Monday, June 1, 2009

Andai Ku Tahu

Assalamualaikum wbt,

Lancaster telah diberitakan dengan ttg pulangnya insan-insan yg dikasihi oleh beberapa sahabat/warga keluarga Lancaster. Semoga roh-roh mereka ditempatkan di kalangan org-org beriman serta diampunkan segala dosa-dosa mereka. Amiin.
Berat mata memandang, berat lagi mereka yg memikulnya.
Semoga mereka yang diuji
tabah dan bersabar dengan ujian hebat dari Allah swt.
Insyallah, ujian yg hebat ini akan meninggikan martabat mereka di sisi Allah swt.

Buat kita yg masih bernyawa, sememangnya byk pengajaran dan iktibar yg dapat diambil.
Mati adalah pasti. Bila? Allah swt Maha Mengetahui.

Sedikit bacaan utk peringatan diri saya serta sahabat-sahabat yg lain.
Semoga kita sama-sama dapat mengamalkan bacaan ayat-ayat cinta dari Allah swt utk dihadiahkan kpd mereka insan-insan yg kita sayangi. Semoga amalan amal jariah dari kita utk mereka diterima Allah swt.




Imam Nawawi berkata:

"Sebaiknya, orang yang membaca (Al-Qur'an), selepas selesai membacanya,
hendaklah berdo'a: Ya Allah sampaikanlah pahala bacaanku ini kepada si Fulan,
dan juga disunatkan supaya memuji si mati dan menyebut kebaikan-kebaikannya"


Yang pastinya, mereka yg telah pergi telah selamat.
Bagaimana pula dengan nasib kita?
Adakah sudah cukup amalan kebaikan kita?

Allahu akhbar, Subhanallah, Lalilla ha illah.....

Selagi diberi nikmat bernyawa daripada Allah swt, bertaubatlah sebelum terlambat.
Sesungguhnya Allah swt Maha Pengampun dan Penyayang. Dialah yg mempunyai sifat Asma Ul Husna.

Firman Allah swt:
barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya,
kemudian ia mohon ampun kepada Allah,
niscaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Q.S. An Nisa: 110)

Katakanlah:
` Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri,
janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya.
Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(QS. 39:53)


No comments:

Post a Comment