Thursday, August 20, 2009

Sifat-sifat hamba Allah yang mendapat kemuliaan (Mereka itulah Abdul Rahman)

Salam dan semoga dilimpahi rahmat dan redha Allah SWT,

InsyaAllah, hari ini saya ingin berkongsi berkenaan ciri-ciri hamba Allah SWT. Saya akan cuba untuk membuat ringkasan serba sedikit tentang ciri-ciri Ibadurrahman ini berdasarkan kepada Surah Al-Furqan (Surah 25) bermula dari ayat 63 hingga ke akhir surah. Sila rujuk link ini untuk tafsiran ciri-ciri hamba Allah ini. Hayatinya dan praktikkan, jadikanlah ia sebahagian dari personaliti diri kita dan juga keluarga. Antara ciri-ciri hamba Allah seperti yang diterangkan dalam Surah ini adalah:
  1. Orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik
  2. Orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Allah SWT
  3. Orang yang berkata: 'Ya Tuhan kami, jauhkan azab Jahanam dari kami, sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal'.
  4. Orang yang membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebihan, dan tidak pulak kikir, dan adalah (perbelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian (yakni bersederhana dalam berbelanja)
  5. Orang yang tidak menyembah tuhan yang lain berserta Allah SWT
  6. Orang yang tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan alasan yang benar
  7. Orang yang tidak berzina, barangsiapa melakukan demikian, nescaya dia mendapat pembalasan dosa
  8. Orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh. Mereka bertaubat dengan sebenar-benar taubat.
  9. Orang yang tidak memberikan prsaksian palsu
  10. Orang yang apabila bertermu dengan orang yang mengerjakan perbuatan yang tidak berfaedah, mere lalui saja dengan menjaga kehormatan diri
  11. Orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Allah, mereka tidaklah menghadapi sebagai orang yang tuli lagi buta
  12. Orang yang berkata: 'Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa'
Mudahan dengan kehadiran Ramadhan yang mulia ini, dapatlah kita beramal dengannya kerana sesungguhnya jika dilatih selama sebulan di bulan yang mulia ini, mudahan ia akan terpahat di jiwa dan diri kita sampai ke akhir hayat. Semoga Allah SWT memberikan taufik dan hidayahNya kepada kita dan semoga perginya Ramadhan nanti akan terpahat rasa kepuasan yang tiada tolok bandingnya. Subhanallah Walhamdulillah Wala Ilahaillallah Wallahuakbar Walahaulawala Quwwataillabillah.

Salam kemaafan dan semoga dapat menempuh Ramadhan dengan penuh keimanan dan takwa.

Ramadhan Mubarak,

No comments:

Post a Comment