Showing posts with label Makluman. Show all posts
Showing posts with label Makluman. Show all posts

Monday, April 20, 2009

Takziah buat Norazlina (Bebeh)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Assalamualaikum wbt & semoga dilimpahi rahmat Allah SWT,

Allah SWT berfirman:

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati."
(Ali Imran: 185)

Mohon maaf atas keterlewatan ini, salam takziah buat Norazlina atas kematian ayah tercinta. Semoga Allah SWT melimpahkan rahmatNya buat roh ayahanda.

Daripada Abdullah, daripada Nabi SAW, sabdanya: 'Siapa menghiburkan orang kena kemalangan, maka baginya seumpama pahalanya'

Dalam hadis yang lain:

Diriwayatkan daripada seseorang sahabat bagi Nabi SAW yang masyhur dengan nama Abdullah bin Masud r.a., diriwayatkannya satu hadith daripada Nabi SAW, katanya: Telah bersabda Nabi SAW: Barangsiapa takziahkan, yakni: pergi memberi sabarkan orang yang kena kematian dan lainnya, maka baginya seumpama pahala."


Kematian itu adalah pasti dan kehidupan akhiratlah yang kekal. Doa untuk kebaikan dalam kehidupan akhirat simati adalah dituntut seperti hadis berikut:

Daripada Ummu Salamah, katanya: Telah bersabda bagi kami Rasulullah SAW: 'Apabila datang sekalian kamu akan orang sakit atau mati, maka ucap olehmu akan baik, maka bahawasanya malaikat itu mengaminkan atas barang yang kamu sekalian ucap'. Katanya: Maka tatkala mati Abu Salamah, datang aku akan Nabi SAW, maka kataku: " Ya Rasulullah, bahawasanya Aba Salamah sudah mati ia." Sabdanya: 'Maka ucap oleh mu: Hai Tuhanku, ampun olehmu bagiku dan baginya dan beri ganti akan daku daripadanya akan gantian yang baik.' Katanya: Maka kataku"Maka memberi ganti Allah daripadanya akan orang yang ialah lebih baik daripadanya akan Rasulullah SAW." (Hadis Shahih)

Dalam hadis yang lain:

Diriwayatkan daripada seorang sahabat bagi Nabi SAW dan saudara sepupunya, namanya Abdullah bin Abbas r.a. hatanya: Bahawasanya Nabi SAW telah membaca ia atas jenazah yang disembahyangkan dengan Fatihatul-Kitab.

Buat Norazlina, semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepadamu adikku dan banyakkan beramal dan berdoa kerana doa anak yang soleh akan sampai kepada ibubapanya. Semoga dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat.

Salam penuh takzim,




Tuesday, December 18, 2007

AidilAdha

Selamat Menyambut AidilAdha.
Semoga kita dirahmati Allah.
Disamping melipatgandakan usaha memperbykkan amalan.
dan berusaha menjadi manusia yg lebih baik.

Friday, December 7, 2007

Ceramah - Penceramah Undangan dari MSD

InsyaAllah majlis ilmu akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 8 Disember 2007 (Sabtu)
Masa : 12.30pm ~
Tempat : Flyde SCR

Penceramah : Ustaz Mohd Erfino Johari -Atache Pendidikan -MSD.
Tajuk : Menjadi insan bertaqwa di United Kingdom - cabaran dan cara mengatasinya

Tentatif aturcara majlis:
12.10pm - solat Zohor berjamaah (surau uni)
12.25pm - hadirin mengambil tempat (Flyde SCR)
12.30pm - ucapan Pengerusi KULM dan bacaan doa
12.35pm - makan tengahari
1.15pm - bacaan Al-Quran dan terjemahan (saudara Don)
1.25pm - ceramah bermula
2.30pm - sessi soal jawab
3.00pm - tutup majlis

Thursday, October 11, 2007

Eid Mubarak

Assalamualaikum,

Tidak berapa hari lagi kita akan menyambut Syawal. Ayuh sahabat2 semua, kuatkan lagi amalan kita di beberapa hari dalam Ramadhan ini. Entah sempatkah lagi kita berjumpa di Ramadhan akan datang.

HELWA Lancaster ingin mengucapkan Eid Mubarak kpd semua sahabat tidak kira di mana jua berada. Semoga semua di dalam keadaan sihat dan bersyukur kerana masih berpeluang menyambut Syawal. Marilah kita bersama meraikan dengan kadar sederhana.

Kunjungilah laman web amalan sempena Aidilfitri .

Eid Mubarak and Maaf Zahir Batin.

Monday, September 24, 2007

Al-Fatihah Buat Anakku Nurin Jazlin

Keluaran berita pertama yg menunjukan mayat yg belum dikenalpasti itu membuat hati saya terus terdetik, Innalillah anaku Nurin. Hanya Allah sahaja yg dapat membalas perbuatan manusia gila seperti itu.

Terus saya memeluk anak2 dan bersyukur pada Allah yg mereka sihat bersama saya.
Sehubungan dengan peristiwa ini, warga Helwa Lancaster menyampaikan rasa Takziah pada keluarga arwah. Walaupun berada jauh di perantauan kami tetap merasa kehilangan yg sungguh bermakna. Insyallah, Anakku Nurin kau selamat berada di syurga milik Allah yg Esa.
Al-Fatihah buat anaku Nurin.