Thursday, February 25, 2010

iklan bengkel solat

(Website bengkelsolat.blogspot.com sedang dalam proses kemaskini. Sila lawati dari masa ke semasa untuk info terkini.

Wednesday, February 24, 2010

Usrah: Menjaga / Menunaikan Amanah


Assalamualaikum wbkt.
Alhamdulillah  pada 20hb Februari 2010 Helwa telah mengadakan usrah bermula pada pukul 2.15 petang di surau universiti  yang dipengerusikan oleh Cik Siti Aisyah Mohd Tahir. Tajuk yang di bincangkan pada minggu tersebut adalah Menjaga/Menunaikan amanah. Semoga kita dapat menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan kita sehari-hari untuk mencapai Mardhotillah. Insya Allah


Menjaga/menunaikan amanah
"Sesungguhnya Kami telah kemukakan amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-gunung, (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula mebuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan”.(al-Ahzab:72)
Takrif Amanah

  1. Bahasa : Bermakna al-wafa’  (memenuhi) dan wadi’ah (titipan)


  2. Definisi : Seorang muslim memenuhi apa yang diberikan kepadanya. Hal ini berdasarkan firman ALLAH SWT : ”Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (SuruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar,lagi sentiasa melihat ”. (an-Nisa’:58)

Dalil-dalil syariat

  1. Al-Quran - dua ayat di atas dan al-Baqarah:283; al-Anfal:27; al-Mu’minun:8; dan al-Ma’arij:32


  2. Al-Hadith - Setiap kalian adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan diminta pertanggungjawaban kelak di hari Kiamat, seorang pemimpin pemerintahan adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban tentang rakyatnya, suami adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban tentang anggota keluarganya, isteri adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban tentang rumahtangga suaminya serta anak2nya, dan seorang pembantu adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban tentang harta benda majikannya, ingatlah bahwa setiap kalian adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban kelak di hari Kiamat.” (HR Muttafaq ‘alaih)

Hubungan amanah dengan keimanan

  1. Amanah merupakan tuntutan iman dan khianat merupakan tanda hilangnya keimanan dan mulai merasuknya kekafiran dlm diri seseorang. Sabda nabi SAW : “Tidak ada iman pada orang2 yang tidak ada amanah dalam dirinya, dan tidak ada agama pada orang yang tidak bisa dipegang janjinya.” (HR Ahmad)


  2. Hilangnya Amanah Merupakan Tanda Kiamat, yang salah satu cirinya adalah dipegangnya amanah oleh orang2 yang bukan ahlinya dalam masalah tersebut. Sabda nabi SAW : “Ketika amanah telah disia-siakan maka tunggulah tibanya Kiamat.” Kata para sahabat ra : Bagaimanakah disia-siakannya wahai rasuluLLAH? Jawab nabi SAW : “Ketika suatu urusan dipegang oleh yang bukan ahlinya maka tunggulah tibanya Kiamat.’”(HR Bukhari)


  3. Hilangnya Amanah Terjadi Bertahap, sebagaimana sabda nabi SAW : “Seorang tertidur maka hilanglah amanah dari hatinya bagaikan titik hitam, lalu ketika ia tertidur lagi maka hilanglah amanah tersebut bagaikan bekas/jejak, demikianlah seterusnya sampai tidak ada lagi amanah di hatinya, dan tidak ada lagi di hati manusia, sehingga mereka tidak menemukan lagi orang yang amanah. Maka berkatalah sebahagian mereka : Di tempat anu masih ada seorang yang bisa dipercaya. Sampai dikatakan kepada seseorang : Ia tidak bisa dipegang, tidak berakal, tidak ada di hati mereka sebesar biji sawi dari keimanan”.(HR Muslim)

Jenis-jenis amanah

  1. Amanah Fitrah : Amanah yang diberikan oleh Sang Pencipta, Allah SWT sejak manusia di dalam rahim ibunya, bahkan jauh sejak di masa alam azali, iaitu mengakui bahwa ALLAH SWT sebagai RABB/Pencipta, Pemelihara dan Pembimbing.
    Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): Bukankah Aku tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini”. (al-A’raf:172)


  2. Amanah Syari’ah/Din : Iaitu untuk tunduk patuh pada aturan ALLAH SWT dan memenuhi perintah-NYA dan menjauhi larangan-NYA, barangsiapa yang tidak mematuhi amanah ini maka ia zalim pada dirinya sendiri, dan bodoh terhadap dirinya, maka jika ia bodoh terhadap dirinya maka ia akan bodoh terhadap RABB-nya. (al-Ahzab:72)


  3. Amanah Hukum/Keadilan : Amanah ini merupakan amanah untuk menegakkan hukum ALLAH SWT secara adil baik dalam kehidupan peribadi, masyarakat mahupun bernegara (an-Nisa’:58). Makna adil adalah jauh dari sifat ifrath (ekstrem/berlebihan) mahupun tafrith (longgar/ berkurangan).
    Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat”.
    (an-Nisa 58)


  4. Amanah Ekonomi : Iaitu bermu’amalah dan menegakkan sistem ekonomi yang sesuai dengan aturan syariat Islam, dan menggantikan ekonomi yang bertentangan dengan syariat serta memperbaiki yang kurang sesuai dengan syariat.
    Dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutang yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati jurutulis, maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang (oleh orang yang memberi hutang). Kemudian kalau yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang (dengan tidak payah bersurat, saksi dan barang gadaian), maka hendaklah orang (yang berhutang) yang dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang yang diamanahkan kepadanya, dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah Tuhannya dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang yang berdosa hatinya dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan” (al-Baqarah:283)


  5. Amanah Sosial : Iaitu bergaul dengan menegakkan sistem kemasyarakatan yang Islamik, jauh daripada tradisi yang bertentangan dengan nilai Islam, menegakkan amar ma’ruf dan nahi munkar, menepati janji serta saling menasihati dalam kebenaran, kesabaran dan kasih-sayang.
    Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya”. (al-Mu’minun:8)


  6. Amanah Pertahanan dan Keamanan : Iaitu membina fizikal dan mental, dan mempersiapkan kekuatan yang dimiliki agar bangsa, negara dan ummat tidak dijajah oleh imperialisme kapitalis mahupun komunis dan berbagai-bagai musuh Islam lainnya.
    Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)”. (al-Anfal:27)

Kisah Rasulullah SAW menunaikan amanah
IBN Ishaq menceritakan bahawa ketika peristiwa pembukaan kota Makkah, Rasulullah menuju Kaabah dan melakukan tawaf sebanyak tujuh kali. 
Selesai bertawaf, Baginda memanggil Uthman ibn Thalhah dan meminta kunci Kaabah daripadanya. Baginda masuk ke dalam Kaabah dan mengeluarkan patung, termasuk satu patung berbentuk merpati diperbuat daripada kayu. Selepas itu, Baginda berdiri di hadapan Kaabah dalam keadaan orang ramai ternanti-nanti menunggu apa yang akan diucapkannya. 
Lalu Baginda bersabda yang bermaksud:
Tiada tuhan selain Allah, yang berdiri sendiri-Nya, tiada sekutu bagi-Nya. Benar segalajanji-Nya. Menolong hamba-Nya dan mengalahkan musuh yang bersekutu dengan sendiri-Nya. Segala dendam kesumat, darah atau harta yang diperselisihkan mula hari ini adalah di bawah tapak kakiku, kecuali Sidanah (penampungan orang haji) dan Siqayah (memberi minuman jemaah haji).”(HR Imam Ahmad)

Selesai berucap, Baginda duduk kembali dalam masjid. Kemudian datang Saidina Ali ibn Abi Talib memohon agar Baginda menyerahkan kepadanya kunci Kaabah yang diambil daripada Uthman ibn Thalhah. Kata Saidina Ali: “Wahai Rasulullah, serahkanlah kunci itu kepadaku, supaya terkumpul di tangan kita urusan hijabah (juru kunci) dan soal makan minum orang haji.” 
Rasulullah tidak menjawab permintaan Ali, sebaliknya bertanya: “Di manakah Uthman ibn Thalhah?” Apabila Uthman datang menemui Baginda, lalu Nabi bersabda bermaksud: “Wahai Uthman, ini kuncimu, hari ini adalah hari kebajikan dan penunaian janji.” 
Lalu Baginda membaca sepotong ayat yang maksudnya:
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhannya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baik kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat.” (an-Nisa’:58)

Sesiapa yang tidak menunaikan amanah sesungguhnya, telah menyemai benih-benih kemunafikan dalam dirinya. Abu Hurairah meriwayatkan sebuah hadis, katanya Rasulullah bersabda yang maksudnya:
Tanda orang munafik ada tiga: Apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia memungkiri dan apabila diberi amanah dia mengkhianatinya.” (HR al-Bukhari, Muslim, at-Tarmizi, al-Nasa'i dan Ahmad)
Akibat tidak menunaikan amanah
Sebagai orang Islam, kita percaya bahawa segala perbuatan yang dilakukan di dunia ini akan mendapat pembalasan sama ada ganjaran pahala atau azab siksa di akhirat nanti. Maka tidak menunaikan amanah atau melakukan khianat akan menerima balasan siksa di akhirat kelak sebagaimana firman Allah:
 Dan tiadalah patut bagi seseorang Nabi itu (disangkakan) berkhianat  (menggelapkan harta rampasan perang), dan sesiapa yang berkhianat (menggelapkan sesuatu), ia akan bawa bersamanya pada hari Kiamat kelak apa yang dikhianatinya itu; kemudian tiap-tiap seorang akan disempurnakan (balasan bagi) apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak akan dikurangkan sedikitpun (balasannya).”(Ali ‘Imran:161)
Abu Hurairah ra berkata: “Kami keluar bersama Rasululah SAW menuju Khaibar. Allah memberikan kemenangan kepada kami, tetapi kami tidak mendapatkan rampasan perang berupa emas atau perak. Hanya kami perolehi adalah barang-barang makanan dan pakaian. Kemudian kami menuju satu lembah dan bersama Rasulullah SAW ialah seorang hamba pemberian seorang lelaki dari Juzam bernama Rifa‘ah bin Zaid daripada Bani ad-Dhubaib. Ketika kami menuruni lembah, hamba Rasulullah SAW itu berdiri untuk melepaskan tali ikatan kenderaannya. Malangnya, dia terkena anak panah dan di situlah dia meninggal, lalu kami berkata: “Kami bersyukur dia gugur dalam mati syahid”. Rasulullah SAW bersabda:“Tidak! Demi diri Muhammad, sesungguhnya sehelai pakaian jubah akan memarakkan api neraka ke atasnya. Pakaian itu dia ambil daripada harta rampasan perang Khaibar, padahal pakaian itu bukan bahagiannya”.(Berkata Abu Hurairah): “Lalu orang ramai menjadi takut”. Maka datang seorang lelaki dengan membawa seutas atau dua utas tali kasut dan berkata: “Ya Rasulallah aku mendapatkannya ketika perang Khaibar”.
Rasulullah SAW bersabda: “Seutas atau dua utas tali tersebut (boleh membawa) kepada neraka”. (HR Muslim)
Penutup
Amanah adalah perintah Allah SWT dan Rasul-Nya berdasarkan ayat al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW. Perlu diambil perhatian bahawa tidak beramanah akan memasukkan si pelakunya ke dalam api neraka.
Amanah tidak hanya terhad kepada pemimpin bahkan kepada setiap individu terhadap apa yang telah diamanahkan kepadanya. Dengan mengambil i‘tibar daripada peristiwa Isra‘ dan Mi‘raj, dalam konteks amanah dan lain-lain peristiwa yang ditunjukkan mudah-mudahan dapat membina penghidupan yang lebih sempurna bagi menghadapi hari-hari yang mendatang kerana amanah itu termasuk dalam perkara iman.
Penyampai & Nota : Siti Aisyah Mohd Tahir


Sunday, February 14, 2010

Resepi: CHOC MOIST CAKE ziqzaq


Tak tau nak buat kek apa? Terasa nak makan kek coklat? Mahu sesuatu yang simple? Mungkin resepi ini adalah jawapannya. Terima kasih kepada Kak Zaq kerana telah sudi berkongsi resepi. Kalau nak tau atau ingin saya kembalikan nostalgia anda, kek ini adalah antara kek yang dihidangkan semasa Jamuan Raya LUMSS akhir tahun lepas.


Gambar dari muka buku Lubna, terima kasih:-)


Ramai yang suka kek ni. Menurut Kak Zaq, resepi dan cara-cara membuatnya juga mudah.

Ini resepinya:

CHOC MOIST CAKE

1 ¾ cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp sodium bicarbonate
1 cawan serbuk koko
1 ¾ cawan gula caster
1 cawan susu segar
1 cawan air suam
2 biji telur
¾ cawan minyak Mazola

Ayak tepung, soda, baking powder, koko dan kacau sampai rata. Masukkan gula, kacau lagi. Masukkan susu, air suam, telur, dan kacau perlahan2. Masukkan minyak dan kacau hingga sebati.

Panaskan loyang, bakar selama 45mins.




Akhir kata, selamat mencuba. InsyaAllah.

Monday, February 8, 2010

ISLAMIC AWARENESS WEEK


Lancaster University's Islamic Society would like to invite you to attend the following talks held as part of Islam Awareness Week 2010.
Talk: "Islamic Medicine - A Light in the Dark Ages!"
By Dr. Sharif Kaf Al-Ghazal; plastic surgeon, and Honorary Senior Lecturer in the School of Medicine, University of Leeds. More information here.
Monday February 8, 18:30-20:00, Cavendish LT, Faraday Building

Talk: "Muslim Contributions to Modern Civilisation"
By Dr. Salim Aydüz; researcher at FSTC, scholar at the University of Manchester and at Fatih University.
Tuesday February 9, 18:30-20:00, Cavendish LT, Faraday Building

Talk: "Yvonne Captured by Islam"
By Yvonne Ridley; award-winning journalist, activist, former Taliban captive and convert to Islam. More information here.
Wednesday February 10, 18:30-20:00, Faraday LT, Faraday Building

Talk: "Can We Live Better Lives Without Religion?"
By Hamza Tzortzis; lecturer, author and international public speaker. More information here.
Thursday February 11, 18:30-19:30, Cavendish LT, Faraday Building

Talk: "The Dawkins Delusion"
By Adam Deen; international public speaker, and former TV presenter and intellectual activist. More information here.
Friday February 12, 18:30-19:30, Cavendish LT, Faraday Building
Hot snacks will be provided on all days.
All are welcome to the events.
There will be an opportunity for question and answer sessions.
For more info email islamicsoc+lancaster.ac.uk.

Thank you.
rina

Ceramah Islamic Medicine


Alhamdulilah sebentar tadi berlangsung ceramah pertama Dari siri ceramah Islamic awareness week yg disampaikan oleh seorang pakar plastic surgeon Dari Leeds Dr Sharif kaf Al Ghazal.Saya kira beliau seorang yg berjuang dalam menterkedepankan perubatan Islam kerana telah mengasaskan journal of Islamic medicine. Ceramah hari ini banyak menyingkap rahsia2 sejarah perubatan Islam termasuklah tokoh2 seperti arrazy dan ibn Sina. Turut disentuh ialah peranan wanita dalam perubatan seperti Rufaidah Al islami serta beberapa tokoh2 barat yg suatu masa dulu terpaksa keluar Dari Britain untuk belajar ilmu perubatan kerana kondisi pada itu yg melarang wanita mengambil kursus terbabit.

Sumbangan terbesar islam adalah dari sudut etika perubatan Islam yang banyak dinukilkan oleh Attabari. Beliau menggariskan ciri2 atau etika surgeon dalam Islam yg mengenengahkan akhlak dan akidah Islami seperti berlemah lembut,memohon doa Dari Allah Takutkan tuhan ,membantu orang dalam kesusahan dan sebagainya yg meletakkan peranan surgeon Lebih dari sekadar kerjaya tetapi juga ibadah kepada Allah swt dan peranan sebagai doktor Muslim.

Terlalu banyak mutiara yang ingin beliau kongsikan (slide 72 mukasurat insyaAllah boleh didapati Dari isoc). Banyak sumber online seperti www.islamicmedicine.org (website beliau) Dan www.muslimheritage.com (membicarakan rahsia dan sejarah Islam yg hilang Dari fakta sejarah) antara Rujukan yg boleh menjelaskan tajuk hari ini..



walaupun sesi agak padat namun hadirin yg terdiri Dari pelbagai latarbelakang agama dan pendidikan turut bertanyakan soalan yg menarik mengenai peranan Islam dalam ilmu perubatan, pendapat Islam mengenai isu2 perubatan moden dan sebagainya. Esok pula Akan Berlangsung ceramah Dari Dr Salim Auduz bertajuk sumbangn Islam dalam ketamadunan moden..saksikan

snack ditaja oleh sultan of lancaster dan pak imran

Wednesday, January 27, 2010

Talk -Patience by Dr Reda (ISOC)

Assalamualaikum wbt,

Alhamdullilah , Praise due to the greatest Allah swt. Sister Waheedada(Weeda)had recorded the talk and happy to share with all of us. The talk was 2 hours, but the recorded audio was 1:42mins. Your thoughts reminded me of this hadith "None of you will truly believe until you love for your brother what you love for yourself". (narrated by Bukhari). Jazakallah for sharing this knowledgeable talk with us the nonattendance sisters. May Allah swt reward you with enormous goodness and so does to all of us. Amin.

More information about the speaker Dr Reda.

Please click either this or
The talk.

this
Instructions:
1) when click , the message asked to leave or stay.
2) select to leave, insyallah the audio link appears.

talk-patience.WAV....

Sunday, January 24, 2010

Ceramah oleh Prof Mohad Kamil - Glasgow MGDC2010

Assalamaualaikum wbt,,

Rakaman video yg dirakam oleh sahabat MISG-Glasgow.

Ada masalah di awal rakaman sehingga 0:07:00. Mohon maaf.

Klik di link ini utk melihat ceramah Prof Kamil

atau klik di sini utk melihat ceramah-ceramah lain dari MISG.

ISLAMIC NLP FOR PARENTING: BELAIAN


sumber image : Image
Assalamualaikum wbt,

Salah satu artikel yg ditulis oleh Saudara Fuad Latif.
Moga ALLAH swt melimpahkan rahmah ke atas penulis ini. Amiin.

Anda juga boleh klik di sini.
Link ini juga telah disebut oleh Kakk Nazihah di atas tazkirahnya (Berkomunikasi dengan Allah swt)


Saudara,
Saya pernah menulis pengajaran besar yang seharusnya kita hayati kesan daripada peristiwa besar isra’ dan mikraj di dalam artikel saya bertajuk Isra’ dan Mikraj: 2 Pengajaran penting. Salah satunya adalah mendidik jiwa anak-anak kita di awal usia mereka lagi. Saya juga pernah menulis pelukan dari hati ke hati sebagai satu kaedah terbaik menyampaikan mesej kepada anak-anak kita.

Saudara
Fitrah manusia ingin dibelai. Tidak kira usia kita sentiasa ingin dibelai samada ibu bapa atau suami/isteri. Namun belaian ini sudah kurang dilakukan apabila umur anak-anak kita meningkat dewasa.
Ramai ibu bapa mengeluh tentang kenakalan dan kedegilan anak-anak. Masalah menunaikan solat, masalah ke sekolah, masalah tidak mendengar kata dan sebagainya. Namun malang sekali kerana masalah ini tidak pernah kita lihat dengan kesedaran tertinggi.

Saudara,
Mari kita mengingati semula ketika anak-anak kita masih kecil. Ketika bayi mereka dibelai cukup manja. Kita mengalirkan kasih sayang dan cinta kita kepada mereka tanpa perlu berkata-kata. Hanya pelukan yang erat serta senyuman kasih mampu membuatkan bayi kita menjadi tenang. Anak-anak kita berasa sangat disayangi dan dikasihi.
Apabila anak-anak kita mula meningkat umur, sudah tahu berjalan dan bermain itu ini, kita tidak lagi menggunakan pelukan erat kepada mereka. Kita tidak menyampaikan mesej kasih sayang kita kepada mereka dengan belaian penuh kasih sayang.

Di ketika ini kita mula menggunakan verbal iaitu larangan-larangan menggunakan suara. “Jangan buat itu”, “Jangan usik itu” dan pelbagai lagi kita gunakan. Alasan kita adalah untuk mendidik kerana kita sayang kepada anak-anak. Namun sebenarnya penerimaan kanak-kanak tadi berbeza.

Dikala kecil mereka dibelai tetapi mengapa kini mereka dimarahi atau dilarang dengan suara yang tinggi. Jiwa mereka terganggu.

Saudara,
Anak-anak kecil ini hanya menjadikan ibu bapa tempat bergantung. Walaupun di hantar ke nursery atau dijaga oleh pembantu rumah, namun mereka tetap inginkan ibu bapa untuk menagih kasih. Dunia kanak-kanak adalah dunia yang tidak mampu berdikari.
Bayangkan ketika mereka memerlukan ibu bapa sebagai orang yang terbaik mendidik mereka, kita hanya menggunakan banyak kata-kata larangan berbanding belaian. Kita jarang lagi menyalurkan kasih sayang dengan pelukan. Kita berasa mereka faham sendiri bahawa kita sayang mereka.

Apabila anak-anak mula bersekolah, kawan-kawan merupakan orang yang terdekat dengan mereka. Lama kelamaan mereka akan berasa kawan-kawan lebih memahami mereka berbanding ibu bapa. Pergantungan kepada ibu bapa perlahan-lahan mula jauh dari segi pembangunan sahsiah dan sosial mereka. Hanya dari segi ekonomi atau perbelanjaan sahaja mereka bergantung penuh kepada ibu bapa.

Nah! Di saat ini, jika kita tidak mendidik mereka dari awal lagi dengan belaian kasih sayang, akhirnya mereka lebih senang bersama kawan-kawan mereka berbanding kita. Anak-anak sudah mula mencari kebahagiaan bersama kawan-kawan mereka. Mereka lebih yakin dan percaya kawan-kawan berbanding ibu bapa.

Ibu bapa pula hari ke hari memarahi anak-anak ini kerana degil dan nakal. Tidak mahu mendengar kata dan sebagainya. Ini membuatkan mereka terus menjauhi ibu bapa. Belaian yang diharapkan seolah-olah tidak mungkin akan dapat diterima lagi.

Walaupun ibu bapa mengambil berat tentang pelajaran anak-anak ini namun dari segi jiwa, kita sebenarnya menghadapi masalah. Jika ada anak-anak yang mendengar kata ibu bapa, ia hanya kerana rasa hormat kepada ibu bapa sahaja. Rasa kasih dan sayang sudah mula berkurangan.

Apakah yang akan berlaku jika anak-anak ini sudah meningkat remaja? Saudara boleh fikirkan berdasarkan remaja-remaja yang ada sekarang ini.

Pembangunan Jiwa Anak
Saya telah menjelaskannya di dalam artikel Isra’ dan Mikraj: 2 Pengajaran penting. Pengajaran yang jarang diambil berat oleh ibu bapa adalah soal pembangunan jiwa anak-anak.

Nabi Muhammad SAW meminta kita untuk mendidik anak-anak kita agar mendirikan solat seusia 7 tahun dan rotan jika tidak mendirikan solat semasa umur 10 tahun ke atas. Persoalan yang tidak pernah kita teliti adalah mengapa sukarnya meminta anak-anak kita mendirikan solat?

Kita tidak pernah muhasabah diri kita, apakah kita telah membangunkan jiwa anak-anak kita sejak mereka kecil? Apakah pernah kita mendidik anak-anak kita agar pergantungan mereka mesti kepada Allah SWT 100%. Pernahkan kita menguatkan jiwa mereka agar cintakan Allah SWT dan Rasul SAW?

Allah SWT mewajibkan solat ketika berlakukan Isra’ dan Mikraj. Peristiwa besar ini berlaku di sekitar tahun ke 10 selepas Nabi Muhammad SAW menerima wahyu yang pertama. 10 tahun ini adalah masa yang diperlukan untuk membangunkan jiwa umat islam ketika itu untuk benar-benar memiliki jiwa yang mantap.
Kerana itu 10 tahun adalah masa yang cukup jika kita benar-benar mendidik jiwa anak-anak kita untuk memiliki kesedaran yang tertinggi. Maka apabila di ketika mereka memiliki kesedaran tertinggi kepada Allah SWT, apakah sukar untuk mereka mendirikan solat?

Apakah sukar untuk mereka mendengar kata-kata ibu bapa mereka? Apakah mereka akan menjadi anak-anak yang malas?

Pasti tidak kerana jiwa mereka kuat. Jiwa yang kuat, tenang, mantap, semangat, positif dan sebagainya akan mempengaruhi fikiran untuk menjadi tenang, positif dan sebagainya.

Persoalannya, apakah dan adakah kita membangunkan jiwa anak-anak ini dalam tempoh 10 tahun itu?

Praktikal Menguatkan Jiwa Anak-Anak
Untuk anak-anak yang berumur 5 tahun ke bawah, cara yang praktikal agar mereka sentiasa bergantung kepada Allah SWT dan cinta kepada Allah SWT adalah dengan mengajarkan mereka agar sentiasa mengucapkan “TERIMA KASIH ALLAH SWT”.
Ketika umur ini agak sukar untuk meminta mereka berkomunikasi dengan Allah SWT. Maka kata-kata terima kasih Allah SWT merupakan komunikasi dan sekaligus ucapan syukur kepada Allah SWT. Anak saya sentiasa mengucapkan terima kasih Allah SWT jika menerima sesuatu.

“Terima kasih Allah sebab kasi kakak mainan.”
“Terima kasih Allah sebab kasi kakak nenen.”
“Terima kasih Allah sebab kasi ayah duit untuk beli kakak jajan”.

Dengan sentiasa mengucapkan terima kasih bersama sebabnya, anak-anak ini mengerti bahawa semua yang dimilikinya adalah datangnya dari Allah SWT. Mereka dilatih hari demi hari untuk berada di dalam kesedaran tertinggi. Pergantungan mereka melangkaui ibu bapa iaitu kepada Allah SWT.

Untuk anak-anak yang berumur 6 tahun ke atas, bolehlah ajarkan mereka agar sentiasa berkomunikasi dengan Allah SWT seperti yang disarankan di dalam artikel-artikel di laman web ini.

Saudara,
Belailah anak-anak kita dengan penuh kasih sayang dan sambungkan jiwa kita ke Allah SWT ketika kita membelai mereka. Jiwa anak-anak ini masih lembut dan mereka akan cepat berubah jika kita didik mereka dengan kasih sayang.

Semoga Allah SWT sentiasa memberi tunjuk ajar kepada kita bagaimana cara-cara terbaik untuk mendidik anak-anak kita. Sesungguhnya cara mendidik setiap anak-anak kita adalah berbeza. Mohonlah pada Allah SWT agar kita diajarkan oleh Allah SWT cara yang sesuai untuk mendidik setiap seorang anak-anak kita agar menjadi anak yang soleh dan solehah.

“Ya Allah, Tuhan yang Maha Mengasihani. Kami memohon kepadaMu ya Allah agar Engkau alirkanlah sentiasa kasih sayang kami kepada anak-anak kami dan kuatkanlah jiwa mereka dengan kasih sayang kami ini ya Allah.

Ya Allah, ajarilah kami bagaimana cara yang terbaik untuk mendidik anak-anak kami ya Allah. Ya Allah berikanlah rasa cinta kepadaMu dalam jiwa kami dan anak-anak kami ya Allah. Terima kasih Allah, terima kasih. Amin”

Thursday, January 21, 2010

Adakah Kaki Wanita Aurat?


Assalamualaikum wbt,

Jika ada maklumat atau nas/dalil yg tidak betul diminta memaklumkan kpd admin.
Moga mendapat manfaat. Insyallah.

Terima kasih kpd penulis blog.
Boleh klik di sini.

Baca seterusnya.

Assalamualaikum
Seperti yang Ummu Abbas ketahui Azie tinggal di Asia Barat dan di sini mazhab dan amalan yg diamalkan amat berbeza dgn kita di Malaysia. Azie tak berapa pasti mazhab mana yg diikuti di sini…. kalau solat, terutama kaum wanitanya x menjaga aurat seperti kita..kaki tidak ditutup elok, memakai pewarna kuku yg boleh menghalang air dan bermcm2 lagi perkara yg bertentangan dgn amalan kita. Betul ke ada mazhab yg membenarkan perkara2 seperti itu ?
Azie
**************************************
Wa’alaikum salam warahmatullah Azie,
Persoalan Azie sebelum ini adalah pelbagai topik.
Kak Nur jawab satu persatu supaya tajuknya boleh diasingkan.
Untuk lebih memahami, saya kemukakan contoh perbahasan fuqaha’
mengenai aurat wanita semasa solat.

Aurat wanita semasa solat ialah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Hal ini disepakati fuqaha’ berdasarkan dalil-dalil berikut;
Allah berkata,
وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا
…dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.
An-Nur 24:31

Maksud ‘kecuali yang zahir’ dalam ayat ini sebagaimana yang ditafsirkan Ibnu Abbas r.a. ialah wajah dan dua tapak tangan wanita.
Aisyah melaporkan,
أَنَّ أَسْمَاءَ بِنْتَ أَبِي بَكْرٍ دَخَلَتْ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَيْهَا ثِيَابٌ رِقَاقٌ فَأَعْرَضَ عَنْهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ يَا أَسْمَاءُ إِنَّ الْمَرْأَةَ إِذَا بَلَغَتْ الْمَحِيضَ لَمْ تَصْلُحْ أَنْ يُرَى مِنْهَا إِلَّا هَذَا وَهَذَا وَأَشَارَ إِلَى وَجْهِهِ وَكَفَّيْهِ
Asma’ bint Abu Bakr telah masuk ke tempat Rasulullah s.a.w berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah s.a.w lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.”
Hadis direkodkan olah Abu Dawud.

Hadis di atas menunjukkan bahawa kaki termasuk aurat tatkala Nabi s.a.w mengecualikan hanya wajah dan tangan.
Dalil lain yang menunjukkan dua kaki adalah aurat ialah hadis yang dilaporkan oleh Ummu Salamah. Dia pernah bertanya Rasulullah s.a.w ,
Apakah seorang wanita boleh menunaikan solat di dalam pakaian labuh dan tudungnya jika dia tidak mempunyai sarung? Nabi s.a.w menjawab,
إِذَا كَانَ الدِّرْعُ سَابِغًا يُغَطِّي ظُهُورَ قَدَمَيْهَا

“Asal pakaian labuh (jubah) itu sempurna dan menutupi zahir kedua kakinya.”

Hadis direkodkan oleh Abu Dawud.

Abu Dawud menyatakan sesetengah perawi hadis ini tidak menyebut ia daripada Rasulullah s.a.w tetapi dari Ummu Salamah sendiri.
Jika ia lafaz Ummu Salamah sekalipun, ia tetap menjadi dalil yang kuat memandangkan Ummu Salamah adalah isteri Rasulullah s.a.w. Sudah tentu Ummu Salamah mengamalkan perkara yang telah diketahui benar dari Rasulullah s.a.w itu sendiri.
Abu Dawud dan Al-Tirmizhi merekodkan hadis daripada Aisyah r.a yang mengatakan, bahawa Rasulullah s.a.w berkata,
لَا يَقْبَلُ اللَّهُ صَلَاةَ حَائِضٍ إِلَّا بِخِمَارٍ
“Allah tidak menerima solat wanita yang telah haid kecuali dengan mengenakan tudung”.

Hadis ini menunjukkan wanita yang telah baligh wajib menutup seluruh kepalanya ketika mahu solat.

Imam Tirmizi mengulas hadis ini di dalam Jami’nya (kitab karya beliau), “Apabila wanita yang telah baligh dan mukallaf melakukan solat dan ada bahagian rambutnya terdedah, maka solatnya dianggap tidak sah”.

Berdasarkan rasional yang telah dikemukakan, adalah jelas aurat wanita ketika solat ialah seluruh badan kecuali muka dan dua tapak tangan. Fuqaha’ sepakat menyatakan demikian kecuali kaki, ada fuqaha’ yang mengatakan ia dimaafkan jika terbuka.
Rasional pendapat yang mengatakan kaki bukan aurat ialah,

“Menutup dua kaki semasa solat adalah disunatkan (digalakkan) serta bukan kewajipan yang tiada tawaran (rukhsah). Ini adalah kerana dua kaki bukan aurat yang wajib ditutup. Takwilan seperti ini dikuatkan oleh sebab adanya keperluan wanita membuka kedua kaki jika wanita berjalan. Sekiranya mereka menutup kaki, maka keadaan itu akan menyusahkan. Disamping itu, sesungguhnya kaki wanita bukan merupakan daya tarik bagi lelaki ketika dia melihat kakinya, tidak seperti ketika melihat wajahnya. Kalau wajah sahaja bukan aurat, walhal ia lebih banyak menjadi daya penarik lelaki, maka apatah lagi kaki. Justeru itu, kaki bukanlah aurat wanita”.

Secara peribadi, saya melihat hujjah yang mengatakan kaki bukan aurat agak lemah dibandingkan dengan hadis-hadis yang telah dinyatakan di atas. Hujjah yang digunakan lebih kepada lojik akal. Sedangkan lojik akal bila bertembung dengan nas, maka nas perlu diutamakan.

Berapa banyak perkara agama yang tidak boleh disandarkan kepada lojik akal semata-mata disebabkan terbatasnya akal manusia untuk berfikir. Alasan sukar berjalan jika menutup kaki tidak boleh lagi dipakai pada zaman sekarang. Lebih-lebih lagi di zaman teknologi moden semakin berkembang, wanita masih boleh memakai stokin yang pelbagai fesyen sekarang.
Saya pernah membaca kisah seorang wanita yang meremehkan menutup kaki semasa menunaikan haji. Banyaklah rungutannya akibat terpaksa memakai stokin, lebih-lebih lagi ketika stokinnya basah terkena air. Akibatnya dia ditimpa bala oleh Allah swt. Setelah sedar punca bala tersebut, wanita itu bersungguh-sungguh menjaga aurat kakinya.

Mengambil iktibar dari kisah wanita itu, saya sendiri memakai stokin ketika menemani anak-anak bermain air di taman tema air. Taman tema air seperti di Bukit Merah dan The Lost World of Tambun merupakan kawasan umum yang mencampur aduk lelaki dan wanita. Jadi pilihan yang ada ialah tetap memelihara aurat kaki. Biar stokin dibasahi air asalkan diri tidak dibasahi dosa.

Seorang lelaki menyarankan dalam blognya agar wanita tetap menutup kaki di rumah jika terdapat tetamu lelaki.
Sebelumnya, saya meringankan juga dari menutup kaki seperti ketika ada tetamu lelaki di rumah atau ketika bermain air di pantai dengan alasan rukhsah dan memakai pendapat yang mengatakan kaki bukan aurat. Namun sekarang saya berusaha melakukan yang terbaik setakat termampu. Dunia hanya sementara. Masa kita terlalu singkat untuk beramal dengan ajaran Islam. Oleh sebab itulah Allah bersumpah dengan masa dalam surah al-‘Asr. Kemudian dikatakan manusia ini memang sentiasa rugi kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh.

Suami sendiri bertegas dalam hal menutup kaki. Dia pernah menegur saya menutup wajah tetapi membuka kaki. Kaki lebih aula ditutup berbanding wajah berdasarkan hujjah-hujjah yang ada.
Mengenai situasi yang Azie alami di sana, ia adalah perkara biasa berlaku sekarang di mana-mana negara ummat Islam. Masyarakat Arab Jordan dulu pun begitu juga. Meskipun di Fakulti Syariah, melihat gadis-gadis Arab bersolat dengan rambut terjurai di dahi dan menampakkan kaki adalah perkara biasa. Sebagai pelajar yang memahami ibadah berdasarkan ilmu, kami tidak mengikut tabiat yang tidak baik itu. Kita dianjurkan Islam untuk beramal dengan perkara yang diyakini dan meninggalkan perkara yang diragui kebenarannya.

Walau bagaimana pun, dalam kes aurat kaki ini, meskipun kita memilih pendapat yang mempunyai hujjah yang kuat dan apa yang menenangkan hati kita. Namun kita tetap perlu meraikan pandangan orang lain yang berbeza. Justeru itu, kita tidak boleh memaksa para wanita di Asia Barat solat sama seperti kita yakni menutup kaki. Kita hanya boleh beritahu mereka hujjah yang kita tahu. Terserahlah kepada mereka mahu menerimanya atau tidak. Adapun amalan wanita Malaysia yang menutup kaki semasa solat wajar diteruskan secara istiqamah kerana ia paling tepat dengan petunjuk Nabi s.a.w.
Untuk perkara-perkara lain yang disebutkan atau tidak dinyatakan, garis panduan memilih pendapat untuk diamalkan ialah yang mempunyai hujjah yang kuat. Ini termasuklah memakai pewarna kuku yang boleh menghalang air. Ia menyebabkan wuduk tidak sah. Bukanlah bila dikatakan Arab, maka semuanya alim dan memahami secara mendalam mengenai Islam. Mereka sama seperti umat Islam di Malaysia, mana yang belajar akan tahu dan yang tidak belajar akan tetap jahil.

Arab yang tahu, beriman dan beramal akan menjadi muslim yang baik.
Arab yang tahu tetapi tidak mahu beriman dan tidak mahu mengamalkan tetap menjadi muslim yang jahat.

Islam membekalkan kepada ummatnya prinsip-prinsip yang jelas dalam beramal yakni rujukannya al-Quran, Sunnah, Ijma’ dan Qiyas. Kita sekali-kali tidak dibenarkan mengikut amalan kerana bangsa mereka atau keturunan mereka dan lain-lain yang berunsur taqlid.

Semoga Azie dapat bersabar dan berlapang dada menghadapi situasi masyarakat yang berbeza dengan kefahaman kita selama ini. Pengalaman adalah satu ilmu yang amat berharga dari Allah swt.

Apa yang baik datangnya dari Allah, apa yang kurang dari kelemahan penulis sendiri.

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya ibu yang terus belajar
Jika salah tolong tunjukkan
Wassalam.
Ummu Abbas
11.11am
5 Safar 1431H

Saturday, January 16, 2010

Bukan Pertandingan

Assalamualaikum wbt,

Satu artikel menarik yg dikupas oleh Isteri Ust Zaharuddin. Moga Allah swt memperbaiki peranan kita sebagai khalifah Allah swt. Amiin.

Boleh klik di sini.
Sumber


Saya sebenarnya kurang selesa bila ada orang bertanya berapa juzukkah bacaan al-Quran anak-anak saya. Andai sekadar bertanya, masih tidak mengapa. Saya akan menjawab dengan penuh lapang dada. Akan tetapi, yang menjadi sebab ketidakselesaan saya ialah bila jawapan saya dibalas dengan pandangan mata seakan tidak percaya.

“Eh..takkan baru banyak tu. Anak saya, Alhamdulillah… dah nak khatam dah,” dia berkata dengan nada suara dan senyum sinis yang menyakitkan mata dan jiwa saya. Namun, saya tahankan hati. Buat-buat biasa, seolah-olah tidak terasa.

“Tak mengapalah…saya memang agak ‘keras’ dalam bab mengaji ni. Selagi belum betul-betul lancar, bacaan mereka tidak akan saya alih ke muka surat seterusnya,” penuh yakin saya menjelaskan pendirian.

Saya percaya, ada di kalangan pembaca yang pernah mengalami situasi sama seperti saya. Tidak tahu apa tujuan dan maksud dia berkata begitu. Bukanlah saya mahu menelah niat di dalam hatinya, cuma cara dia menyatakan kesyukuran atas pencapaian anaknya itu, seakan-akan satu sorakan kemenangan atas kekalahan saya dan anak-anak untuk bergelar juara.

Apakah maknanya?

PERTANDINGAN IBU BAPA
Saya melihat situasi ini sebagai sesuatu yang tidak sihat. Kebimbangan ini semakin meningkat, bila mana saya membaca komen-komen ibu bapa dari mana-mana blog yang saya lawati. Gaya mereka mengkritik, serta dalam masa yang sama menonjolkan kebaikan dan kejayaan anak-anak mereka, bagi saya amat tidak kena.

Seakan-akan mereka mahu menyatakan, merekalah ibu bapa yang mahir mendidik. Cara mereka, adalah cara yang terbaik dan seumpamanya.

Begitu juga dalam perbualan sehari-hari. Topik berbangga dengan kecemerlangan anak-anak hasil asuhan dan didikan mereka sering ditonjolkan dalam suasana penuh mendabik dada. Sebagai contoh, cuba anda teliti perbualan di bawah :

“Anak-anak saya susah betul nak solat tanpa disuruh,” keluh seorang ibu.

“Oh..anak-anak saya tak pula begitu. Masuk je waktu terus mereka solat bersama-sama. Syukur..mudah kerja saya,” balas ibu kedua dengan senyum simpulnya.

“Anak-anak saya pulak, solat ke, mengaji ke..semua mereka tahu buat sendiri. Tak payah saya bising-bising,” jawab ibu ketiga dengan senyuman melebar ke telinga.

Amat mendukacitakan! Ibu-ibu tersebut bagaikan cuba saling menyaingi antara satu sama lain. Seumpama mereka menyertai pertandingan sukan sahaja kelihatannya. Individu yang menang tersenyum puas melihat lawan lain yang kecundang. Semua yang ada tidak mampu mengatasi kehandalannya.

Bukankah lebih baik sekiranya perbualan tersebut berlansung begini :

“Anak-anak saya susah betul nak solat tanpa disuruh,” keluh seorang ibu.

“Oh, budak-budak memang begitu. Lebih-lebih lagi bila dah ada permainan atau cerita di depan mata. Tapi, kita sebagai ibu bapa tak boleh putus asa. Kena selalu ingatkan dan beri nasihat,” balas ibu kedua dengan kata-kata semangat.

“Ya, betul tu. InsyaAllah, kalau selalu diajak solat bersama, mengaji bersama..lama-lama mereka akan biasa. Lagi pun, itu untuk kebaikan mereka juga,” jawab ibu ketiga dengan kata-kata meransang jiwa.

FASTABIQUL KHAIRAT
Hakikatnya, Islam meraikan apa saja kaedah dan cara mendidik anak-anak, asal sahaja ia tidak bercanggah dengan ajaran agama yang mulia. Hikmahnya, untuk memberi peluang bersaing secara sihat dalam menggapai kebaikan. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud :

“Maka berlumba-lumbalah kamu (dalam berbuat) kebaikan “ ( Surah al Baqarah ayat 148 )

Namun perlumbaan yang digalakkan ini bukanlah perlawanan yang bersifat saling menjatuhkan, sebaliknya ia berkait rapat dengan sikap saling membantu ke arah ketaqwaan dan ketaatan. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Dan tolong menolonglah kalian dalam kebaikan dan takwa dan janganlah kalian tolong menolong dalam perbuatan dosa dan permusuhan.” ( Surah al Maidah ayat 2 )

Justeru itu, pada saya, ibu bapa tidak sepatutnya saling cuba mengatasi antara satu sama lain. Kemahiran keibubapaan dan kejayaan anak bukanlah satu pertandingan yang sifatnya berlumba-lumba untuk menang. Sebaliknya ia adalah perlumbaan meraih kebaikan dalam keadaan tetap menjaga ukhuwwah dan nilai persaudaraan sesama Islam. Boleh menjadi kompetitif, tapi bukan dengan menjatuh dan melekeh!

Andai ada ibu bapa yang merasakan cara didikannya adalah cara yang baik dan boleh disebarluaskan, berkongsilah manfaatnya tanpa merendah-rendahkan kemampuan dan upaya orang lain. Sementara kepada yang masih belum berpuas hati dengan amalan dan gaya didikan, belajarlah dari ibu bapa lain dengan ikhlas tanpa membuat perbandingan.

SAYANGI SAUDARAMU
Inilah penegasan Rasulullah SAW tatkala Baginda menitipkan sabdanya yang bermaksud :

“Tidak beriman salah seorang dari kamu sekalian, sehingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya.” ( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Sesuai dengan saranan dari hadis di atas, dapat difahami bahawa kasih sayang merupakan elemen utama yang perlu ada dalam diri setiap Muslim terhadap saudara Muslimnya yang lain. Apa-apa kebaikan yang dinikmatinya, mahu terus dikongsi bersama. Manakala apa-apa keburukan yang menimpa, bersegera dia berdoa dan berharap agar tiada orang lain mengalami nasib serupa.

Lebih-lebih lagi jika kebaikan yang diperoleh berkait perkara-perkara agama yang pastinya penting untuk meraih kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat sana. Inilah keinginan kita semua. Namun, hal ini tidak akan pernah wujud dan sulit mencapainya jika tiada usaha bantu membantu dan tolong menolong untuk membuka jalan kearah keinginan tersebut.

Ingatlah, kedamaian dan keharmonian hidup di dunia ini tidak akan terhasil hanya dengan satu dua keluarga sahaja yang berjaya, atau satu dua keluarga yang anak-anaknya berakhlak belaka. Akan tetapi, ia dapat diperoleh bila setiap keluarga yang membentuk masyarakat itu juga berjaya dan berakhlak mulia.

Demikian pengajaran dari perjalanan hidup Rasul yang mulia. Bermula dengan persaudaraan suku Aus dan Khazraj seterusnya penyatuan kaum Muhajirin dan Ansar, akhirnya melahirkan sebuah negara Islam yang mampan. Digeruni kawan dan lawan.


BUKAN PERTANDINGAN!
Akhirnya, setiap ibu bapa perlu yakin dengan corak didikan dan asuhan masing-masing. Seterusnya, berlapang dada terhadap ketidaksempurnaan yang mungkin ada. Apa yang perlu adalah sentiasa menambah baik apa yang ada dari semasa ke semasa. Terlalu berbangga dengan pencapaian keluarga dalam keadaan memandang sebelah mata kepada keluarga yang kurang berjaya, hanya akan mencambah benci dan hasad di dalam jiwa.

Kita semua manusia. Sifat riak, bangga diri, cemburu dan iri hati, semua itu merupakan jarum-jarum syaitan yang tidak membawa erti apa-apa.

Paling penting, kasihanilah anak-anak. Jangan jadikan mereka umpama ayam sabungan. Menangnya dijulang, tewasnya nanti alamat mati dipanggang. Mereka juga punya perasaan dan perlukan perhatian.

Jangan pula, anak-anak yang memiliki ibu bapa berdaya saing ini beranggapan, hanya dengan kecemerlangan zahir dan fizikal sahaja mereka akan dapat meraih perhatian istimewa ibu bapa. Nama mereka disebut-sebut setiap masa, sedangkan jika gagal, tiada lansung pandangan gembira apatah lagi keghairahan untuk bermesra sebagai satu keluarga. Lebih bimbang, sekiranya kegagalan spiritual tidak termasuk dalam senarai keutamaan ibubapa.

Lagi pula, bukanlah kejayaan masa kecil ini petanda kepada kejayaan yang konsisten di waktu dewasa. Mungkin sahaja, suasana akan bertukar sebaliknya. Realiti yang berlaku banyak mengesahkan hal ini.

Lalu, mengapa tidak kita mulakan hari ini. Berusaha menyapa sahabat-sahabat bergelar ibu bapa dengan perasaan ingin saling berkongsi kebaikan dari pengalaman yang ada (tentu saja dengan senyum yang ramah dan menyejukkan). Mudah-mudahan, secara tidak langsung kita sudah mengikat rantaian kasih sayang dan persaudaraan.

Semoga masyarakat Islam yang gemilang terbilang sama-sama dapat kita jelmakan! InsyaAllah.

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

Jumpa lagi, InsyaAllah.

Thursday, January 14, 2010

Hukum: Al quran di dlm hp Hadiahkan bacaan dan doa buat arwah

Assalamualaikum wbt,

Disertakan 2 pertanyaan berkaitan hukum. Jika ada kemusykilan sama2 kita merujuk kitab2 atau membuat pertanyaan dan seterusnya boleh memberitahu admin tentang kekhilafan.Jazakallah kpd penulis blog [Tahu, Amal dan Faham] di atas usaha. Moga Allah swt merahmati.Amin.

1) Adakah Alat Yang Mengandungi Perisian Al-Qur’an Itu
Dihukumkan Sebagai Al-Qur’an?


2)Hukum Membaca Al Quran dan menghadiahkan pahalanya kepada Orang Yang Sudah meninggal dunia
------------------------------------------------------------------------------

1) Adakah Alat Yang Mengandungi Perisian Al-Qur’an Itu
Dihukumkan Sebagai Al-Qur’an?

Para ulama berpendapat bahawa ayat yang ditulis pada sesuatu dengan tujuan untuk mengaji atau mempelajari ayat al-Qur’an adalah haram untuk disentuh atau ditanggung oleh orang yang berhadas. Sementara ayat-ayat yang ditulis bukan kerana tujuan mengaji atau belajar membaca ayat tersebut, umpamanya ayat al-Qur’an yang ditulis sebagai tangkal dan azimat maka harus ia disentuh atau ditanggung oleh orang yang berhadas. (Fatwa 31/1972).

Adapun alat-alat seperti telefon bimbit atau PDA (Personal Digital Assistant) yang terdapat padanya perisian al-Qur’an, tidaklah dihukumkan sebagai al-Qur’an sungguhpun ianya diniatkan untuk mengaji atau mempelajari ayat-ayat al-Qur’an tersebut. Ini kerana pancaran tulisan al-Qur’an pada skrinnya adalah berbentuk elektronik dan tidak kekal. Begitu juga bacaan al-Qur’an yang berbunyi dari alat tersebut adalah berbentuk rakaman. Ia akan terpadam dan hilang jika alat tersebut dimatikan atau dialihkan ke program yang lain. (Fatwa 22/2006).

Maka tidaklah menjadi kesalahan untuk menanggung atau menyentuhnya dalam keadaan berhadas kerana sebagaimana yang telah disebutkan tadi bahawa alat-alat tersebut tidak dihukumkan sebagai al-Qur’an.

Hukum Membawa Masuk Alat Perisian Al-Qur’an Ke Tandas Dalam kitab Nihayah al-Muhtaj karangan Imam ar-Ramli Rahimahullah, beliau berpendapat bahawa benda-benda yang tidak dihukumkan sebagai al-Qur’an atau nama-nama yang tidak dimuliakan adalah harus untuk dibawa masuk ke tandas. Begitu juga jumhur ulama tidak menegah untuk membawa benda-benda selain zikir Allah ke tandas.

Maka dapatlah diambil kesimpulan di sini bahawa adalah harus hukumnya membawa masuk alat-alat seperti telefon bimbit atau PDA (Personal Digital Assistant) yang mengandungi perisian al- Qur’an atau tafsirnya ke tandas dengan syarat unsur tulisan dan bacaan ayat al-Qur’an itu tidak muncul daripada alat-alat tersebut
ketika berada di tandas.

Dalam erti kata lain, alat-alat seperti telefon bimbit atau PDA (Personal Digital Assistant) yang mengandungi perisian al-Qur’an atau tafsirnya itu hendaklah dimatikan ataupun dialihkan program al-Qur’an itu ke program yang lain sebelum masuk ke tempattempat kotor seperti tandas supaya unsur tulisan dan bacaan ayat
al-Qur’an tidak muncul daripada alat-alat tersebut ketika berada dalam tandas.

Ini berdasarkan pendapat Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah dalam kitabnya Tuhfah al-Muhtaj, beliau berkata:

“Sekiranya seseorang masuk ke tandas dengan membawanya (cincin yang tertulis padanya al-Qur’an); walaupun dengan senghaja, maka sunat untuk menyembunyikannya seperti menggenggamnya dalam tapak tangan.”


Dengan mematikan alat-alat seperti telefon bimbit atau PDA (Personal Digital Assistant) yang mengandungi perisian al-Qur’an atau tafsirnya itu, ataupun mengalihkannya kepada program lain sebelum memasuki tandas, maka terpeliharalah kesucian ayat al-Qur’an atau tafsirnya yang terdapat dalam alat-alat tersebut kerana
ianya tidak akan muncul ketika berada dalam tandas.

Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah turut menjelaskan bahawa selain tandas, semua tempat-tempat kotor atau tempattempat maksiat dihukumkan sebagai tempat-tempat yang menjijikkan. Maka menurut pendapat ini, tempat-tempat tari menari, kawasan perzinaan, kedai judi, tempat yang mengamalkan
riba dan yang seumpamanya, dan termasuk juga dalam hal ini tanah perkuburan orang-orang kafir adalah sama keadaannya sepertimana hukum membawa ayat-ayat al-Qur’an ke tandas.

Sumber : Mufti Brunei

2) Hukum Membaca Al Quran dan menghadiahkan pahalanya kepada Orang Yang Sudah meninggal dunia

Persoalan mengenai bid'ah sebenarnya telah diselesaikan oleh ulamak lama dahulu dan sekarang ini telah ditimbulkan semula oleh golongan yang tidak memahami khilaf ijtihad ulamak yang kemudiannya mengatakan bahawa ia adalah bid'ah sesat walaupun sudah ada dalil dan hujjah dari al Quran dan hadith.

Sekiranya ada yang mengatakan bacaan al Quran dan doa ia tidak sampai kepada simayyit maka tidak perlu mengatakan ia sebagai bid'ah, kerana ijtihad yang memngatakan ia boleh adalah hasil dari penyelidikan ulamak dari al Quran dan hadith sebelum mengeluarkan hukum bahawa sampainya pahala kepada si mayyit. Ulamak terdahulu apabila berbeza pendapat mereka tidak akan membid'ahkan pendapat ulamak yang membolehkan.

Menurut Prof Dr Wahbah az Zuhaili Mazhab Imam Ahmad dan Jumhur salaf dan mazhab empat dan di antara mereka Malikiyah dan Syafi'iyah yang kemudian berpendapat sampai pahala amalan tersebut.

Imam Abu Hanifah berpendapat :
"Segala pahala dari sedekah dan lainnya sampai kepada mayat. Ia juga berkata : "Bacalah ayat Kursi tiga kali' dan "qul huwaLLahu Ahad" dan katakanlah : "Ya ALlah, Ya Tuhan kami, pahalanya untuk ahli kubur."


Dalil dari Al Quran

Asy Sya'ani juga menyebutkan dalil pendapat kedua dari KitabuLLah, sunnah dan ijmak serta kaedah syariat. Iaitu mereka yang mengatakan bahawa mayat mendapat manfaat atas apa yang dilakukan oleh orang-orang yang masih hidup untuknya. Adapun dalil dari Al Quran adalah firman aLLah s.w.t yang bererti :

"Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan tangan), berkata : "Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kamu yang mendahului kami dalam iman..........." (Al Hasyr : 10)


Maka ALLah s.w.t memuji mereka atas istighfar mereka kepada kaum Mukminin sebelum mereka. Maka hal itu menunjukkan bahawa mayat mendapat manfaat daripada doa adalah kesepakatan umat atas doa terhadap mereka dalam solat jenazah.

Juga telah ijmak bahawa membayar hutang orang yang sudah meninggal adalah boleh sama ada oleh kerabat atau bukan. Dan juga jika orang yang masih hidup memiliki hak pada orang yang sudah meninggal, lalu ia menggugurkan haknya dan mengikhlaskannya, maka hal itu boleh dan dapat membebaskan orang yang sudah meninggal.

Dalil Dari Hadith :

Ibn Hibban dalam kitab sahihnya meriwayatkan hadith Jundab bin AbdiLLah, RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti :

"Surah al Baqarah adalah tulang belakang al Quran, ia diturunkan oleh lapan puluh malaikat dengan membawa satu persatu ayat. Sedangkan ayat kursi diturunkan dari bawah Arsy'. kemudian ia dikumpulkan dengan ayat-ayat surah al Baqarah. Surah Yasin pula adalah hati al Quran, tidak ada orang yang membacanya dengan mengharap redha ALlah dan pahala akhirat melainkan dia akan mendapat ampunan dari-Nya. Bacalah surah Yasin untuk saudara-saudara kamu yang telah meninggal dunia."


(Ditakhrij oleh Ibn Hibban di dalam Kitab Sahihnya pada bab Fadhilat Surah al Baqarah. Demikian juga al Haithami meriwayatkannya di dalam kitab Mawarid al Dzam'an, (jilid V, h 397). Imam Ahmad juga meriwayatkannya di dalam al Musnad dari Ma'qal bin Yasar (jilid v h 26). Al Haithami mengulas hadith tersebut di dalam kitab Majma' al Zawaid, "Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di dalamnya ada salah seorang perawi yang tidak disebut namanya, bagaimanapun perawi perawi lainnya adalah sahih (jilid VI h 311)




Pendapat dari Imam An Nawawi :

Imam Nawawi berkata
"Adalah sunnah hukumnya bagi para penziarah kubur untuk mengucapkan salam kepada mereka (penghuni kubur), mendoakan kepada orang yang diziarahi dan juga kepada ahli kubur semuanya. Lebih utama lagi, jika penziarah itu membaca doa-doa yang telah diterangkan dalam al hadith. Dan hukumnya sunnah pula membaca ayat-ayat al Quran dan setelah itu mendoakan para penghuni kubur. Ini semua adalah nas (pendapat) dari Imam al Syafie dan disepakati oleh murid-muridnya (para pengikutnya)


Imam al Nawawi, al majmu' syarh al muhazzab jilid V h 286.

Pendapat Imam Ahmad :

Imam Ahmad pada mulanya pernah melarang seorang buta daripada membaca al Quran di atas kubur, kemudian beliau (imam Ahmad) mengizinkannya setelah mendengar khabar yang mengatakan Ibnu Umar pernah berwasiat supaya dibacakan permulaan dan penghujung surah al Baqarah di sisinya ketika dikebumikan. Kisah ini disebut oleh Ibnu Qudamah di dalam kitabnya 'Al Mughni (2/567) di dalam masalah: Ziarah Kubur.

Berdoalah kepada ALLah agar pahala kita membaca ayat al Quran sampai kepada si mayyit kerana ALlah sendiri telah berfirman yang bererti :

“Dan Tuhan kamu berfirman:
“Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”
Al-Mukmin:60

Antara ulamak terkini lain yang mengatakan sampainya pahala seperti : Profesor Dr Sayyid Muhammad 'Alawi Almaliki Al Hasani, Dr Abd Malik Abd Rahman As Sa'adi, dan ramai lagi.

Sumber Rujukan :

1. Prof Dr Sayyid Muhammad 'Alawi Al Maliki Al Hasani, Kajian Mendalam ke Atas Manfaat Amalan Orang Hidup Terhadap Arwah, Tahqiq al amal fi ma yan fa'u al mayyitu min al a'mal, Jahabersa, 2007, Johor

2. Dr Abd Malik Abd Rahman As Sa'adi, Salah Faham Terhadap Bid'ah, al Bid'ah fi al mafhum al islami ad daqiq, Darul Nu'man, 2002, Kuala Lumpur

3. Prof Dr Wahbah Az Zuhaili, Fatwa-fatwa Semasa, al Fatawa al mu'asaroh, iBook Publication, 2005, Kuala Lumpur

4. Dr Mustofa al Khin, Dr Mustofa al Bugho & Ali Asy Syarbaji, Kitab Fikah Mazhab Syafie, al Fiqhu al Manhaji, Pustaka Salam, 2005. Kuala Lumpur.

WaLlahua'lam

Thursday, January 7, 2010

Sabar senjata mulia hadapi ujian

Assalamaualaikum wbt,

Boleh klik di sini, atau

Sabar senjata mulia hadapi ujian
Posted by: nurjeehan in Akhlak & Adab, Akidah, Motivasi, Tafakur (Muhasabah)
Oleh Prof Madya Dr Abdul Rashid Ahmad

Tabah terhadap segala dugaan, syukuri nikmat lambang ketinggian iman umat

IMAN terbahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian dinamakan kesabaran dan satu bahagian lagi dinamakan kesyukuran. Kedua-duanya adalah sifat Allah dan di antara dua nama-Nya yang mulia kerana Allah sendiri menamakan diriNya dengan Sabbur dan Syakur.

Jika seseorang itu jahil daripada memahami erti kesabaran dan kesyukuran, samalah dengan tidak memahami erti kedua bahagian iman itu sendiri. Dengan demikian, samalah ia lupa kepada sifat Allah sedangkan untuk mendekatkan diri kepada Allah tidak tercapai melainkan dengan iman.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah al-Nahl, ayat 96)

Firman-Nya lagi yang bermaksud:

“Sesungguhnya hanya orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahala mereka tanpa batas.” (Surah al-Zumar, ayat 10)

Dalam konteks ini, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sabar itu separuh iman.” (Hadis Riwayat Abu Na’im daripada Ibn Mas’ud)

Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud:

“Dalam kesabaran terhadap perkara yang tidak disukai itu banyak kebaikannya.” (Hadis Riwayat al-Tirmizi daripada Ibn Abbas)

Perkataan sabar disebut enam belas bentuk dalam al-Quran, iaitu perintah supaya bersabar (merujuk ayat 35 surah al-Baqarah, surah al-Imran (ayat 200), sementara larangan daripada bersikap sebaliknya pada ayat 35, surah al-Ahqaf dan surah al-Anfal, ayat 15.

Allah memuji orang yang sabar (surah Ali-Imran, ayat 17 dan al-Baqarah, ayat 177) sementara Allah kasih kepada orang yang sabar melalui firman-Nya dalam surah al-Baqarah, ayat 146.

Kesabaran lain yang dijelaskan dalam al-Quran ialah Allah bersama orang yang sabar, kebaikan bagi mereka yang sabar, balasan amal yang paling baik, berita gembira kepada orang sabar, jaminan kemenangan bagi orang yang sabar dan balasan Allah tanpa batas kepada orang yang sabar.

Selain itu, orang yang sabar adalah mereka yang kuat semangat dan azam, amalan salih yang besar balasannya adalah sabar, orang yang sabar mereka yang mengambil manfaat daripada ayat Allah, Ibrahim, kejayaan yang diingini dicapai oleh orang yang sabar, orang sabar boleh menjadi pemimpin dan mempunyai kedudukan tinggi dalam tingkatan iman dan Islam, seterusnya takwa dan tawakal.

Sabar terbahagi kepada tiga bentuk iaitu sabar dalam mentaati Allah, sabar daripada melakukan maksiat kepada Allah dan sabar menghadapi ujian Allah. Patut diingat bahawa mengadu dan merayu kepada Allah tidak menafikan sifat sabar.

Ini seperti mana berlaku kepada Nabi Ya’kub ketika baginda berkata:

“Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku,” (Surah Yusuf, ayat 86).

Adapun yang menafikan sifat sabar adalah merungut terhadap Allah, manakala bersabar terhadap ujian Allah seperti menghadapi bencana alam seumpama banjir besar, gempa bumi, sakit dan lain sebagainya, mangsa perlu menghadapinya dengan mengharapkan balasan sebaiknya daripada Allah.

Mangsa juga perlu mengharapkan penyelesaiannya daripada Allah dan ketiga menganggap ringan ujian itu dengan cara mengingati segala nikmat yang dikurniakan Allah selama ini. Dengan demikian akan terasa bahawa ujian itu bagaikan setitik air daripada luasnya laut.

Tanpa senjata sabar dalam perjalanan hidup ini, kehidupan seseorang tidak akan tenang dan damai kerana jalan hidup tidak selalunya mendatar, ada kalanya mendaki dan kadang-kadang jatuh.

- Penulis ialah pensyarah Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.