada berbuat zalim, dengan itu kalian telah memberikan pertolongan kepadanya.”
Sikap tolong-menolong amat digalakkan Islam. Pertolongan yang kita berikan kepada saudara kita, akan membawa pulangan yang lebih kepada kita. Sabda Nabi maksudnya: “Allah SWT sentiasa menolong orang selagi orang itu sentiasa menolong saudaranya.” (Hadis riwayat Ahmad).” Bahkan memberikan pertolongan adalah sedekah yang paling baik. Rasulullah bersabda maksudnya: “Pertolongan kamu terhadap orang lemah adalah sedekah yang paling afdal.” (Hadis riwayat Ibnu Abi al-Dunia).

Jika saling menolong diamalkan meluas di kalangan umat, ia tanda keberkatan hidup. Dalam hadis Baginda bersabda maksudnya: “Apabila Allah menghendaki kebaikan bagi suatu kaum, maka dijadikan pemimpin mereka kalangan orang yang bijaksana dan dijadikan ulama mereka menangani hukum dan mahkamah. Allah SWT juga jadikan harta benda di tangan orang yang dermawan. Namun, jika Allah SWT menghendaki keburukan bagi satu kaum, maka Dia menjadikan pemimpin mereka orang yang berakhlak rendah. Dijadikan-Nya orang dungu yang menangani hukum dan mahkamah manakala harta berada di tangan orang kikir.” (Hadis riwayat al-Dailami).

Ketiga-tiga aspek kehidupan masyarakat yang disentuh hadis di atas berhubungan erat dengan tolong-menolong untuk mewujudkan pemimpin dan ulama ulung serta dermawan yang ikhlas.

Jika sifat tolong-menolong juga tidak boleh direalisasikan, tiga perkara yang akan memporak-perandakan sendi kehidupan bermasyarakat seperti sabda Baginda maksudnya: “Ada tiga perkara tergolong musibah yang membinasakan iaitu seorang penguasa apabila kamu berbuat baik kepadanya, dia tidak mensyukuri kamu, apabila kamu berbuat kesalahan dia tidak mengampuni; seorang jiran, apabila melihat kebaikan kamu dia pendam (diamkan saja) tapi apabila melihat keburukan kamu dia sebarkan; seorang isteri apabila berkumpul dia mengganggu kamu (dengan ucapan dan perbuatan yang menyakiti) dan apabila kamu pergi, dia akan mengkhianati kamu.” (Hadis riwayat al-Tabrani)

Dalam sejarah awal Islam, contoh saling menolong di kalangan umat Islam banyak kita temui. Ketika putus hubungan kerabat antara Nabi Muhammad SAW dengan bapa saudaranya Abu Lahab, dan saudaranya Amru Hisyam (Abu Jahal), iaitu ketika orang Muhajirin sanggup bertempur di medan perang, menentang sanak saudara, kaum kerabat dan sahabat handai mereka sendiri di medan Perang Badar, ketika itu juga jalinan kekeluargaan terikat begitu erat antara kaum Muhajirin dan Ansar.

Mereka menjadi saudara dan kaum keluarga yang saling menolong dan membantu. Pada masa sama juga tercantum rasa kasih sayang dan tali kekeluargaan antara orang Muslim Arab dengan Muslim berbangsa lain terjalin hubungan kasih mesra dan setia antara mereka. Semua ini berkat ajaran Islam yang dibawa Rasulullah SAW.

Tujuan akhir berjemaah daripada ajaran tolong-menolong adalah penyebaran secara berleluasa amar makruf nahi mungkar yang menjadi mercu tanda kebaikan umat Islam seperti firman Allah SWT maksudnya:
“Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, iaitu kamu menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan kamu beriman kepada Allah SWT.” (Surah Ali Imran: 110). Jika tidak ada ta’aruf, ta’awun dan tawasau, bolehkah ayat ini dapat direalisasikan?

Thursday, September 17, 2009

Jadikan Ramadan inspirasi Syawal


Oleh MOHD. NORZI NASIR
Di ambil dari blog Nurjeehan. Jazakallah Khairan Khatiraa


AMALAN bertadarus dalam Ramadan perlu diteruskan pada bulan-bulan lain.

RAMADAN terbukti berfungsi sebagai bulan tarbiyah dan pelaburan kerana di dalamnya terkandung janji Allah SWT berserta gugusan pahala yang berlipat ganda sebagai anugerah buat sekalian hambanya natijah dari perlaksanaan amalan-amalan wajib dan amalan-amalan sunnah yang disyariatkan.

Rasulullah SAW bersabda, bahawa Allah SWT berfirman dalam sebuah hadis qudsi yang bermaksud:

Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran dengan amalan puasa tersebut. (riwayat Muslim)

Allah SWT tidak pernah mengabaikan setiap perlakuan amal soleh setiap hamba-Nya meskipun hanya seberat zarah.

Firman Allah yang bermaksud:

Maka sesiapa yang berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam buku amalannya). (al-Zalzalah: 7).

Demikian pula sesiapa yang melakukan kejahatan walau seberat zarah, amalannya tetap akan diperlihatkan kepadanya. Firman Allah yang bermaksud:

Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam buku amalannya). (al-Zalzalah: 8)

Ramadan inspirasi syawal

Ramadan al-Mubarak yang berlalu sewajarnya dijadikan inspirasi dalam mempertingkatkan amalan dan menjaga produktivitinya agar mencapai tingkat istiqamah dalam membina jati diri Muslim yang cemerlang selama saki baki umur masih dibekalkan oleh Allah SWT.

Syawal yang dirai merupakan proses pertama dalam menilai tingkat penghayatan seseorang sepanjang Ramadan, adakah dia mencapai objektif yang dicita-citakan memperolehi keampunan dan pembebasan dari azab api neraka pada hari kiamat?

Apakah keintiman hubungannya Allah semakin dirasai dan bertambah kukuh? Apakah tali silaturrahim sesama Muslim terjalin erat dalam usaha mentaati perintah Allah SWT dan mencari keredaannya?

Apakah segala amalan yang pernah dilakukan pada saat Ramadan mampu dipraktik untuk kesekian kalinya?

Syawal yang bermakna

Hari raya adalah satu peluang yang cukup besar dan bermakna untuk meningkatkan kualiti amalan, memulihkan hubungan sesama manusia yang merupakan tuntutan syariat Islam, berlapang dada, murah hati, ukhuwah, belas kasihan dan kasih sayang.

Sentiasa istiqamah dalam kebaikan

Daripada Aisyah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Tingkatkanlah amalanmu dengan baik, atau lebih dekatlah kepada kebaikan, dan bergembiralah, kerana amalan seseorang itu tidak dapat memasukkannya ke dalam syurga. Para sahabat bertanya, “Adakah amalanmu juga begitu, wahai Rasulullah”? Jawab Rasulullah SAW: “Amalanku juga begitu. Tetapi Allah melimpahiku dengan rahmat-Nya. Ketahuilah, sesungguhnya amalan yang paling disukai oleh Allah SWT ialah amalan yang dikerjakan secara berterusan walaupun sedikit”. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Meneruskan amalan Qiamullail dan ibadah lain

Daripada Abu Umamah r.a Rasulullah SAW bersabda:

“Barang siapa yang melaksanakan qiamullail pada dua malam Eid (Aidil Fitri dan Aidil Adha), dengan penuh keikhlasan kerana Allah SWT, hatinya tidak akan mati pada hari matinya hati-hati manusia.” (riwayat Ibn Majah)

Niat untuk bangun malam melakukan amal ibadah tidak hanya berkutat atau berhenti pada pepatah Melayu ‘hangat-hangat tahi ayam’.

Rasulullah SAW mencela umatnya ketika melakukan suatu perkara ghairah melakukannya di peringkat permulaan namun layu terkulai di penghujungnya.

Daripada Abdullah bin Amr ibn al-As berkata, Rasulullah SAW bersabda:

“Wahai Abdullah, janganlah engkau seperti si pulan, suatu ketika dahulu dia melakukan solat malam (tetapi sekarang) dia tidak melakukannya lagi.” (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Melakukan puasa enam hari dalam bulan Syawal

Daripada Abu Ayyub Al-Ansari r.a sesungguhnya dia telah dikhabarkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringi puasanya dengan enam hari dari bulan Syawal, maka (pahalanya) seolah-olah berpuasa selama setahun.” (riwayat Muslim)

Meneruskan amalan bersedekah

Daripada Abu Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: “Ya Allah, berikanlah ganti (kembangkanlah harta) bagi orang-orang yang berinfak (menghulurkan sedekah)” dan satu yang lain pula berdoa, “Ya Allah, binasakanlah harta orang-orang yang kikir (kedekut)”. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Istiqamah menjauhi amalan yang bertentangan

Istiqamah itu bukan sahaja dituntut dalam perihal amal kebaikan sahaja, akan tetapi istiqamah turut dituntut dalam meninggalkan perkara-perkara yang keji dan berdosa.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah. Dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu sedang mereka mengetahui akan salahnya dan akibatnya. (ali-’Imran: 135)

Dalam suasana meraikan kedatangan Syawal dan Aidilfitri khasnya, umat Islam dilarang melakukan amalan yang bertentangan dengan syariat Islam. Antaranya:

1. Membazir dan berlebih-lebihan dalam berbelanja. Perbuatan ini amat bertentangan dengan perintah Allah SWT di dalam al-Quran yang bermaksud,

Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya. (al-Isra’: 27)

2. Hilangnya perasaan kasih sayang dan simpati terhadap fakir miskin. Perlakuan ini bertentangan dengan sabda baginda SAW.

Daripada Abu Said al-Khudri r.a, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

“Mana-mana orang mukmin yang memberi makan kepada seorang mukmin semasa ia lapar, nescaya Allah memberi makan kepadanya pada hari kiamat dari buah-buahan syurga; dan mana-mana orang mukmin yang memberi minum kepada seorang mukmin semasa ia dahaga, nescaya Allah memberi minum kepadanya pada hari kiamat dari minuman syurga yang tersimpan dengan sebaik-baiknya; dan mana-mana orang mukmin yang memberi pakai kepada seorang mukmin semasa ia memerlukan pakaian, nescaya Allah memberi pakaian kepadanya dari pakaian syurga”. (riwayat al-Tirmidzi)

3. Meniru cara atau etika orang-orang kafir dalam berpakaian ketika menyambut Aidilfitri terutama wanita.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu. (al-Ahzab: 33)

Daripada Ibn Umar r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, dia termasuk dalam golongan mereka”. (hadis sahih riwayat Abu Dawud).

4. Meninggalkan solat berjemaah di masjid. Perlakuan ini bertentangan dengan anjuran Rasulullah SAW agar menunaikan solat secara berjemaah di masjid bagi kaum lelaki.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Solat berjemaah itu adalah lebih baik daripada solat bersendirian iaitu sebanyak 27 darjat (ganjaran).” (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sebagai kesimpulan, Aidilfitri adalah bukti kesyukuran hamba atas segala limpah kurniaan Allah yang Maha Kuasa.

Wednesday, September 9, 2009

Puasa Yang Ditolak Allah swt

Assalamualaikum wbt,

Yang diberi oleh Ustaz Zaharuddin

Part 1



Part 2

Wednesday, August 26, 2009

Orang-orang yang didoakan oleh Malaikat

Orang - orang yang Didoakan oleh Malaikat

Marilah kita berusaha menjadi di antara orang-orang yg didoakan oleh Malaikat. Amiin.

Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat - malaikat itu) adalah hamba - hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah - perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang - orang yang diridhai Allah, dan mereka selalu berhati - hati karena takut kepada-Nya" (QS Al Anbiyaa' 26-28)

Inilah orang - orang yang didoakan oleh para malaikat :

1)Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci'" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2)Orang yang duduk menunggu shalat. Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu shalat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia'" (Shahih Muslim no. 469)

3)Orang - orang yang berada di shaf bagian depan di dalam shalat. Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada (orang - orang) yang berada pada shaf - shaf terdepan" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)

4)Orang - orang yang menyambung shaf (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalm shaf). Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu bershalawat kepada orang - orang yang menyambung shaf - shaf" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5)Para malaikat mengucapkan 'Amin' ketika seorang Imam selesai membaca Al Fatihah. Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', karena barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu" (Shahih Bukhari no. 782)

6)Orang yang duduk di tempat shalatnya setelah melakukan shalat. Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat akan selalu bershalawat kepada salah satu diantara kalian selama ia ada di dalam tempat shalat dimana ia melakukan shalat, selama ia belum batal wudhunya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia'" (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadits ini)

7)Orang - orang yang melakukan shalat shubuh dan 'ashar secara berjama'ah. Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat berkumpul pada saat shalat shubuh lalu para malaikat ( yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga shubuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu shalat 'ashar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga shalat 'ashar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, 'Bagaimana kalian meninggalkan hambaku ?', mereka menjawab, 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan shalat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan shalat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat'" (Al Musnad no. 9140, hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)

8)Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang didoakan. Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' ra., bahwasannya Rasulullah SAW bersabda, "Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata 'aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan'" (Shahih Muslim no. 2733)

9)Orang - orang yang berinfak. Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak'. Dan lainnya berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit'" (Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)

10)Orang yang makan sahur. Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayaatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada orang - orang yang makan sahur" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)

11)Orang yang menjenguk orang sakit. Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Ali bin Abi Thalib ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70.000 malaikat untuknya yang akan bershalawat kepadanya di waktu siang kapan saja hingga sore dan di waktu malam kapan saja hingga shubuh" (Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, "Sanadnya shahih")

12)Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain. Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain" (dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)
__._,_.___

Thursday, August 20, 2009

Sifat-sifat hamba Allah yang mendapat kemuliaan (Mereka itulah Abdul Rahman)

Salam dan semoga dilimpahi rahmat dan redha Allah SWT,

InsyaAllah, hari ini saya ingin berkongsi berkenaan ciri-ciri hamba Allah SWT. Saya akan cuba untuk membuat ringkasan serba sedikit tentang ciri-ciri Ibadurrahman ini berdasarkan kepada Surah Al-Furqan (Surah 25) bermula dari ayat 63 hingga ke akhir surah. Sila rujuk link ini untuk tafsiran ciri-ciri hamba Allah ini. Hayatinya dan praktikkan, jadikanlah ia sebahagian dari personaliti diri kita dan juga keluarga. Antara ciri-ciri hamba Allah seperti yang diterangkan dalam Surah ini adalah:
  1. Orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik
  2. Orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Allah SWT
  3. Orang yang berkata: 'Ya Tuhan kami, jauhkan azab Jahanam dari kami, sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal'.
  4. Orang yang membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebihan, dan tidak pulak kikir, dan adalah (perbelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian (yakni bersederhana dalam berbelanja)
  5. Orang yang tidak menyembah tuhan yang lain berserta Allah SWT
  6. Orang yang tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan alasan yang benar
  7. Orang yang tidak berzina, barangsiapa melakukan demikian, nescaya dia mendapat pembalasan dosa
  8. Orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh. Mereka bertaubat dengan sebenar-benar taubat.
  9. Orang yang tidak memberikan prsaksian palsu
  10. Orang yang apabila bertermu dengan orang yang mengerjakan perbuatan yang tidak berfaedah, mere lalui saja dengan menjaga kehormatan diri
  11. Orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Allah, mereka tidaklah menghadapi sebagai orang yang tuli lagi buta
  12. Orang yang berkata: 'Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa'
Mudahan dengan kehadiran Ramadhan yang mulia ini, dapatlah kita beramal dengannya kerana sesungguhnya jika dilatih selama sebulan di bulan yang mulia ini, mudahan ia akan terpahat di jiwa dan diri kita sampai ke akhir hayat. Semoga Allah SWT memberikan taufik dan hidayahNya kepada kita dan semoga perginya Ramadhan nanti akan terpahat rasa kepuasan yang tiada tolok bandingnya. Subhanallah Walhamdulillah Wala Ilahaillallah Wallahuakbar Walahaulawala Quwwataillabillah.

Salam kemaafan dan semoga dapat menempuh Ramadhan dengan penuh keimanan dan takwa.

Ramadhan Mubarak,

Saturday, August 15, 2009

Ramadhan dan Ummu Waraqah


Majlis Taman-Taman Syurga 13 August 2009 dipengerusikan oleh Puan Ayu.

1) Penghayatan Puasa:

Utk mendapatkan puasa org-org soleh antaranya:
a) menahan segala pandangan yg dicela spt. menonton filem-filem yg tidak berfaedah, melihat aurat yg terdedah, melihat perkara2 yg tidak mendatangkan faedah.

b) menjaga lidah dari mengucapkan kata-kata yg sia. Lebih baik mendiamkan diri dan menyebut (berzikir) atau membaca Al Quran. 2 perkara yang byk dosa:
i) mengumpat
ii) berbohong

c) mencegah anggota badan dari melakukan perbuatan yang tidak berfaedah spt cth:
tidur byk.

d) biar hati sentiasa cemas tergadap Allah, di mana mempunyai perasaan sama ada puasa
kita diterima Allah swt atau tidak (Fear and hope to Allah swt).

Antara doa Jibrail yang diamiinkan Rasullah saw dipetik dari blog ini. Terima kasih.


Adapun perbuatan Nabi mengucapkan amin ketika menaiki mimbar yang kami jumpai ialah hadith di bawah yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih al-Targhib:
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA katanya: “Nabi SAW menaiki mimbar, kemudian baginda berkata: amin, amin, amin. Ditanya kepada baginda: “Wahai Rasulullah, tuan menaiki mimbar dan mengucapkan amin, amin, amin?” Baginda SAW menjawab: “Jibril AS datang kepadaku, dan berkata: “Sesiapa yang berada dalam bulan Ramadhan, lalu Allah tidak mengampunkan dosanya, dia akan dimasukkan ke dalam neraka dan akan dijauhkannya, katakan (wahai Muhammad) amin,” Lalu aku (Nabi SAW) pun menyebut “amin”. Jibril berkata lagi: “Wahai Muhammad, sesiapa yang memiliki dua orang tuanya atau salah seorang mereka, namun dia tidak berbuat kepada mereka berdua, dia mati, dia akan dimasukkan ke dalam neraka, dan Allah akan menjauhkannya, katalah amin.” Lalu akupun berkata: “Amin”. Berkata Jibril lagi: “Sesiapa yang mendengar namamu disebut, tetapi dia tidak berselawat kepadamu, dia mata, dia akan dimasukkan ke dalam neraka, dan Allah akan menjauhkanya, katalah amin.” Lalu akupun menyebut: “Amin.”


Kisah Wanita Teladan

Aktiviti yang dapat menjana peningkatan darjat dan pahala di bulan Ramadhan:
a) menghadiri majlis ilmu (taman-taman syurga)
b) bersolat jamaah
c)berbuat baik kpd org tua, suami/isteri, anak-anak, jiran tetangga, saudara seIslam dan makhluk Allah .
d)menolong keperluan org Muslim yang lain.

Puasa yang sempurna:
a) pejam mata
b) pejam mulut
c) tahan telinga dari dengar perkara yg tidak elok/lebih elok lari dr mendengar/mencegah
d) makan makanan yang halal
e) jgn byk makan
d) jgn byk tidur

Ummu Waraqah bt Abdullah

Saya petik sejarah , kisah dan teladan dari laman blog ini. Jazakallah tuan punya blog.


Kisah Ummu Waraqah

Tuesday, August 11, 2009

Puasa Ramadhan

Assalamualikum wbt,

Semoga artikel-artikel ini dapat membina roh Ramadhan dalam diri kita serta dapat dihayati dan diamalkan.
Semoga Ramadhan ini memberi satu turning point dalam hidup kita
agar menjadi insan yg lebih baik. Insyallah.


Al-Barqarah [183] [183] Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.

1) Puasa Ramadhan

2) Kelebihan Ramadhan

“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”.

Wednesday, August 5, 2009

Marhaban Ya ramadhan

Assalamualaikum wbt,

Semoga dengan rahmah Allah swt dapat memanjangkan usia kita melewati Ramadhan tahun ini. Diampunkan dosa-dosa kita dan disihatkan tubuh badan agar dapat menjalankan ibadah
kpd Nya dengan penuh semangat dan ikhlas. Semoga anak-anak kita dapat melaksanakan perintah Allah swt dengan penuh keinsafan dan kejayaan. Ammin.

Saturday, August 1, 2009

The Ideal Muslim dan Kisah Khaulah

Antara intipati majlis ilmu - majlis taman syurga hari ini ialah:

1) 4 ciri-ciri utk menjadi suami yang baik.
Di petik dari buku :
The Ideal Muslim: The True Islamic Personality as Defined in the Qur\'an and Sunnah Dr. Muhammad Ali Al-Hashimi]

2) Kisah Khaulah Bin ti Tsa'labah menunjukkan kekuatan dan kepentingan berdoa.
Klik artikel ini: Khaulah Tsa'labah
Terima kasih kpd penyedia artikel. Semoga Allah swt memberi balasan setimpal buat saudara/i penulis.

Semoga kita sama2 mempertingkatkan amalan dan berdoa kpd Allah swt.
Hanya Allah swt yg Mengetahui apa yang terbaik utk diri kita sebagai hambanya.

Wednesday, July 29, 2009

Berlumba buat kebaikan



Berlumba buat kebaikan
Written by Administrator
Thursday, 29 January 2009 19:19 -
Link

BANYAK ayat al-Quran yang menyeru manusia melakukan kebaikan dan berlumba-lumba ke
arahnya, kerana dengannya akan membawa kejayaan, kemenangan dan kebahagiaan.

"Wahai orang yang beriman, rukuk serta sujudlah (mengerjakan solat) dan beribadatlah
kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkan-Nya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan;
supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat." (al-Haj:77)


Bukan saja manusia umum, malah nabi dan rasul yang diutuskan juga diperintahkan supaya melakukan kebaikan, seperti yang dapat dilihat pada ayat 73, surah al-Anbiya, antara lain bermaksud: "Dan kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan..."

Mereka yang segera melakukan kebaikan dan sentiasa mengutamakannya mendapat pujian,
bukan hanya sesama manusia, bahkan dari Allah, yang turut menjanjikan ganjaran tidak
terhingga.Kebaikan yang digesa oleh Allah merangkumi segala amalan yang baik. Mentaati Allah adalah kebaikan, beriman kepada Allah adalah kebaikan, mengamalkan sifat kemuliaan adalah kebaikan serta keikhlasan niat dan amalan adalah kebaikan.
Melakukan kebajikan sesama manusia adalah kebaikan, bicara baik yang keluar dari mulut juga kebaikan dan usaha untuk meningkatkan taraf hidup dan masyarakat adalah kebaikan.

Tabiat semulajadi manusia yang bersih menuju kepada kebaikan. Semua manusia suka kepada kebaikan dan tertarik kepadanya, termasuk mereka yang kerap melakukan kesalahan, terpendam kebaikan di dalam nalurinya. Kebaikan mempunyai takrifan yang luas dan ukuran tersendiri berdasarkan subjek. Selalunya ia mengikut pertimbangan akal, dengan pengaruh adat dan budaya masyarakat. Disebabkan itu juga kadangkala sesuatu yang baik bagi sebuah masyarakat, dianggap sebaliknya bagi masyarakat lain.

Acap kali dalam menilai kebaikan, manusia dilanda kebuntuan, sehingga tidak mampu
dirungkai kecerdikan akalnya, membuatkan sistem hidup mereka kucar-kacir dan tiada
keseimbangan. Justeru itu, al-Quran dan sunnah menjadi rujukan dan petunjuk dalam menilai kebaikan yang luas itu, malah memperincikan lagi bagi memberikan kefahaman kepada manusia. Kebaikan akan menjadi hambar jika tiada pedoman, galakan dan ganjaran.

Justeru itu, kebanyakan mereka yang menganuti ideologi bertentangan dengan Islam merasakan tidak kisah dengan kebaikan. Al-Quran menegaskan mereka yang berbuat kebaikan walaupun seberat zarah akan dilihatnya, sebagaimana dijelaskan melalui surah al-Zalzalah.

Dalam kitab al-Muwatta' diriwayatkan satu hadis bermaksud: "Seorang miskin telah meminta makanan dari Aishah r.a dan di hadapannya ada beberapa biji anggur, lalu Aishah berkata kepada seseorang: Ambil sebutir dan berikan kepadanya! Orang yang disuruh itu hanya memerhatikan sebutir anggur terbabit kerana kehairanan. Maka Aisyah pun berkata: Apakah engkau hairan! Berapa bezanya antara sebiji ini
dengan sebesar zarah.

Setiap amalan baik yang dihulurkan kepada manusia, bahkan kepada haiwan makhluk lain yang hidup di muka bumi ini, sekalipun kecil adalah diredai Allah.

Melemparkan wajah yang manis, senyum bila bertemu, membuang sesuatu yang berbahaya di
jalanan dan memulakan langkah ke masjid adalah kebaikan.

"Bahagialah (kerana kebaikan yang amat banyak) bagi orang yang baik kerjanya, baik
dan bersih hatinya, mulia pula lahirnya dan jauh manusia dari kejahatannya. Bahagialah orang yang beramal dengan ilmunya, membelanjakan (untuk kebajikan) lebihan dari hartanya dan menahan lebihan dari kata-katanya." (Hadis riwayat Tabrani)


Kebaikan tidak semudah dikata, malah bagi sesetengah orang sukar untuk melaksanakannya.Oleh itu, usaha ke arah kebaikan perlu kepada latihan dan kebiasaan sehingga ia sebati dan mesra dengan hati .Melatih dan membiasakan amalan baik sejak kecil, seperti dilakukan guru terhadap kanak-kanak di pusat asuhan dan sekolah kini adalah asas terpuji dan baik untuk pembentukan akhlak yang mulia. Islam menyuruh kita supaya mendidik anak dengan keperibadian Muslim yang mulia, membiasakannya dari kecil supaya mengamalkannya apabila meningkat remaja. Kebaikan adalah medan akhlak Islam dan seperti dikatakan daerahnya cukup luas, tetapi melalui wahyu ia dijelaskan secara terperinci. Oleh kerana keluasan dan perinciannya, ia tidak perlu kepada suatu pengertian khusus, kerana pengertian seperti itu akan mengundang kedangkalan dalam menilai kebaikan. Semua orang mampu melakarkan potret kebaikan, tetapi tidak semestinya ia mencerminkan kebaikan sebenar, yang unggul dan bersifat universal, sekiranya tidak mendasarkannya dengan manhaj Ilahi. Waktu cepat berlalu kerana matahari dan bulan tidak bersifat menunggu. Justeru, usaha
dan tindakan kebaikan sewajarnya tidak ditunggu, malah patut berlumba-lumba untuk
melakukannya. Jika lalai dari mengisi hidup dengan amalan baik lagi terpuji, seseorang mendedahkan dirinya kepada kerugian dalam usia dan masa hidupnya yang tidak akan dapat ditebus kembali.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang
beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta
berpesan-pesan dengan sabar." (al-Asr:1-3)

Mungkin banyak rintangan yang menghalangi manusia daripada melakukan kebaikan dan tetap dengan kebaikan. Bahkan, banyak godaan dan fitnah yang menyekat kebaikan, sehingga manusia tertipu dan tertewas. Justeru, menjadi kewajipan bagi seseorang mengatasi halangan terbabit sebaik saja tersedar, mempunyai waktu terluang dan suasana yang mengizinkan.

Rasulullah menegaskan: "Bersegera kepada amal soleh kerana akan berlaku fitnah seperti di waktu malam yang gelap gelita, yang mana seorang itu beriman pada waktu pagi dan akan kafir pada waktu petang, beriman pada waktu petang dan akan kafir pada waktu paginya, menjualkan agamanya dengan kebendaan dunia yang tidak berharga."
(Hadis riwayat at-Turmudzi)

Tuesday, July 21, 2009

Israk Mikraj daulatkan ketuanan Rasulullah s.a.w



Israk Mikraj daulatkan ketuanan Rasulullah s.a.w

DIkirim oleh epondok di Julai 20, 2009
Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN


SECARA umumnya faedah dan maksud terpenting yang dapat dipetik melalui peristiwa Israk dan Mikraj itu adalah menzahirkan kekuasaan Allah yang meliputi tiap-tiap sesuatu tanpa sebarang batasan.

Di sudut yang lain pula, menzahirkan ketuanan, kemuliaan dan keutamaan kekasih-Nya, Sayyiduna Muhammad SAW berbanding makhluk lain.

Telah thabit melalui riwayat yang sahih bahawa Rasulullah telah diperjalankan ke Masjid al-Aqsa dan di sanalah Baginda menjadi imam kepada sekelian rasul bagi membuktikan keutamaan dan kemuliaannya sebagai penghulu bagi sekelian nabi Allah SWT.

Apabila kita telah mengetahui dan mengakui hakikat tersebut, maka secara tidak langsung kita telah mengikrarkan di dalam diri bahawa kemuliaan Rasulullah itu adalah sentiasa mendahului para rasul yang lain.

Sebarang penghormatan yang dikurniakan ke atas mereka juga adalah terlebih layak dan utama dianugerahkan ke atas Baginda. Maka sesuailah Baginda digelar dengan gelaran penghormatan yang selayaknya dengan kedudukannya sebagai kekasih Allah yang paling agung dalam sejarah umat dan bangsa semenjak kejadian Nabi Adam lagi.

Para ulama yang telah dikurniakan basiroh (pandangan mata hati) oleh Allah telah menyatakan beberapa pendapat yang indah dan menakjubkan berdasarkan peristiwa Baginda diperjalankan ke langit.

Di sisi mereka, perjalanan Baginda ke langit melepasi tingkatan-tingkatan yang ada pada setiap tingkat tersebut para rasul yang mulia bukanlah sekadar melintasi suatu lapisan langit ke satu lapisan yang lain.

Bahkan, ia adalah suatu simbolik ruhiyyah bahawa kemuliaan Baginda itu naik setingkat demi setingkat melebihi kemuliaan para rasul dan nabi yang lain. Demikian juga Baginda naik sehingga ke suatu peringkat yang tidak boleh dinaiki oleh Jibril. Ia bertepatan dengan iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah bahawa Rasulullah adalah lebih mulia daripada Jibril.

Kewajaran Gelaran Sayyiduna

Di antara cara memelihara adab dengan Baginda ialah dengan menggandingkan namanya dengan sebutan yang mulia seperti Kekasih Allah, Nabi Termulia atau Penghulu yang agung atau menggandingkan nama Nabi dengan lafaz siyadah (ketuanan) seperti Sayyidi atau Sayyiduna yang bermaksud ‘Penghuluku’ atau ‘Penghulu Kami’.

Lafaz penghormatan seumpama ini bukanlah merupakan suatu pelampauan dan berlebih-lebihan dalam memberi penghormatan. Bahkan ia merupakan suatu perkara yang baik yang telah dipetik oleh ulama-ulama tentang keharusannya melalui firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya Allah memberikan khabar gembira kepadamu dengan kelahiran seorang bayi bernama Yahya sebagai membenarkan kalimah Allah, menjadi Sayyid (penghulu), lelaki yang menahan diri dari menurut runtunan nafsu dan sebagai seorang Nabi dari kalangan Nabi-nabi yang soleh. (al-Maidah: 39 )

Berdasarkan ayat di atas, dapat difahami bahawa Allah telah menggelarkan Nabi Yahya sebagai Sayyid. Maka adalah terlebih utama bagi kita menggunakan lafaz ‘Sayyiduna’ atau ‘Tuan’ atas Penghulu Sekelian Rasul iaitu Sayyiduna Rasulullah SAW.

Dalam menguatkan lagi pendapat ini, Sheikh al-Islam al-Imam al-Akbar Dr. Abdul Halim Mahmud yang merupakan seorang Sheikh al-Azhar yang terunggul di kurun ini menyatakan di dalam fatwanya yang bermaksud: “Adalah Rasulullah merupakan seorang yang tawaduk dan tidak memandang sesuatu melainkan sebagai suatu tanda pengabdian kepada Allah.

“Tatkala Baginda ditanya bagaimana caranya hendak mengucapkan selawat ke atasnya, maka Baginda tidak menyebut lafaz siyadah di dalam selawat tersebut.

“Akan tetapi Baginda tatkala menceritakan tentang nikmat Allah SWT ke atasnya, maka Baginda bersabda seperti mana yang diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud daripada Abu Hurairah r.a yang bermaksud: Aku adalah Sayyid (Penghulu Anak-anak Adam) pada hari kiamat dan aku tidaklah berbangga, di tanganku terdapat Liwa’ al Hamdi (panji kepujian) dan aku tidaklah hendak berbangga-bangga dengannya. (Fatawa al Imam Abdul Halim Mahmud. Jilid 1, Halaman 270-271)

Di dalam perenggan yang lain pula beliau menyatakan tegahan terhadap orang yang melarang dan melampau-lampau dalam meninggalkan lafaz siyadah dengan katanya: “Maka yang tinggal lagi yang hendak saya nyatakan di sini bahawa sesetengah manusia terlalu melampau dalam meninggalkan lafaz siyadah terhadap Nabi SAW lalu mengharamkan sebutannya.

“Tatkala dia tidak menemui dalil syarak sebagai sandarannya untuk menghukumnya sebagai haram, maka dia pun mencipta hadis-hadis palsu yang secocok dengan hawa nafsunya iaitu mendakwa Rasulullah bersabda: “Janganlah kalian mengucapkan sayyiduna ke atasku di dalam solat”.

Sesungguhnya perkataan ini bukanlah hadis dan seperti yang dinyatakan oleh al-Sakhawi dan selainnya dari kalangan ulama-ulama hadis: Hadis ini tidak ditemui asalnya dalam mana-mana kitab hadis.” (Fatawa, Jilid 1, Halaman 271)

Demikian juga telah diriwayatkan banyak hadis yang mana Baginda menggelar para sahabat dengan lafaz sayyid. Semua ini secara tidak langsung menggugurkan tuduhan sesetengah pihak bahawa tidak boleh mengucapkan lafaz Sayyiduna pada nama Rasulullah kerana ia terlalu mendewa-dewakannya dan gelaran sayyid hanya untuk Allah.

Di sini dipaparkan beberapa kalam Rasulullah yang dianggap oleh sesetengah pihak sebagai suatu perlampauan dalam memberikan penghormatan:

Pertama: Sesungguhnya telah diriwayatkan bahawa tatkala penghulu bagi kaum Ansar yang bernama Saad ibnu Muaz masuk ke dalam majlis, Rasulullah memerintahkan para sahabat berdiri dengan sabda yang bermaksud: Bangunlah kalian bagi memuliakan Sayyid (penghulu) kalian. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, al Tirmizi, Abu Daud dan Ahmad)

Kedua: Diriwayatkan oleh al-Bukhari bahawa Sayyiduna Umar ra berkata: Abu Bakar adalah Sayyiduna (penghulu kami) dan beliau telah memerdekakan Sayyiduna (Bilal r.a).

Ketiga: Rasulullah SAW bersabda mengenai cucunya al Hasan, maksudnya: Sesungguhnya cucuku ini adalah Sayyid. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, al Tirmizi, Abu Daud, al Nasa’i dan Ahmad)

Menunaikan Perintah dan Memelihara Adab

Di antara perkara yang sering dibangkitkan dan menyemarakkan lagi fitnah dalam masyarakat Islam kini adalah pendapat bahawa haram hukumnya mengucapkan lafaz Sayyiduna dalam bacaan tasyahhud ketika solat.

Ada juga pendapat yang lebih melampau daripada itu menyatakan haram dan batal solat seseorang yang mengucapkannya.

Pendapat ini pada hakikatnya dipetik dan dikeluarkan oleh hati-hati yang dikuasai nafsu. Jika dikaji dan diteliti, hanya terdapat dua sebab lemah yang menjadi dalil sandaran mereka dalam memarakkan lagi fitnah dalam kehidupan masyarakat umat Islam:

Pertama: Hadis larangan mengucapkan selawat ke atas nabi di dalam solat.

Kedua: Lafaz selawat yang diajarkan oleh Nabi SAW tiada sebutan Sayyiduna dan Nabi tidak melafazkannya di dalam solat dan tidak dilakukan pula oleh para salaf.

Dalil pertama di atas telah pun kita sebutkan mengenai martabatnya sebagai hadis dusta yang tidak diriwayatkan oleh mana-mana imam dan kitab hadis yang muktabar. Dalil yang kedua pula mengajak kita sama-sama merenung tentang bagaimana para sahabat mempraktikkan persembahan adab terhadap Rasulullah SAW dan mendahulukannya daripada menunaikan perintah.

Ketika Rasulullah gering yang membawa kepada kewafatan, Baginda SAW memerintahkan Abu Bakar r.a menjadi imam solat. Jika diteliti ini adalah suatu perintah. Akan tetapi Abu Bakar tidak berganjak ke depan untuk menjadi imam bagi menunaikan perintah tersebut. Apabila Nabi keluar dari rumahnya, maka Baginda bertanya kepadanya, lalu Abu Bakar menjawab: “Tidaklah harus bagi anak kepada Abu Quhafah (Abu Bakar) mendahului Rasulullah SAW dalam hal ini”.

Maka Rasulullah mengakui (taqrir) mengenai perbuatan Abu Bakar tersebut dalam mengutamakan persembahan adabnya.

Telahpun kita ketahui sebelum ini bahawa hadis yang menerangkan kaifiat membaca selawat telah dilafazkan oleh Baginda SAW tanpa lafaz Sayyiduna dan di masa yang sama tidak terdapat dalil menunjukkan Baginda melarang atau mengharamkannya. Maka dari perkara seumpama inilah ulama fiqh menerbitkan kaedah: Al-Tarku La Yuntiju Hukman. Maksudnya, sesuatu yang ditinggalkan tidak dilakukan oleh Nabi SAW tidak membawa hukum haram selagi tiada dalil menunjukkan tentang pengharamannya. Bahkan telah didatangkan pula banyak hadis yang terdapat lafaz Sayyid disifatkan kepada Nabi SAW.

Maka tiada masalah dan terlebih utama sekiranya lafaz Siyadah diharuskan dalam ucapan selawat baik di dalam dan di luar solat sebagai suatu cara mempersembahkan adab dan memuliakan Nabi SAW.

Pendapat yang baik ini disokong dan didokong oleh ramai ulama di antaranya al-’Allamah al-Muhaqqiq al-Usuli Jalaluddin al-Mahalli dengan katanya: “Dan ucapan orang yang solat yang menambah lafaz Sayyiduna dalam tasyahhudnya adalah satu tanda menunaikan perintah memuliakan Nabi SAW berdasarkan dalil-dalil dan menambahkan lagi penerangan mengenai realiti kemuliaan Nabi (dengan melafazkan siyadah) adalah suatu adab, maka ucapan sayyiduna lebih utama diucapkan daripada ditinggalkan.”

Al Hafiz Ibnu Hajar al-Haitami menaqalkan, sesungguhnya pendapat yang menyatakan bahawa menambah lafaz Sayyiduna dalam tasyahhud membatalkan solat adalah pendapat yang jelas salah, maka hendaklah ia dijauhi.

Semoga kita semua sentiasa ditawfiqkan untuk mendaulatkan ketuanan Nabi kita Muhammad SAW serta memelihara adab-adab dan hak Baginda ke atas kita dengan sesempurna mungkin.

Thursday, July 16, 2009

Perlukah kenduri arwah?




Azamin Amin (DARI HARAKAH)
Thu | Jul 16, 09 | 11:38:28 am MYT
“Perlukah saya sediakan makanan dan buat kenduri arwah kepada orang kampung sedangkan keluarga saya tengah sedih sangat sebab baru sahaja kehilangan ayah tersayang?” tanya seorang remaja kepada saya yang baru kehilangan ayahnya yang tercinta akibat sakit kronik.

Terkedu dan pernah juga terfikir dalam benak hati, namun kerana kenaifan saya di bidang agama saya diamkan sahaja sehinggalah muncul kembali soalan yang terbit daripada anak muda belasan tahun ini yang datang daripada keluarga yang susah.

Lantaran itu, walaupun sedikit kesibukan dengan tugasan, saya meluangkan masa mencari jawapan yang mungkin atau mengundang pelbagai pandangan dan polemik serta emosi kurang senang banyak pihak.

Namun atas landasan mencari ilmu termasuk mahu berkongsi bersama, saya kutip beberapa pendapat yang boleh dijadikan panduan kepada semua khususnya kepada anak muda yang bertanya itu sehingga saya membiarkan dia termanggu tanpa sebarang jawapan sebelum ini.(segala kesilapan dan kelemahan mohon tunjuk dan maafkan)

Amalan membebankan keluarga si mati

Dalam laman blog dikenali sebagai Institut Al-Imam Syafie (Intis) seorang Pensyarah Jabatan Tilawah al-Quran Pusat Bahasa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Abdullah Bukhari Abdul Rahim menulis amalan kenduri arwah ini sudah pasti menyusahkan keluarga si mati yang masih lagi bersedih dengan kehilangan orang tersayang.

Katanya Rasulullah s.a.w ketika mendengar berita kematian Jaafar ibn Abi Talib, baginda bersabda:

“Persiapkan makanan untuk keluarga Ja’far, kerana sesungguhnya mereka telah didatangi dengan apa yang menyibukkan mereka (kesusahan).” – Hadith riwayat al-Tirmidhi & Abu Dawud.

Keluarga si mati yang baru ditimpa musibah(al-Baqarah:155-157) perlu disokong dan dibantu.

Amalan di sesetengah tempat ini adalah salah, kerana katanya kesedihan keluarga si mati akan ditambah lagi dengan kesedihan lain seperti bebanan kewangan kerana perlu membayar upah orang membaca al-Quran, sembahyang jenazah dan kenduri arwah.

“Budaya mengadakan kenduri arwah bersempena kematian pada malam pertama, malam Jumaat, malam ketujuh, malam ke-40 dan malam ke-100 juga tidak mempunyai asas sama sekali dalam Islam,” katanya yang dipetik dari laman web tersebut

Amalan itu membawa kepada pembaziran jika membabitkan penggunaan harta si mati tanpa jalan yang betul dan membabitkan penganiayaan harta anak yatim malah Majlis Fatwa Mesir pada 1947 memutuskan bahawa amalan berkenaan perlu dihentikan.

Ulama mazhab Syafie melarang kenduri arwah

Rujukan katanya boleh dibuat terhadap Kenyataan bekas Mufti Mesir Syeikh Hasanain Makhluf di dalam akhbar al-Ahram bertarikh 27 Julai 1947 dan Fatwa ini kemudian disahkan oleh Majlis Fatwa Mesir dan dikeluarkan dengan rasminya pada 14 Ogos 1947, bilangan 377.

Katanya lagi Ulama mazhab Syafie melarang budaya ini sebagaimana dipetik daripada buku Feqah Mazhab Syafie, al-Fiqh al-Manhaji.

Antara petikan kitab tersebut yang berbunyi:”Daripada bidaah apa dibuat keluarga si mati ialah dengan mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan upacara dinamakan berlalunya 40 hari dan seumpamanya.”

“Sekiranya perbelanjaan makanan itu daripada harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram.

“Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim itu. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan memakannya.” ( rujukanjil 1/ ms 263, Damsyik: Dar al-Qalam).

Dalam pada itu pada Jun 2005 blog tersebut turut memetik ruangan Tazkirah di bawah tajuk ‘Amalan Jahiliyyah Disangka Ajaran Agama’ oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat yang merujuk kepada pengarang kitab at-Tazkirah iaitu Al-Qurtubi berhubung isu kenduri arwah.

“Dengan jelas mengatakan bahawa diantara amalan jahiliyyah ialah mengadakan suatu himpunan beramai-ramai diperkuburan, di masjid atau di rumah dengan berzikir dan juga lain-lain bacaan, serta mengadakan jamuan makan minum dengan tujuan untuk orang mati, disebut orang sebagai kenduri Arwah.

“Dengan jelas perbuatan itu tiada Nas yang menjadi rujukannya dan tiada petunjuk sunnah yang menjadi ikutan, ” kata Nik Aziz.

Kenyataan pahit dan mengejutkan

Kenyataan ini kata Nik Aziz mungkin agak keras dan pahit serta boleh jadi suatu penjelasan yang mengejutkan terutama terhadap mereka yang mengamalkan perkara tersebut secara ikut-ikutan dan membuta tuli tanpa mengkaji dari sudut ilmiyah.

“Tetapi inilah hakikat Islam yang mesti diakui oleh penganutnya yang sedia kembali kepada al-Quran dan Sunnah,” katanya

“Tidak dapat dinafikan bahawa amalan tersebut telah berakar umbi di dalam masyarakat melayu, sehingga sebahagian dari mereka menganggap bahawa amalan tersebut adalah merupakan amalan agama yang mesti dilakukan setiap kali berlaku kematian,” katanya lagi

Kata Nik Aziz lagi sungguhpun Nabi terlalu sayang terhadap umatnya terutama terhadap para sahabatnya yang sentiasa membantu Nabi di dalam suasana damai dan perang namun Nabi tidak pernah melakukan majlis zikir atau tahlil untuk sahabat-sahabatnya r.a yang mati.

“Orang yang paling sayang terhadap Nabi s.a.w. adalah para sahabatnya yang sentiasa berada di sisi Nabi siang dan malam, namun pernahkah terdapat para sahabat berhimpun dan berzikir dan bertahlil untuk Nabi s.a.w.?” katanya membangkitkan persoalan.

Soalnya lagi jika perkara itu tidak dilakukan oleh Nabi dan juga para sahabat maka dari manakah punca amalan itu diambil.

“Apa yang paling mendukacitakan, mereka menganggap amalan tersebut sebahagian dari amalan Islam, padahal Rasulullah sa.w. tidak pernah menunjukkan contoh seperti itu dalam sunnahnya,” katanya.

Bagi umat Islam marilah berlapang dada dalam menghadpi persoalan agama dengan menghayati petikan ayat daripada surah An-Nisaa’ 4:59 :

“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah RasulNya dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur’an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.”

(Segala kritikan, teguran dan pandangan bolehlah dimajukan kepada // azaminamin@yahoo.com

----------------------------------------------------------------------------------
Credit to Mazliana - from Mazliana email)
Salam

Hukum Minuman Yang Dimasuki Semut

Soalan: Bangkai semut yang masuk dalam minuman, apa hukumnya meminum air tersebut?
Jawapan: Semut adalah binatang yang tidak mengalir darahnya. Bangkai semut adalah najis yang dimaafkan. Namun, masuk semut pada minuman itu, hukumnya ada 2 keadaan:

1) Semut masuk dalam keadaan sudah mati
Semut itu sudah menjadi bangkai tetapi jika masuk atas ikhtiar manusia, seperti memasukkan gula yang ada bangkai semut, maka air itu najis, tidak boleh diminum. Kalau masuk bukan ikhtiar manusia, contoh seperti ditiup angin selagi tidak mengubah sifat air, maka boleh diminum dengan syarat membuang dulu bangkai semut itu.

2) Semut masuk dalam keadaan hidup
Jika semut itu mati sendiri di dalam air, atas sebab ikhtiar manusia, maka air itu najis dan tidak boleh diminum. Ini boleh berlaku kerana air itu ditapis atau memasukkan gula yang ada semut, atau memasukkan air yang di dalam cawan mengandungi semut. Jika bukan dengan ikhtiar manusia, seperti ia masuk dengan sendirinya atau ditiup angin, maka tidak najis dan boleh diminum dengan syarat bangkai semut itu dibuang dahulu.

Monday, July 6, 2009

Doa Selamat Dari Penyakit

Assalamualaikum wbt,

Di ketika ini, seluruh negara digemparkan dengan berita SWINE FLU(H1N1).
Sesungguhnya ianya adalah satu bentuk peringatan dan ujian kpd seluruh umat manusia.
Kita di perantauan juga merasa resah dan gelisah memikirkan keadaan orang-orang tersayang di Malaysia. Tetapi insyallah, bersabarlah kita dan berusahalah agar
diri kita serta keluarga dan kawan-kawan diselamatkan dan dijauhkan dengan ujian ini.
Mohonlah kpd Allah swt agar dilindungi kita semua spt firmanya:

“Apakah kalian mengira bahwa kalian akan masuk ke dalam surga, padahal belum datang kepada kalian (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kalian? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam goncangan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang bersamanya : Bilakah datang pertolongan Allah? Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah amatlah dekat.” (QS. Al Baqarah : 214)

Sehubungan dengan itu saya sertakan satu doa yang dipetik dari laman blog Dato Haji Mohd Murtadza untuk menghindari penyakit swine flu. sebagai manusia, sudah pasti kita akan berusaha dari pelbagai bentuk utk terselamat dan dijauhi, tetapi jangan lupa selain usaha, doa merupakan senjata utama orang Islam. Oleh yg demikian, bolehlah sahabat melayari blog beliau atau rujuk di bawah doa yg diberikan oleh beliau. Semoga ahli keluarga Lancaster serta semua Muslimin dan Muslimat dan semua penduduk dunia di selamatkan dan dijauhkan dari virus ini. Insyallah.

Link blog

Link doa (large size)


Sunday, June 28, 2009

Kemesraan Ala Nabi Muhammad

Assalamualaikum wbt,

Artikel yg baik. Saya mohon maaf krn tidak dapat menyemak
kesahihannya. Tetapi boleh kita membaca dan menjadikan nya
sebagai satu ilmu jika ianya baik.