Tarikh 12 August 2007
Aktiviti : Lawatan ke Sekolah Agama AlKauthar.
Seramai lebih kurang 10 orang muslimah sempat meluangkan masa menziarah sekolah tersebut. Kami diberi kesempatan untuk berbincang dengan pelajar tahun akhir di sekolah mengenai kurikulum serta pengalaman berada di Al-Kauthar. Berpeluang menyaksikan persembahan berunsurkan keinsafan serta memuji Kekuasaan Allah. Di samping itu juga kami berpeluang melawat di sekeliling sekolah. Alhamdulilah , dengan pengalaman yang ada, walaupun sedikit dapatlah kita berpeluang merancang apa yang terbaik utk diri serta keluarga kita.
Pelajar-pelajar sekolah tersebut wajib menghafal juz amma, surah al-mulk, al-waqiah, surah toha, surah sajadah dan surah yassin.
Khasiat-khasiat surah:
Surah Yassin - seumpama mengkhatam Al-Quran (dibaca di waktu fajar)
Surah Waqiah - mengelak dari kemiskinan (selepas asar)
Surah Al-Mulk Dan Sajadah - seksaan kubur (selepas maghrib)
Surah Toha - Pengampunan
Semoga hasil dari lawatan ini, diharapkan agar kita lebih mendekatkan diri kita tidak kira samada di kala senang mahupun susah. Hanya Allah tempat bergantung.
Wednesday, August 15, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam,
ReplyDeleteMaaf kerana tidak boleh mengedit laman ini untuk sementara. Mungkin boleh saya buat sedikit pembetulan. Selain Surah Sajadah, Surah Yasin, Surah Al-Waqiah, Surah Al-Mulk dan Surah Ad-Dukkhan (bukan surah Toha seperti yang ditulis) pelajar tersebut juga perlu menghafal Juzuk Amma. InsyaAllah kalau kita berusaha, kita juga boleh menghafal surah2 ini. Adalah lebih afdal berusaha untuk menghafal surah2 ini daripada mengingatkan lirik2 lagu yang tidak membantu kita di akhirat kelak. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Semoga Allah Azzawajalla melimpahkan rahmatNya kepada kita. InsyaAllah. Yang penting tanamkan tekad untuk menjadi muslim sejati. Amin.. Wallahua'lam.