Monday, September 24, 2007

Fadhilat Surah Yasin

Fadhilat Surah Yasin

Untuk Keselamatan Diri Yang, Susah Menjadi Senang..
• Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri
• Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.
• Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
• Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
• Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.
• Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.
• Ayat 29 - Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.
• Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
• Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik... Caranya:
Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad, Kita orang Islam dll.
• Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.
• Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan.
Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
• Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri... Hati yang kering akan hidup semula.
• Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu. • Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.
• Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
• Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.
• Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
• Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
• Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
• Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba • Tiupan ke-dua - Hancur • Tiupan ke-tiga - Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.
• Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.
• Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.
• Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.
• Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.
• Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang
bermaksud: "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?"

(Ayat 78 dan 79)
- Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.
Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini.
• Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."
• Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x.
Dibaca pada air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya: Sembahyang Tahajjud
(3x) berturut-turut, Baca pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat.
Wallahualam.
1. Selepas sembahyang subuh
2. 3 pagi Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 - Yassin baca 7x
4. Ayat 38 - 12x
5. Ayat 58 - 7x
6. Ayat 82 - 14x
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
9. Perlu yakin, insya-Allah dgn berkat Allah ianya termakbul.
Wallahualam.

Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan:

• Yasin is the jantung of Al-Quran
• Know the meaning of ayat-ayat in Al-Quran

• Yasin memudahkan yang susah. As such read Yasin:
• Child is sick
• Feeling troubled.
• Memudahkan urusan
• Memudahkan perjalanan
• As selusoh (t• ease pain when giving birth)
• Read Yasin (3x) over water
• Read 3 Qul (three times each)
• Fatihah
• Baca Yasin sebelum tidur, seperti khatam Quran (10x)
• Jika baca Yasin sebelum tidur serta faham maksudnya sekali, sekira mati dalam tidur, dosa diampunkan.

Ayat 9 - "Waja'alna...."
• Lindungi rumah dari pencuri - baca dan tiup di tiap-tiap penjuru rumah..
• Lindungi diri dari dianiaya

• Bagi perlindungan diri dan rumah semasa tidur
• Baca Ayat 9
• Fatihah
• Read 3 Qul (three times each)
• Ayat Kursi

Ayat 29 - "In kanat illa...."
• Untuk mendiamkan orang yang selalu melempar kata-kata buruk/tidak menyenangkan kepada anda.

Ayat 36 - "subhanallazi.."

• Untuk cari jodoh * Tiup 7 kali dalam tangan dan sapu ke muka pada pagi hari • Ya Wadud (3x)

Ayat 58 - "Salamun..."
• Jika sakit anggota
• Tak tenang hati
• Baca (7 x) dan gosok pada tempat sakit
Ayat 76 - "Falayahzun.."
• Bila rasa sedih
• Untuk menenangkan hati
• Gosok jantung sambil baca

Ayat 78 - 79 "dari Yuhyil Wahiya..."

• Tulang patah
• Sakit sendi
• Sakit lutut

Ayat 82 - "Innama amruhu.."
• Jika mandul
• Untuk mengubati kanser atau tumbuhan dalam badan

Dry method
• Sembahyang tahjud
• Sembahyang hajat
• Doa minta hajat
• Baca ayat 100 x dengan yakin
• Amalkan 41 malam Wet method (untuk menyembuh penyakit dalam badan)
• Seperti di atas
• Bila baca ayat, tiup dalam air
• Minum 1 cawan air pada pagi hari sebelum makan / minum benda lain
• Doa sambil minum
• Untuk 41 pagi

Wallahualam.

Yang penting sesuatu itu yang hendak kita lakukan dengan .. innamal aa'maalu binniat.. dan ikhlas melakukannya.

Dalam YASSIN merangkum:

• Ilmu Pertanian
• Ilmu Falak
• Ilmu Laut
• Ilmu Kiamat
• Ilmu Ciptaan Manusia
• Ilmu Binatang
• Ilmu Kenabian

Surah Yassin ini hendaklah dibaca ketika orang sakit, tengah nazak nak mati atau sudah meninggal dunia. Baca disisi mereka dan bukannya di kubur. (terutama ayat

12) -- sebab kenapa kita perlu baca, agar orang yang sakit berada dalam kesenangan dan orang yang masih hidup insaf bahawa esok, lusa kita akan menyusul jua.


***** sekadar informasi *******

Kekuatan Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:

• Buah Zaiton - Elok untuk kulit

• Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga)

• Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab.

• Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.

Wallahua'lam...


Artikel ini adalah sumbangan chiknona, seorang warga Megasutra. Syabas dan ribuan terima kasih kami rakamkan.

http://www.megasutra.com/modules.php?name=News&file=print&sid=1078

Al-Fatihah Buat Anakku Nurin Jazlin

Keluaran berita pertama yg menunjukan mayat yg belum dikenalpasti itu membuat hati saya terus terdetik, Innalillah anaku Nurin. Hanya Allah sahaja yg dapat membalas perbuatan manusia gila seperti itu.

Terus saya memeluk anak2 dan bersyukur pada Allah yg mereka sihat bersama saya.
Sehubungan dengan peristiwa ini, warga Helwa Lancaster menyampaikan rasa Takziah pada keluarga arwah. Walaupun berada jauh di perantauan kami tetap merasa kehilangan yg sungguh bermakna. Insyallah, Anakku Nurin kau selamat berada di syurga milik Allah yg Esa.
Al-Fatihah buat anaku Nurin.

Sunday, September 23, 2007

Majlis Berbuka Puasa dan Meraikan Sahabat...

Assalamualaikum,

Macam mana puasa setakat ini? Harap-harap masing-masing masih lagi maintain dan tidak lupa mencuri masa untuk beribadah despite our hectic schedule. Perkongsian cerita mengenai majlis Helwa Sabtu lepas:

Kali ni majlis dipengerusikan oleh Jun. Seterusnya Kak Sai telah menyampaikan sedikit tazkirah ringkas mengenai kisah disebalik ayat daripada Surah Taahaa, bermula dari ayat 24-28. Ayat ini merupakan doa penerang hati yang selalu kita amalkan sebelum belajar. A snap shot of the ayat:
Seterusnya, majlis penyampaian cenderahati kepada mereka yang akan 'back for good' ke Malaysia. Bagi pihak Helwa, kami mengucapkan selamat jalan dan semoga berjaya di dunia dan akhirat buat Jun, Zila dan Kak Amnah sekeluarga. Harapan kami juga agar kalian suka dengan cenderahati yang diberikan:-) dan jangan lupa kitaorang kat sini.

Usai majlis, masing-masing bersedia untuk berbuka. Berbuka di surau semalam agak special sebab Malaysian Soc. telah bersetuju untuk menyediakan juadah berbuka puasa. Menunya nasi lemak! Tahniah dan terima kasih untuk rakan-rakan Helwa yang telah bertungkus lumus memasak dan membantu menjayakan majlis tersebut. Keep up the good work and don't forget next week! :-)

Wednesday, September 12, 2007

13 Sept 2007 /1 Ramadhan 14?

Umat Islam di UK akan berpuasa pd 13 Sept 2007.
Alhamdullilah kita diberi rahmat dan peluang drpd Allah s.w.t untuk berjumpa dengan Ramadhan kali ini. Bersama2lah kita menggunakan nikmat ini dengan sebaiknya.

Semoga amalan kita diterima Allah.

Selamat Berpuasa HELWA Lancaster.

Tuesday, September 11, 2007

Sept 6,7,8,9 dan 10 2007

Kaum helwa turut serta membantu dari segi mengangkat barang, memasak, mengemas, berdoa agar semua berjalan lancar. Alhamdullilah, pada 10 Sept semua barangan Kak Amnah serta Abg Wan telah selamat berada dalam kontena.

Sept 6,7,8,9 dan 10 2007 mengangkat barang ke Kontena

Kaum helwa turut serta membantu dari segi mengangkat barang, memasak, mengemas, berdoa agar semua berjalan lancar. Alhamdullilah, pada 10 Sept semua barangan Kak Amnah serta Abg Wan telah selamat berada dalam kontena.

Sep 1,2007 - Bergotong royong berpindah rumah

Kaum helwa telah bersama2 suami berganding bahu membantu sahabat Lancaster Puan Azrina dan En Jasmin berpindah dari Aberdeen Road ke Trafalgar Road.

Alhamdullilah, semuanya berjalan lancar.