Saturday, August 4, 2007

4 August 2007

Tafsir Surah Al-Qaf-Will upload soon

Hadith -Adab Makan Dan Minum
Cara yg plg baik ialah mengikut sunnah.

1) Cuci tangan
2)Kita yg menunggu makanan, bukan makanan yg menunggu kita
3) Apabila nampak makanan, sepatutnya kita baca doa makanan.
4) Bila makan, baca Bismillah Wa Alaa Barakatillah.
5) Alas makanan
6) Apabila makan:
a) makan, dgn makanan yg paling hampir dgn kita
b) Kemudian barulah , mengambil makanan yg berada di tengah.
c) Apabila makanan jatuh di atas, alas, hendaklah kita mengambil dan memakannya.
d)Jgn cari silap pada makanan.
e)Makan secara jamaah, dahulukan kanak2 jika ada, org alim ulama.
f) Kunyah makanan sebanyak 40x.

Minuman:
1) Jgn minum air yg panas, biarkan sejuk
2) 3X tegukan sahaja
3)Minum sambil duduk
4) Air zam2 sahaja yg dibenarkan minum sambil berdiri.

Lepas makan ucaplah Alhamdullilah.


Perbincangan Isu Syubahaah.- Di dengar melalui link ceramah. Ustaz Shamsuri.
(Ringkasan tulisan Rabiatul Adawiyah)

Syubhat: merupakan was-was (pertimbangan samada boleh buat ataupun tak boleh buat) yang wujud bila menentukan sesuatu perkara itu halal atau haram.

Benda halal dan haram itu JELAS. Jauhi benda samar-samar, maka mereka menjaga agama dan kehormatan dirinya. Kalau sesiapa yang buat syubhat hampir atau jatuh kepada yang haram (berdasarkan 2 hadis).


Perkara yang boleh membawa syubhat:

1. Amalan dan ibadat

2. Pakaian

3. Makanan

4. Minuman

dan sebagainya.


Makanan pilihan antara pergi makan ke restoran makan islam ataupun bukan islam. Pastikan seboleh-bolehnya makanan adalah orang islam yang buat.

Makanan yang dihidangkan ketika kenduri arwah. Berhati-hati agar tidak makan-makanan anak yatim. Sepatutnya jiran tetangga dan sekampung yang menyediakan makanan bukan sebaliknya.

Ibadat was-was bilangan rakaat sembahyang.

Ibadat tertinggal rukun jumaat oleh Imam.

Ibadat jahil tetapi nak beribadat. Kena belajar terutama perkara berkaitan dengan fardhu ain.

Kena belajar ilmu fekah jadi alat dan pengetahuan untuk membezakan yang halal dan haram. Mencari yang halal adalah wajib ke atas setiap muslim. Bagi suami perlu mencari sumber yang halal rezeki untuk diberikan kepada isteri dan anak-anak.

Pakaian: memakai rantai emas dan suasa bagi lelaki.

Makanan pilihan makanan samada diproses dan dibuat oleh orang islam ataupun bukan islam.

Meninggalkan syubhat: faedahnya

1. Senang Mengenal tuhan

2. Tidak dicela orang

3. Agama terjaga

4. Menyelamatkan hati

5. Sejahtera kehidupan.


Meraikan Puan Rabiatul Adawiyah.

Majlis juga meraikan sahabat, Rabiatul Adawiyah, yg setia menemani suami yg telah mendapatkan Phd. Pesanan dan nasihat Puan Rabiah kepada sahabat2 semua:
Ingatlah kebaikan seseorg itu, walaupun ia pernah membuat/melukakan hati kita.
Ingat dahulu ada org yg lebih susah daripada kita, barulah kita merasa bersyukur dgn apa yg ada pd kita. Puan Rabiah juga turut menceritakan pelajaran yg beliau dapat daripada berkawan dengan sahabat2 di Lancaster. Majlis juga merakam jutaan terima kasih pada Rabiah dan sentiasa mendoakan agar Rabiah sekeluarga mendapat keberkatan.

No comments:

Post a Comment