Assalamualaikum wbt,
Alhamdullilah , HELWA telah berjaya membuat satu lawatan yg bermakna ke Stoke pd.
2 May 2009. HELWA teleh menyewa sebuah bas dan kereta utk ke tempat tujuan. Alhamdullilah dan penuh rasa kesyukuran kerana boleh dikatakan semua ahli mendapat manfaat di atas lawatan. Walaupun, pound habis tetapi, niat membeli utk dibuat cenderahati kpd kaum keluarga serta rakan taulan telah membuat semua ahli tersenyum puas dengan setiap pembelian.
Konsep pemberian dan penerimaan hadiah amat digalakkan oleh Rasul. Hadiah dapat membuat si penerima tersenyum gembira , mengeratkan silaturahim serta mengelakkan rasa dendam. Si penerima pula wajib menerima dengan rasa gembira di atas setiap pemberian walaupun ianya tidak mahal atau tidak seperti yang dijangkakan.
Kerana itulah Nabi Muhammad S.A.W menganjurkan agar memberi dan menerima hadiah. Baginda menjelaskan pengaruh hadiah di dalam meraih kecintaan dan kasih sayang diantara sesama manusia;
" Saling memberi hadiahlah kalian, nescaya kalian akan saling mencintai." HR. Al-Bukhari
Baginda juga bersabda; " Penuhilah undangan orang yang mengundang, janganlah menolak hadiah..." HR. Ahmad dan Al-Bukhari
Antara hadis lain pula:
Hadith lainnya berasal dari 'Aisyah Radhiallahu` anha, ia berkata;" Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam menerima hadiah dan mendoakan pahala bagi (pemberi) nya." HR. Al-Bukhari
Salah satu jenis hadiah yang tidak pernah ditolak Nabi Muhammad Shallallahu `Alaihi Wasallam adalah wangi-wangian. Perkara ini sebagaimana hadith Anas Radhiallahu `anhu, bahawasanya Nabi Muhammad Shallallahu `Alaihi Wasallam tidak pernah menolak wangi-wangian. " HR. al-Bukhari.
Utk bacaan lanjut boleh kunjungi link ini.
Semoga setiap pembelian dengan niat yang baik akan mendapat keredhoaan Allah swt.
Belilah dengan berhemah dan jangan terpedaya dengan bisikan syaitan......
Insyallah, semoga Allah swt terus memberi kekuatan kepada HELWA untuk terus berkhidmat bagi kebaikan ahli-ahlinya. Tiada apa yang lebih bermakna dari kami , apabila sahabat-sahabat semua berpuas hati dan gembira di atas sedikit khidmat yang diberikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment