Tuesday, May 26, 2009
Sifat merendah diri
Sifat Tawadhu/Rendah diri:
Sifat yang mengakui kebenaran dan menerima kebenaran tersebut , tiada rasa sombong dengan segala yg ada pd dirinya dan merasa rela hati kerana dapat menerima kebenaran/pandangan tidak kira daripada sesiapa pun.
Ianya terhasil daripada kemanisan iman.
Siapa yg paling tinggi sifat tawadhu?
Sudah tentulah Nabi Muhammad saw. Terdapat banyak firman serta hadith berkaitan dengan sifat merendah diri ini.
Firman Allah subhanahu wa ta’ala:
“Sungguh telah ada bagi kalian pada diri Rasul teladan yang baik.” (Al-Ahzab: 21)
Allah subhanahu wa ta’ala berfirman:
“Dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu yaitu orang-orang yang beriman.” (Asy-Syu’ara: 215).
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku agar kalian merendahkan diri sehingga seseorang tidak menyombongkan diri atas yang lain dan tidak berbuat zhalim atas yang lain.” (Shahih, HR Muslim no. 2588).
Rasulallah, adalah contoh yang paling tepat dan tinggi sikap tawaddhunya dari segi
karaktornya sebagai suami, pemimpin, sahabat, ayah, anak dan banyak lagi. Sebagai contoh: Baginda tidak menggunakan apa yg ada pada dirinya untuk menjadi suami yang ego dan sombong. Sebaliknya, baginda sendiri sering menolong isteri-isteri baginda di dalam hal-rumahtangga. Sebagai pemimpin pula, baginda tidak pernah menggunakan kuasa pemimpin untuk menindas dan menganaiya rakyat jelata. Baginda juga tidak pernah
membalas setiap cacian dan cercaan org-org kafir. Baginda sering menghampiri dan berkawan dengan org-org miskin dan anak-anak yatim.
“Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi tanpa alasan yang benar dari tanda-tanda kekuasaan-Ku. Mereka jika melihat tiap-tiap ayat-Ku, mereka tidak beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tidak mau menempuhnya, tetapi jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus menempuhnya. Yang demikian itu adalah karena mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka selalu lalai dari padanya” (QS. Al-A’raaf/7 : 146).
Bagaimana mengamalkan sifat ini:
1) Perbualan
Jika berada di dalam sesuatu perbualan/perdebatan, maka sekiranya kita dipihak yg benar tetapi ada pihak yg berbeza pendapat, maka eloklah kita mendiamkan diri dari berterusan dengan perdebatan tersebut (walaupun kita di pihak yg benar).
Ganjarannya amat besar di sisi Allah swt.
Menurut hadis Nabi jika kita beralah di dalam sesuatu perdebatan, kita akan mendapat rumah syurga yg paling bawah sekali. Pahalanya pula berbeza jika:
Kita di pihak yg benar, tetapi mengalah - kita akan mendapat 2 ganjaran pahala.
Kita di pihak yg salah dan dapat menerima teguran/pendapat - kita akan mendapat 1 ganjaran pahala.
2) Pergaulan
Hampiri orang-orang miskin atau yang lebih rendah status.
Jangan memandang hina kepada mereka.
Jika tiada, maka hendaklah kita mencari org-org miskin ini.
Terima undangan mereka dengan hati yg gembira.
Rasulullah saw bersabda : Tidak akan masuk surga orang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan, walaupun seberat biji sawi (HR. Muslim).
4) Pakaian
Berpakaian yg sederhana.
Tidak bermegah seperti kehidupan zaman jahiliyah dengan pakaian yg mengheret lantai. Seperti contoh:
Zaid bin Wahab berkata, “Saya meilhat Umar bin Khatab ra menuju pasar dengan membawa susu dan mengenakan pakaian yang padanya terdapat empat belas tambalan, sebagiannya tertambal dengan kulit binatang”.
5) Banyakan berzikir.
Sebutlah nama Allah swt sebanyak yg boleh.
Jika berupaya, sebutlah biar ia kedengaran tanpa rasa riak sebaliknya
merasa Allah swt sentiasa Maha Agung di hati kita.
6) Kurang kan bercakap.
Rasullah berpesan: Hati yg lurus mempunyai lidah yang lurus.
7) Bertaubat dan bermaafan
Bertaubat dengan Allah swt.
Bermaafan sesama manusia tidak kira masa dan tempat.
8) Menangis di hadapan Allah swt.
Perlu bersendirian , menangis dan merasakan rasa kehambaan terhadap Allah swt.
Ini dapat merawat kalbu.
9) Mengamalkan solah-solah sunat.
Oleh itu, sama-samalah kita berusaha utk menjadi orang yg bertawadhu.
Siapalah kita utk mendabik dada? Setiap apa yg kita perolehi, datangnya dari Allah swt. AllahhuAkahbar, SubhanaAllah, Alhamdullilah.
Semoga semua sifat sifat ri'ya, sombong, taabur dihilangkan di dalam hati kita. Amiin. Segalanya datangnya dari Allah swt. Hatta, berpeluangnya kita melihat mentari keesokan harinya adalah dengan izinNya, berpeluang menyuap makanan pun adalah nikmat dariNya. Semoga Allah swt tidak menarik nikmat-nikamt yg telah dipinjamkan kpd kita.
Untuk bacaan lanjut boleh layari beberapa link di bawah:
1) Link 1
2) Link 2
3) Link 3
Tuesday, May 12, 2009
Appreciating
Salam and May Allah covers our lives with his Mercy and Blessings,
I just wish to share this as I find it very interesting and was overwhelm with the content. It’s neither about getting extremely rich nor being like him but how would I relate this to my life as a Muslim. I'm not sure the truthfulness of the content however it gets me pondering of how my life is and how much that I've been following what is written in the Quran & Sunnah. I like content # 3 and # 8. And the statement that touched me most is "Live your life as simple as you are". I love the word 'Appreciate'. Appreciate what you have and don't look at what you don't have namely your family, your friends, your emotions, your wealth, your health etc. I remember writing a short tazkirah concerning this. It has been thought in Islam and I assumed every one of us aware of it but how much that we really take ourselves in such a way of life. May Allah SWT show me and you to His right path. Amin.
With lots of hugs and kisses,
Monday, May 11, 2009
AGM KE DUA
Alhamdullilah AGM HELWA kali ke dua telah berjaya dilaksanakan.
Merujuk kepada email mantan Presiden HELWA
Assalamualaikum wbt...
Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa pada Sabtu lepas (beresamaan 9 Mei 2009) AGM rtelah diadakan untuk mencari lapisan baru pimpinan atasan HELWA. AGM ini dilakukan selepas sesi usrah, juga selepas sesi membuat kek keju bersama Dr. Norni. Tidak banyak perubahan yang berlaku, cuma terdapat sedikit rombakan. Berikut disenaraikan ahli jawatankuasa tertinggi yang terkini:
Perngerusi: Ida Farida Mohd. Sofian
Naib Pengerusi: Dr. Norni
Setiausaha: Noraiza Abd. Rahman (maintain)
Bendahari: Rahimatul Lubna Md.. Yusof (maintain)
Ketua Exco Pembangunan Sahsiah: Nor Aini Ahmad (maintain)
Ketua Exco Publisiti & IT: Waheeda Md. Shah (maintain)
Ketua Exco Khas: Saadiatul Ibrahim
Sehubungan dengan itu, saya, mewakili comittee lama, ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas segala tunjuk ajar dan kerjasama yang diberikan selama ini. Ribuan ampun maaf dipinta atas segala kesalahan kami selama ini (terutama sekali diri saya sendiri) . Besar harapan saya agar dapat kita semua memberikan kerjasama dan bantuan kepada ahli jawatankuasa baru ini nanti, ke arah meningkatkan rasa cinta kita semua kepada Allah dan Islam. Semoga segala usaha murni kita ini diredhai dan dipuji-puji di hadapan Allah. InsyaAllah.
Wallahua'lam,
Sekian terima kasih.
Mantan presiden,
Siti Noor Faezah Md. Hairi
Dilampirkan laporan aktitivi HELWA sepanjang sesi 2008-2009.
2008
1)Kelas Fardhu Ain 2 kelas (kanak Year 1 and 2) dan (kanak-kanak Year 3 ke atas)
Di masjid university.
2)Kelas Iqra
3)Usrah 2 minggu sekali
4)Gotong royong – memasak secara giliran utk Kak Hanis bersalin selama 2 minggu.
5)Gotong-royong perpindahan Kak Hanis.
6)Memasak sempena Eid
7)Memasak Malam Lambaian
8)Memasak utk berbuka puasa di masjid
9)Kelas tadarus Quran sempena Ramadhan
10)Meraikan kepulangan Kak Rohaida.
11)Kelas mengaji Quran oleh Ustazah Lubna, Faezah, Ida and Aiza di rumah-rumah off-campus
12)Cooking for GAZA charity dinner
13)Meraikan Irdawati di rumah Haliyana
2009
1)Gotong royong perpindahan Kak Rohaida, Haslinda
2)Kelas memasak Bala-bala dan Meat ball oleh Ella di rumah Nita Azrul
(Bahan masakan dibeli menggunakan tabung HELWA)
3)Usrah 2 minggu sekali
4)Lawatan ke Stoke on Trent – 2 May 2009
5)Memasak dan pot luck Sempena Hari Keluarga –Fun Day 26 April
6)Gotong royong – Sport Family Day
7)Meraikan kepulangan Huda – Duit tabung HELWA
8)Kelas mengaji Quran oleh Ustazah Lubna, Faezah, Ida and Aiza di rumah-rumah off-camp
9)Meraikan Faezah (Sabbotical UKM) – hadiah drpd tabung HELWA di rumah Kak Aini
10) Belajar membuat cheese cake di rumah Dr Norni (bahan dibeli menggunakan tabung HELWA). Sebanyak 2 biji cheese cake telah dijamukan semasa lawatan Ustaz Erfino di waktu petangnya.
Friday, May 8, 2009
Bersyukur dengan apa yang anda miliki sekarang...
Salam dan semoga diberi kesihatan yang baik& limpahan nikmat Allah SWT di mana jua berada.
Izinkan saya kongsikan apa yang saya baca semalam. Bukunya bukanlah berkenaan agama, ibadah dan sebagainya namun ianya buku rutin harian bagi mereka yang bergelar pelajar. 'Qualitative Research' begitulah lebih kurang tajuknya. Bukan ingin berkongsi apakah itu kajian kualitatif tetapi saya ingin berkongsi satu cerita terhasil dari kajian menggunakan teknik ini. Izinkan saya kekalkan ceritanya dalam bahasa asalnya, Bahasa Inggeris. Begini bunyinya dan tajuk ceritanya adalah 'Through the eyes of a child':
Saya petik satu hadis Nabi SAW dari Abu Hurairah r.a., baginda bersabda yang lebih kurang bunyinya:
Yang baik itu datang dari Allah SWT dan yang buruk itu juga dariNya atas kelemahan dan kesilapan saya yang hina ini. Semoga Allah mengampunkan saya dan saya mohon maaf dari sahabat semua. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.
Salam penuh kasih sayang,
Monday, May 4, 2009
Berita Lawatan Ke Stoke
Alhamdullilah , HELWA telah berjaya membuat satu lawatan yg bermakna ke Stoke pd.
2 May 2009. HELWA teleh menyewa sebuah bas dan kereta utk ke tempat tujuan. Alhamdullilah dan penuh rasa kesyukuran kerana boleh dikatakan semua ahli mendapat manfaat di atas lawatan. Walaupun, pound habis tetapi, niat membeli utk dibuat cenderahati kpd kaum keluarga serta rakan taulan telah membuat semua ahli tersenyum puas dengan setiap pembelian.
Konsep pemberian dan penerimaan hadiah amat digalakkan oleh Rasul. Hadiah dapat membuat si penerima tersenyum gembira , mengeratkan silaturahim serta mengelakkan rasa dendam. Si penerima pula wajib menerima dengan rasa gembira di atas setiap pemberian walaupun ianya tidak mahal atau tidak seperti yang dijangkakan.
Kerana itulah Nabi Muhammad S.A.W menganjurkan agar memberi dan menerima hadiah. Baginda menjelaskan pengaruh hadiah di dalam meraih kecintaan dan kasih sayang diantara sesama manusia;
" Saling memberi hadiahlah kalian, nescaya kalian akan saling mencintai." HR. Al-Bukhari
Baginda juga bersabda; " Penuhilah undangan orang yang mengundang, janganlah menolak hadiah..." HR. Ahmad dan Al-Bukhari
Antara hadis lain pula:
Hadith lainnya berasal dari 'Aisyah Radhiallahu` anha, ia berkata;" Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam menerima hadiah dan mendoakan pahala bagi (pemberi) nya." HR. Al-Bukhari
Salah satu jenis hadiah yang tidak pernah ditolak Nabi Muhammad Shallallahu `Alaihi Wasallam adalah wangi-wangian. Perkara ini sebagaimana hadith Anas Radhiallahu `anhu, bahawasanya Nabi Muhammad Shallallahu `Alaihi Wasallam tidak pernah menolak wangi-wangian. " HR. al-Bukhari.
Utk bacaan lanjut boleh kunjungi link ini.
Semoga setiap pembelian dengan niat yang baik akan mendapat keredhoaan Allah swt.
Belilah dengan berhemah dan jangan terpedaya dengan bisikan syaitan......
Insyallah, semoga Allah swt terus memberi kekuatan kepada HELWA untuk terus berkhidmat bagi kebaikan ahli-ahlinya. Tiada apa yang lebih bermakna dari kami , apabila sahabat-sahabat semua berpuas hati dan gembira di atas sedikit khidmat yang diberikan.